ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  TEKNOLOGI PERUNDANGAN: LXE PERINTIS PLATFORM PENGUTAMAAN KLIEN PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PEGUAM LITIGASI

Thursday 25/11/2021



Platform berasaskan web untuk menyediakan peguam litigasi dengan kelebihan teknologi dalam landskap perundangan Malaysia yang semakin kompetitif

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Semenjak dua tahun yang lepas telah terbukti bahawa kita perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pada bila-bila masa. Industri perundangan tidak terkecuali kerana ia mula menghadapi pendigitalan yang kini telah dilalui oleh industri lain. Untuk tujuan ini, platform pengurusan litigasi LXE Theory Sdn Bhd, satu syarikat startup teknologi perundangan yang baru dilancarkan bertujuan untuk memberi peluang kepada peguam-peguam di Malaysia untuk membina ke arah amalan firma yang cekap, moden, dan yang paling penting, mengutamakan kepentingan klien.

"Undang-undang adalah, pada asasnya, industri perkhidmatan. Peguam kini mula memahami keperluan menggunakan teknologi untuk meningkatkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien mereka. Perkhidmatan yang kurang cekap dan komunikasi yang kurang berkesan sering mengakibatkan kos masa yang terbuang atau berkemungkinan boleh menjejaskan kes klien", kata Joshua dan Abhilaash, pengasas-pengasas bersama LXE.

"Kami membina LXE untuk menangani keperluan ini, dengan merintis satu teknologi bagi peguam dan klien untuk mengetahui status fail litigasi mereka bersama-sama melalui satu platform digital. Pada masa kini, sesiapa yang tidak mempunyai kelebihan teknologi berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk bersaing atau akan mengalami kekurangan pendedahan pasaran. Matlamat LXE adalah untuk menjadikan peralihan teknologi lancar dan 'mesra pengguna' untuk kesemua pihak-pihak yang terlibat", mereka bertambah.

"Peguam pada masa hadapan akan menyelesaikan masalah undang-undang dengan sokongan teknologi. Dengan mengambil kesempatan teknologi ini, peguam dapat menjadikan amalan firma mereka jauh lebih cekap dan mampu menumpukan lebih perhatian kepada perkara yang sebenarnya penting, iaitu mengutamakan klien. Ini juga dapat membantu memastikan klien mempunyai perwakilan undang-undang yang terbaik. Kami sebagai sebuah firma amat komited terhadap perkara ini", kata Vivek Sukumaran, rakan kongsi di Tetuan Asyraf, Vivek & Wee dan selaku Pengerusi Badan Peguam Kuala Lumpur. 

Apabila ditanya tentang ulasan pelanggan terhadap LXE, "LXE membuatkan saya merasa lebih terlibat dalam proses litigasi saya dan juga lebih selamat berkenaan dengan cara kes saya dikendalikan, usaha yang amat saya hargai daripada peguam saya'', kata anak guam (yang memilih untuk tidak dinamakan) sebuah firma guaman di Kuala Lumpur, Tetuan J Nee & Azinuddin Karim.

"Sebagai peguam-peguam litigasi sendiri, kami memahami. Sektor perundangan Malaysia boleh menjangkakan satu dekad perubahan yang menarik setandingan dengan negara-negara lain. Kami berharap LXE dapat mempermudahkan perjalanan ini", kata Joshua.

Hubungi LXE di team@mylxe.co untuk sesi demo atau log masuk media sosial "LXE Theory" untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Joshua Goh, joshua@mylxe.co

Sumber: LXE Theory Sdn Bhd

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.