ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  UNIPIN SEACA MAJOR 2021 SECARA RASMI DIAKHIRI DENGAN KEMENANGAN KEPADA PASUKAN INDONESIA BAGI KATEGORI AWAM DAN PASUKAN THAI BAGI KATEGORI WANITA

Wednesday 24/11/2021



JAKARTA, Indonesia, 24 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Siri acara UniPin SEACA 2021 tamat secara rasminya malam tadi (21/11), selepas pertandingan akhir pusingan SEACA MAJOR. BOOM Esports Indonesia memenangi kategori awam selepas berjaya mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas. Sementara itu, trofi kategori wanita dimenangi oleh pasukan wanita Thailand, Valdus Eufrosine.

Pusingan SEACA MAJOR telah berlangsung selama tiga hari dari 19 hingga 21 November 2021 secara dalam talian. Enam belas pasukan esport Asia Tenggara bertanding dan menunjukkan kemahiran terbaik mereka pada permainan PUBG Mobile (PUBGM) melalui sistem ranking. SEACA MAJOR merupakan peringkat akhir siri UniPin SEACA 2021 yang telah diadakan sejak awal Jun menerusi pusingan kelayakan di enam negara. Jumlah hadiah yang disediakan sepanjang keseluruhan siri UniPin SEACA musim ini bernilai USD33,000.

Pasukan BOOM Esports berjaya menjadi juara kategori awam selepas mengatasi 15 pasukan lain dengan pungutan mata akhir sebanyak 132. Mereka hanya mempunyai sedikit perbezaan mata dengan pasukan ke-2 terbaik, Genesis Dogma Gids, juga dari Indonesia. BOOM Esports juga memperoleh dua Winner Winner Chicken Dinner (WWCD). Pasukan itu sendiri diketahui mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam sejarah UniPin SEACA. Sebelum ini, mereka telah memenangi kategori DOTA 2 dan Counter Strike: Global Offensive (CS: GO) pada tahun 2018, turut merampas trofi kategori Free Fire pada 2019.

Sementara itu, pemenang kategori wanita, Valdus Eufrosine, mengumpul 146 mata. Markah mereka jauh melepasi kedudukan naib juara, Alter Ego dari Indonesia. Kemenangan Valdus Eufrosine dalam kategori wanita menjadikan mereka pemenang pertama dalam kategori yang baru ditubuhkan di UniPin SEACA musim ini.

Keseluruhan keterujaan siri acara UniPin SEACA 2021 boleh dilihat semula melalui seacaex po.com. Siaran semula semua perlawanan termasuk Ladies Seies SEA Invitational dan SEACA MAJOR juga boleh ditonton di Saluran Youtube UniPin Gaming. Maklumat lebih terperinci tentang setiap perlawanan boleh didapati di @unipinladiesseries dan akaun Instagram @seaca.gg atau @unipinindonesia untuk maklumat umum.

UniPin SEACA 2021 dihoskan oleh UniPin Community (UNITY) dan disokong oleh PB ESI, Tencent, Moonton, OVO sebagai penaja utama, Grab, Advan, Rexus, Sandisk, Cliqq 7 Eleven dan Eplayment.

Mengenai UniPin

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://corp.unipin.com 

Untuk pertanyaan media

Fildzah Amalia
Perhubungan Media
pr@unipin.com
Tel: 62 831 4421 2624

SUMBER: UniPin

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.