ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KRISTA SOFTWARE MEMPERLUASKAN KEHADIRAN MEREKA DI APAC DENGAN PERKONGSIAN STRATEGIK DAN PELANGGAN BAHARU

Friday 22/10/2021



Krista Software menandatangani satu perjanjian pengedaran strategik dengan Connect APAC dan pelanggan baharu SmarTone.

HONG KONG & DALLAS, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Krista Software mengumumkan satu pelanggan dan pengedar strategik baharu bagi platform automasi pintar dan pelanggan telekomunikasi baharu mereka, SmarTone. SmarTone akan memanfaatkan Krista untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan pengekalan pelanggan dan menyokong keputusan eksekutif melalui automasi perbualan intuitif dan keupayaan pelaporan mereka. Krista membolehkan perusahaan untuk membina aplikasi berasaskan perbualan untuk menyelaraskan proses perniagaan dan melayani pelanggan dalaman dan luaran dengan lebih baik yang menyokong projek transformasi digital.

“Krista adalah satu penyelesaian yang berbeza dan akan membantu perniagaan kami menyelaras dan mengautomasikan proses elektronik untuk melayani pelanggan dengan lebih baik,” kata Encik Stephen Chau, Ketua Pegawai Teknologi di SmarTone. “Kami menghargai dedikasi Connect APAC untuk memberi nasihat mengenai produk seperti Krista dan membawanya ke pasaran tempatan kami bagi membantu inisiatif masuk ke pasaran dan peluang-peluang menjimatkan kos.”

Krista Software memperluaskan jangkauan mereka di Asia Pasifik melalui satu perkongsian pengedaran baharu dengan Connect APAC, sebuah perunding Penyumberluaran Proses  Perniagaan terkemuka. Selain menggunakan Krista untuk memperkemaskan proses IT dalaman dan perkhidmatan pelanggan, Connect APAC berfungsi sebagai sebuah pengedar strategik di rantau itu. Melalui perkongsian strategik inilah Connect APAC akan membantu menyampaikan Krista kepada SmarTone.

“Kami merasa terhormat untuk bekerjasama dengan Krista Software bagi menyediakan Krista di pasaran Asia,” kata Catherine Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Connect APAC. “Kami amat teruja untuk membantu perusahaan di Asia secara digital mengubah proses perniagaan mereka dengan menggunakan automasi pintar.”

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Connect APAC,” kata Satendar Bhatia, Ketua Pegawai Hasil di Krista Software. “Bersama-sama, kami akan memperluaskan penggunaan automasi pintar di Asia dan membantu perusahaan membangunkan perniagaan mereka dan melayani pelanggan dengan lebih baik.”

Ikuti Krista Software

Twitter: twitter.com/KristaSoft
LinkedIn: linkedin.com/company/krista-software
Blog: kristasoft.com/blog/

Maklumat mengenai Krista Software

Krista Software sedang berusaha keras untuk membantu perniagaan mencari jawapan yang tepat. Krista Software menghasilkan Krista, sebuah platform Automasi Pintar moden. Krista memberi kuasa kepada perniagaan untuk memanfaatkan aset IT yang sedia ada dengan membina aplikasi automasi kos rendah. Untuk maklumat lanjut, sila layari kristasoft.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211021005031/en/


Hubungi

Scott King
Naib Presiden Pemasaran
Krista Software
scott.king@kristasoft.com 

Sumber : Krista Software

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.