ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  BELLETRON ERA MENCIPTA SEJARAH BARU DENGAN MEMENANGI TROFI UNIPIN LADIES SERIES SEA INVITATIONAL YANG PERTAMA

Tuesday 23/11/2021



JAKARTA, Indonesia, 23 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Kejohanan khusus wanita Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Asia Tenggara, UniPin Ladies Series SEA Invitational menutup tirainya malam Sabtu (20/11) lalu. Kejohanan ini menyediakan jumlah hadiah berjumlah USD10,000, yang merupakan kumpulan hadiah terbesar untuk kejohanan wanita MLBB pada tahun 2021.
 
Belletron ERA memenangi tempat pertama selepas menewaskan sesama wakil dari Indonesia, GPX Basreng. Kemenangan itu juga meletakkan nama pasukan Belletron ERA sebagai pemenang pertama jelajah UniPin Ladies Series SEA Invitational.

Selepas enam hari pertempuran sengit dari 15 November, Belletron ERA menamatkan playoff Ladies Series Invitational dengan skor padu 3-0. Persembahan mantap Belletron ERA bukanlah sesuatu yang mengejutkan pada mulanya. Keunggulan mereka telah ditunjukkan sejak peringkat kumpulan, dimana mereka mendominasi empat pasukan lain seperti GPZ Basreng, LVD Huntress, Rose Ophelia dan Please Sponsor Us dengan mengutip semua mata kemenangan.

Wakil Malaysia, Rose Ophelia menamatkan saingan di peringkat kumpulan B, berada di kedudukan bawah ketika peringkat playoff. Selepas sedikit kemenangan daripada pasukan IDNS dari Thailand, Rose Ophelia terpaksa mengalah lebih awal daripada RRQ Mika dengan skor 2-0.

Sementara itu, satu lagi perlawanan akhir kejohanan juga telah menyimpulkan acara UniPin SEACA 2021. SEACA MA JOR mengadakan pentas terakhirnya pada hari Ahad (21/11). Sebanyak 32 pasukan telah berjuang untuk mara ke final sejak 19 November. SEACA musim ini memperkenalkan dua kategori, iaitu kategori awam dan wanita, buat kali pertamanya.

Menerusi sistem ranking, kategori awam SEACA MAJOR didominasi pasukan Indonesia, BOOM Esports dan Gspace Commander dimana masing-masing di tempat pertama dan ketiga. Kedudukan kedua diisi oleh RSG dari Malaysia dengan sedikit perbezaan mata. Sementara itu, pasukan Thailand, Valdus Eufrosine, menakluki kategori wanita dengan jumlah mata sebanyak 85.

Perlawanan akhir SEACA MAJOR 2021 boleh distrim dalam talian di seacaexpo.com. Penstriman langsung juga akan tersedia dalam Bahasa Indonesia dan Inggeris oleh pemutus terpilih seperti Pasta, Jelly, El Doge, Om Wawa, Debora Chen, Clara Mongstar dan Wilson.

UniPin SEACA 2021 dihoskan oleh UniPin Community (UNITY) dan disokong oleh PB ESI, Tencent, Moonton, OVO sebagai penaja utama, Grab, Advan, Rexus, Sandisk, Cliqq 7 Eleven dan Eplayment. Ikuti Instagram rasmi kejohanan di @seaca.gg dan @unipinladiesseries atau @unipinindonesia untuk mendapatkan maklumat umum.

Hubungi:
Fildzah Amalia
Media Relation
pr@unipin.com
Tel: +62-831-4421-2624

Sumber: UniPin

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.