ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

November 30, 2021 -Selasa

 
  FESTIVAL ANIMASI ANTARABANGSA LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU KE-8 DIADAKAN DARI 5 HINGGA 8 NOVEMBER

Monday 15/11/2021

AsiaNet 92948

CHITOSE, Jepun, 15 Nov., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose  Baharu dan dalam talian selama empat hari dari 5 November (Jumaat) hingga 8 November (Isnin), 2021.
 

Penyaringan pertandingan itu, yang menjadi acara utama bagi festival itu, menunjukkan 92 filem dipilih daripada lebih 2,200 penyerahan. Satu majlis anugerah telah diadakan pada 8 November di Dewan Portom yang terletak di bangunan terminal antarabangsa di Lapangan Terbang Chitose Baharu.

Anugerah
Grand Prix untuk Filem Pendek: “Easter Eggs”
Nicolas Keppens, Belgium
 
Grand Prix Jepun: “Replacements”
Jonathan Hagard, Jepun
 
Anugerah Bakat Baharu: “The Fourth Wall”
Mahboobeh Kalaee, Iran
 
Grand Prix untuk Filem Cereka: “The Bears' Famous Invasion of Sicily”
Lorenzo Mattotti, Perancis & Itali
 
Filem Pelajar Terbaik: “Butterfly Jam”
Shih-Yen Huang, Perancis & Taiwan
 
Animasi Muzik Terbaik: “Czarodzielnica”
Klaudia Ptasinska, Poland
 
Semua karya pemenang boleh didapati di laman web rasmi festival itu (https://airport-anifes.jp/en).

Terdapat satu acara baharu yang dipanggil PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU 2021. Di sana, sembilan pembuat filem animasi Jepun membuat pembentangan pendek mengenai projek masa depan mereka, dengan pejabat festival dan satu daripada pengulas memuji dua projek berikut.

ANUGERAH PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU: “CHERRY AND VIRGIN”
Projek oleh Masanao Kawajiri
 
Anugerah Emmanuel-Alain Raynal: "The Story of My First Love and the Rainbow Ferry That Was Sold"
Projek oleh Honami Yano
 
Filem arkib bagi PEMBENTANGAN LAPANGAN TERBANG CHITOSE BAHARU 2021 akan tersedia di saluran YouTube rasmi festival itu sehingga 19 November. Lihat butiran di laman web rasmi festival tersebut.
https://airport-anifes.jp/en
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Festival Animasi Antarabangsa Lapangan Terbang Chitose Baharu

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.