|
|
|
 |
|
|
KERJASAMA KEWANGAN CHINA-SINGAPURA BERKONGSI MANFAAT DENGAN SELURUH DUNIA
Monday 22/11/2021
AsiaNet 93184
CHONGQING, China, 22 Nov., 2021 /Xinhua-AsiaNet/-- Sidang Kemuncak Kewangan Inisiatif Kesalinghubungan China-Singapura (Chongqing) (CCI-FS) akan diadakan di Chongqing dan Singapura secara selari dari 23 hingga 24 November, demikian diumumkan oleh Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing pada 15 November.
CCI-FS tahun ini akan diadakan di bawah tema: Mendalami Kerjasama Kewangan China-ASEAN, Mewujudkan sebuah Paradigma Baharu bagi Kesalinghubungan.
Sebagai satu acara penting di bawah projek kerjasama antara kerajaan ketiga di antara China dan Singapura, CCI-FS telah berjaya diadakan sebanyak tiga kali. Pada November 2015, Inisiatif Demonstrasi China-Singapura (Chongqing) mengenai Kesalinghubungan Strategik (CCI) telah dilancarkan secara rasmi dengan perkhidmatan kewangan sebagai satu daripada empat bidang keutamaannya. Dalam tempoh enam tahun yang lalu, visi kami untuk mengurangkan kos pembiayaan di barat China dan memberi manfaat kepada seluruh dunia dengan mengukuhkan kerjasama kewangan di antara China dan Singapura telah menjadi satu kenyataan.
Sejak bermulanya pandemik COVID-19, perkapalan dan pengangkutan udara telah terhalang, bagaimanapun, jumlah kargo di sepanjang Ekspres Kereta Api China-Eropah sebaliknya telah meningkat walaupun terdapat gangguan, satu sokongan penting kepada Eropah dalam usaha memerangi COVID-19 dan mengekalkan kestabilan bagi rantaian bekalan global.
Kejayaan bagi perkhidmatan kereta api barang China-Eropah tidak boleh dicapai tanpa projek pembiayaan rentas sempadan CCI.
Di bawah rangka kerja CCI, Hab Logistik Antarabangsa Chongqing, di mana terminal permulaan bagi Ekspres Kereta Api China-Eropah, iaitu Kereta api Chongqing Tuanjiecun ditempatkan, menerbitkan bon bernilai USD500 juta di Singapura dengan kos yang lebih rendah daripada di dalam pasaran domestik. Terbitan itu telah mengumpulkan dana untuk pembinaan infrastruktur di hab itu, supaya kerjasama kewangan memainkan peranan mereka untuk mewujudkan sebuah terminal pelabuhan yang lebih baik.
Ini adalah satu miniatur bagi kejayaan kerjasama kewangan CCI. Sehingga kini, pembiayaan rentas sempadan Chongqing di bawah CCI berjumlah USD15.5 bilion dengan kos pembiayaan komprehensifnya 1.03 mata peratusan lebih rendah daripada paras domestik, dan seluruh wilayah barat China telah mengumpulkan lebih USD5.7 bilion di Singapura.
Faedah bagi kerjasama kewangan CCI telah dikongsi oleh dunia.
Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu (ILSTC) berfungsi sebagai satu saluran utama logistik antarabangsa di antara China dan negara-negara Asia Tenggara. Melalui jalan kereta api, laut dan jalan raya, barangan dari barat China boleh bergerak ke arah selatan dan mengakses pasaran dunia melalui pelabuhan pantai dan sempadan seperti Guangxi dan Yunnan, dengan masa yang lebih singkat berbanding dengan laluan tradisional dari timur China.
Sementara itu, perkhidmatan kewangan rentas sempadan CCI memperkasakan ILSTC. Sebuah platform perkhidmatan kewangan yang dibina bersama oleh China dan Singapura untuk koridor itu menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah dan berkos rendah untuk logistik, perusahaan perdagangan dan pembuatan di sepanjang laluan itu, dan juga memperkasakan syarikat-syarikat operasi mereka.
Sebagai contoh, produk elektronik yang dibuat di kilang Vietnam Kumpulan LG tiba di Chongqing melalui ILSTC, dan kemudian diangkut ke Eropah melalui Ekspres Kereta Api China-Eropah, sekali gus mengurangkan tempoh logistik lebih daripada separuh berbanding dengan pengangkutan laut. Begitu juga, barangan Buatan Jerman diangkut ke pasaran Asia Tenggara melalui dua koridor dengan mengurangkan separuh masa logistik.
Oleh itu, ILSTC telah menurunkan kedua-dua masa pengangkutan dan kos perkhidmatan di antara China, negara-negara Asia Tenggara dan Eropah, dan dengan itu membolehkan syarikat-syarikat berkaitan untuk berkongsi hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang mapan dan integrasi serantau.
“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Chongqing dan Singapura telah meningkatkan perhubungan kewangan di antara China barat dan negara-negara ASEAN melalui kerjasama kewangan CCI,” kata Ravi Menon, Pengarah Urusan bagi Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).
“Dalam tempoh lima tahun akan datang, China dan Singapura akan merebut peluang-peluang baharu, melaksanakan Rancangan Lima Tahun bagi Kerjasama Kewangan CCI dengan standard yang tinggi, dan membuat langkah baharu di dalam kerjasama kewangan dua hala,” kata Ruan Lu, Ketua Pengarah bagi Biro Kawal Selia Kewangan Chongqing. Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing
--BERNAMA |
|
|
|
|
|