ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ZOOM DINAMAKAN PENERAJU DALAM GARTNER® MAGIC QUADRANT™ UNTUK KOMUNIKASI DISATUKAN SEBAGAI PERKHIDMATAN 2021

Friday 22/10/2021



SAN JOSE, Calif., 22 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Zoom Video Communications, Inc. (NASDAQ: ZM), hari ini mengumumkan bahawa firma analisis Gartner telah menamakan Zoom sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant untuk UCaaS 2021. Ini ialah kali kedua Zoom dinamakan dalam Gartner Magic Quadrant untuk UCaaS (tahun 2020 ialah tahun pertama Zoom diiktiraf) dan kali kedua berturut-turut sebagai Peneraju.

Laporan ini menganalisis 14 syarikat di ruang UCaaS, dengan menamakan Zoom sebagai Peneraju.

“Kami berbesar hati bahawa Gartner telah menamakan Zoom sebagai Peneraju dalam Magic Quadrant untuk UCaaS bagi tahun kedua berturut-turut,” kata Eric S. Yuan, CEO Zoom. “Zoom komited untuk menyediakan teknologi yang lancar, boleh dipercayai dan selamat untuk memperkasakan tenaga kerja yang moden dan teragih serta kami percaya bahawa kami diiktiraf kerana kemudahan dan kebolehcapaian penyelesaian UCaaS kami, termasuk Zoom Meetings, Zoom Chat, dan Zoom Phone. Kami akan terus berusaha keras untuk memenuhi permintaan komunikasi semasa dan memuncul serta memberikan kegembiraan kepada semua pelanggan global kami.”

Untuk membaca salinan percuma laporan Gartner Magic Quadrant untuk UCaaS 2021, sila layari zoom.us/gartner.

Penafian:

Gartner, Magic Quadrant untuk Komunikasi Disatukan sebagai Perkhidmatan, Sedunia, Rafael Benitez, Megan Fernandez, Daniel O'Connell, Christopher Trueman, Pankil Sheth, 18 Oktober 2021 – Untuk Magic Quadrant untuk Komunikasi Disatukan sebagai Perkhidmatan, laporan Sedunia

Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya dalam A.S. dan antarabangsa serta digunakan dalam ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk, atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penentuan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Perihal Zoom
Zoom adalah untuk anda. Kami membantu anda mengekspresikan idea, berhubung dengan orang lain, dan membina ke arah masa hadapan yang hanya dihadkan oleh imaginasi anda. Platform komunikasi lancar kami merupakan satu-satunya platform yang bermula dengan video sebagai asasnya, dan kami telah menetapkan standard untuk inovasi sejak itu. Oleh sebab itu, kami adalah pilihan yang intuitif, boleh diskalakan dan selamat untuk perusahaan besar, perniagaan kecil dan individu yang seumpamanya. Diasaskan pada tahun 2011, Zoom didagangkan secara umum (NASDAQ:ZM) dan beribu pejabat di San Jose, California. Lawati zoom.com dan ikuti @zoom.

Perhubungan Akhbar Zoom:
Beth McLaughlin
Pakar PR
press@zoom.us 

Sumber: Zoom Video Communications, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.