ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  KUMPULAN EDGE MEMPERKUKUHKAN KOMITMEN TERHADAP KEUPAYAAN TEKNOLOGI TERMAJU GLOBAL UAE DI PERTUNJUKAN UDARA DUBAI

Tuesday 23/11/2021



Table

Reruai EDGE di Pertunjukan Udara Dubai 2021 - Kumpulan Memperkukuhkan Komitmen terhadap Keupayaan Teknologi Termaju Global UAE (Foto: AETOSWire)
 

13 Produk Baharu dilancarkan dan 16 perjanjian strategik ditandatangani

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 23 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EDGE, yang hanya dalam tempoh dua tahun telah meningkat menjadi satu daripada kumpulan teknologi dan pertahanan termaju terkemuka di dunia, telah mengakhiri penyertaan mereka di Pertunjukan Udara Dubai dengan nada positif dengan pelancaran satu rangkaian produk termaju baharu ke pasaran, dan pemeteraian beberapa perjanjian dan perkongsian antarabangsa dengan OEM terkemuka, syarikat-syarikat dan pembekal pertahanan dan teknologi.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211121005122/en/

16 pembangunan bersama dengan beberapa pemain industri utama telah ditandatangani termasuk Boeing, Embraer, Raytheon Emirates, CATIC, Lockheed Martin, L3Harris, GIFAS, STRATA, SANAD, LEIDOS, dan ANSYS, antara lain, dan Pusat Pengedaran Timur Tengah dan Afrika di Abu Dhabi dengan CATIC dari China telah dibuka.

Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Kumpulan EDGE, berkata: “Kejayaan ini adalah bukti kepada daya ketahanan bagi industri itu dan langkah luar biasa yang dilakukan oleh EDGE dalam mengubah landskap teknologi di UAE, untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan termaju bagi eksport secara global. Kami adalah kemuncak bagi banyak bahagian inovatif dengan satu mentaliti permulaan, yang disokong oleh skala ekonomi. 13 produk yang dilancarkan minggu ini menyertai lebih 20 produk dan perkhidmatan asli termaju yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu, dengan 40 lagi di dalam pembangunan, dan kami menjalin perkongsian yang lebih kukuh dengan OEM yang mantap untuk meneruskan trajektori ini.

“EDGE terus menjadi pengganggu di dalam penciptaan penyelesaian unggul, mewujudkan UAE sebagai sebuah pusat terkemuka dunia bagi industri masa depan, dengan satu tumpuan pada Sistem Autonomi yang unggul, Peperangan dan Perisikan Elektronik, dan Senjata Pintar.”

Perkembangan EDGE yang utama di Pertunjukan Udara Dubai termasuk:
  • EDGE Menganugerahkan Kontrak Eksklusif AED11 Bilion kepada Perkhidmatan Tentera Udara UAE dan Pesawat Pertahanan Udara
  • EDGE Memperkenalkan Tambahan Baharu kepada Portfolio Peninjauan dan UAV Tempur mereka
  • Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Udara SkyKnight Perintis EDGE Memperincikan Pencapaian Program Utama
  • Sistem Anti-Jam GPS Buatan UAE yang  Pertama untuk Pengemudian Bingkas
  • EDGE dan CATIC membuka Hab Pengedaran Serantau Pertama untuk Logistik Pesawat
  • EDGE untuk Memanjangkan Kontrak Pemesinan dengan Boeing
  • Kontrak bernilai AED3.2 Bilion ditandatangani untuk Pembekalan Munisi Berpandu Berketepatan kepada Angkatan Tentera UAE
  • EDGE bekerjasama dengan EMBRAER untuk memperkenalkan Sistem Senjata Termaju HALCON pada A-29 Super Tucano
  • EDGE Bekerjasama dengan SANAD untuk Menyediakan Perkhidmatan MRO bagi Enjin Rolls Royce TRENT 700
  • EDGE Memeterai perjanjian Lima tahun untuk Menggunakan Penyelesaian Simulasi Kejuruteraan ANSYS
  • EDGE Melengkapkan dengan Jayanya Program Penyepaduan, Menambahkan Modulariti yang Dipertingkatkan dan fleksibiliti Misi pada Julat Munisi
  • EDGE dan STRATA bergabung tenaga untuk meningkatkan keupayaan pembuatan aerostruktur UAE
  • EDGE akan memperbaharui kontrak AED310 juta dengan STELIA aerospace
  • Dua Entiti Sokongan Misi EDGE Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Tahap Depot
  • EDGE menandatangani Depot Penyelenggaraan C-130 yang Diprogramkan (PDM) dan Kontrak Naik Taraf dengan Tentera Udara Tunisia
Maklumat mengenai EDGE

EDGE adalah sebuah kumpulan teknologi termaju yang ditubuhkan untuk membangunkan penyelesaian tangkas, berani dan disruptif untuk pertahanan dan seterusnya. Membolehkan sebuah masa depan yang terjamin, ia didedikasikan untuk membawa teknologi dan perkhidmatan yang berinovatif ke pasaran dengan kelajuan dan kecekapan yang lebih tinggi. Menggabungkan lebih 25 entiti dan menggajikan lebih 13,000 pekerja pintar, ia menawarkan kepakaran yang merentasi lima kluster teras: Platform & Sistem, Peluru Berpandu & Senjata, Pertahanan Siber, Peperangan & Perisikan Elektronik dan Sokongan Misi. Beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, EDGE adalah sebuah pemangkin kepada perubahan – bersedia untuk merevolusikan industri dan mengubah asasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari edgegroup.ae

*Sumber: AETOSWire

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211121005122/en/

Hubungi

Pejabat Media Kumpulan EDGE
Priya Roy
media@edgegroup.ae
+971 55 127 2341; +971 55 358 4520

Sumber : EDGE

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.