ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  INTELSAT MENGUMUMKAN PERSARAAN TERANCANG BAGI STEPHEN SPENGLER SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Friday 22/10/2021



MCLEAN, Va., 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intelsat S.A. (OTC: INTEQ), pengendali bagi rangkaian satelit dan terestrial bersepadu terbesar dan termaju di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Stephen Spengler telah mengambil keputusan untuk bersara sebagai ketua pegawai eksekutif setelah kemunculan Syarikat itu daripada proses penyusunan semula kewangan mereka dan penamaan seorang pengganti. Sehingga masa itu, Spengler akan terus memikul jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan memimpin Intelsat melalui peringkat akhir bagi proses ini, sekali gus memastikan peralihan yang lancar.

“Kami semakin menghampiri penghujung dalam penyusunan semula dengan kekuatan kewangan yang lebih baik dan berada pada kedudukan yang ideal untuk memulakan satu strategi perniagaan baharu yang menarik bagi penyambungan rangkaian 5G generasi akan datang,” kata Spengler. “Ini adalah masa yang tepat untuk memperjelaskan rancangan persaraan saya agar langkah dapat dimulakan untuk mengenal pasti seorang pemimpin baharu untuk tempoh jangka panjang.”

Dave McGlade, Pengerusi bagi Lembaga itu, berkata, “Steve telah berkhidmat dengan Intelsat selama lebih 18 tahun dalam pelbagai kepimpinan kanan dan sebagai ketua pegawai eksekutif selama enam setengah tahun yang terakhir. Pemahaman beliau yang mendalam mengenai keperluan pelanggan kami menghasilkan di dalam banyak kejayaan komersial untuk tempoh yang berpanjangan. Pengawasan beliau yang tajam terhadap Syarikat itu ketika kami menjalankan penyusunan semula kewangan kami juga sangat terpuji. Beliau telah membantu membina asas bagi sebuah masa depan yang mantap, dan kami sangat berterima kasih.”

Egon Zehnder, sebuah firma pencarian eksekutif terkemuka, telah terlibat untuk mengetuai di dalam proses pencarian bagi seorang ketua pegawai eksekutif baharu.

Maklumat mengenai Intelsat

Sebagai arkitek asas bagi teknologi satelit, Intelsat mengendalikan rangkaian telekomunikasi satelit yang paling dipercayai di dunia. Kami menggunakan kepakaran dan skala global kami yang tiada tandingannya untuk menghubungkan orang, perniagaan, dan komuniti, tidak kira betapa sukar cabarannya. Intelsat sedang membangunkan masa depan komunikasi global dengan rangkaian 5G hibrid, pelbagai orbit, perisian yang ditentukan yang pertama di dunia yang direka untuk liputan mudah, lancar, dan selamat yang bertepatan pada bila dan di mana pelanggan kami sangat memerlukannya. Ikuti peneraju di dalam penyambungan global dan "Membayangkan Di Sini," bersama kami, di Intelsat.com.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211021005609/en/

Hubungi

Melissa Longo - melissa.longo@intelsat.com; +1 240-308-1881
 
Sumber : Intelsat

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.