ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DEEL MENGUMPULKAN $425 JUTA DALAM PENDANAAN SIRI D UNTUK TERUS MENGUBAH MASA DEPAN BEKERJA

Wednesday 20/10/2021



 Table
Antara muka Deel (Grafik: Business Wire)
 
Dengan satu penilaian $5.5 Bilion, Deel mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat bernilai paling tinggi dalam ruang pengambilan, pembayaran, dan kepatuhan global

SAN FRANCISCO, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Deel, syarikat pengambilan jarak jauh yang memecahkan halangan pekerjaan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan $425 juta dalam pendanaan Siri D, dengan menjadikan jumlah keseluruhan yang dikumpulkan oleh syarikat itu kepada lebih $630 juta. Pusingan pendanaan terbaharu itu menilaikan syarikat itu pada $5.5 bilion. Deel telah menjadi syarikat bernilai paling tinggi di dalam ruang pengambilan, pembayaran, dan kepatuhan global dengan pelaburan ini. 
 
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211018005567/en/ 

Pusingan pendanaan baharu ini telah diterajui oleh Coatue yang berpangkalan di Amerika Syarikat, dengan rakan kongsi Rahul Kishore dan Lucas Swisher mengetuai urus janji itu. Beberapa pelabur baharu dan sedia ada juga mengambil bahagian di dalam pusingan ini, termasuk Altimeter Capital, Andreessen Horowitz, YC Continuity Fund, Spark Capital, Greenbay Ventures, Neo, dan lebih 40 operator terkemuka di dunia.

Sejak penubuhan Deel pada tahun 2019, pasukan itu - yang berkembang dari empat kepada 400 orang pekerja - telah menjalankan satu misi untuk menjadikan kerja jarak jauh lebih mudah diakses oleh pasukan dan perniagaan di mana sahaja di dunia dan membina pengalaman mengintegrasikan pekerja baharu ke dalam organisasi yang terbaik di pasaran. Hari ini, Syarikat-syarikat memikirkan semula cara bagaimana bentuk kerja fleksibel baharu untuk memperoleh dan mengekalkan bakat utama. Deel menghapuskan rintangan pengambilan pekerja jarak jauh dan mewujudkan satu peluang bagi semua dengan satu platform, peranti, dan kelenturan yang dibina agar pasukan dapat berkembang maju pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka mahu bekerja.

Deel melayani lebih 4,500 pelanggan di seluruh dunia dari nama seperti Coinbase, Intercom dan Shopify di lebih 150 buah negara. Sama ada sesebuah syarikat ingin menerima sebuah persekitaran kerja hibrid atau sepenuhnya jarak jauh atau mensumberkan bakat dari seluruh dunia, teknologi Deel menawarkan gaji, sumber manusia, kepatuhan, faedah istimewa, faedah dan keupayaan lain yang tidak dapat ditandingi yang diperlukan untuk mengambil dan menguruskan sebuah pasukan global—sesuatu yang sebelum ini syarikat memerlukan satu pasukan dalaman secara keseluruhan untuk menguruskannya. Dengan Deel, perniagaan boleh mengambil pekerja dan kontraktor dengan mudah tanpa memerlukan sebuah entiti tempatan dalam masa kurang dari 5 minit. Syarikat juga boleh membayar pasukan dalam lebih 120 mata wang hanya dengan satu klik.

“Kami telah mengesan Deel sejak tahun 2020 dan sangat kagum dengan visi Alex dan Shuo,” kata Rahul Kishore, seorang Pengarah Urusan Kanan di Coatue. “Ketika kami ketahui lebih lanjut mengenai Deel, kami menjadi teruja dengan peningkatan skala yang menarik dan percaya kami berada di peringkat awal dengan keupayaan pasukan itu.” Lucas Swisher, seorang Rakan Umum di Coatue yang mengetuai bersama pusingan itu, menambah, “Kami  kagum dengan cara bagaimana platform itu dapat menyaring sesuatu yang begitu luar biasa menjadi satu alat yang dapat digunakan oleh siapa sahaja untuk mengambil pekerjaan global daripada impian kepada kenyataan.”

“Cara orang bekerja pada dasarnya telah berubah. Dan ia tidak akan kembali seperti dahulu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Deel, Alex Bouaziz. “Kami mengasaskan Deel kerana kami tidak mahu pengambilan pekerja atau pembayaran untuk menghalang perniagaan daripada membina pasukan global terbaik dan mencari bakat global terbaik. Kami akan terus mencabar norma mengenai cara bagaimana syarikat-syarikat beroperasi dan terus membina peranti yang membentuk masa depan pekerjaan.”

“Kami telah bergabung dengan Deel sejak awal dan telah melihat bagaimana mereka mengubah dan mengembangkan peranti dalam waktu singkat untuk membantu menciptakan pengalaman yang lebih baik untuk perniagaan dan pasukan mereka,” kata Anish Acharya, rakan umum di Andreessen Horowitz. “Masa depan adalah cerah untuk Deel, tetapi adalah lebih cerah lagi bagi pasukan-pasukan antarabangsa yang mereka bantu di seluruh dunia.”

Maklumat mengenai Deel

Deel adalah satu penyelesaian pematuhan dan penggajian global terkemuka yang membantu perniagaan mengupah sesiapa sahaja, di mana sahaja. Teknologi Deel menawarkan gaji, sumber manusia, kepatuhan, faedah istimewa, faedah dan keupayaan lain yang tidak dapat ditandingi yang diperlukan untuk mengambil dan menguruskan sebuah pasukan global.

Dengan menggunakan proses layan diri yang dibolehkan teknologi, pelanggan Deel dapat mengupah kontraktor bebas dan pekerja sepenuh masa di lebih 150 negara, dengan penuh kepatuhan dan dalam masa beberapa minit. Dengan lebih 250 pakar undang-undang, perakaunan, mobiliti, dan pakar cukai sebagai rakan kongsi, Deel membolehkan mana-mana perniagaan untuk membuat, menandatangani dan menghantar kontrak setempat dari sebuah perpustakaan templat dan membayar pasukan dalam lebih 120 mata wang dengan hanya satu klik.

Ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Alex Bouaziz dan Shuo Wang, Deel adalah sebuah syarikat pengedaran sepenuhnya dengan pekerja yang berpusat di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Deel di sini.

Maklumat mengenai Coatue

Coatue adalah satu daripada platform pelaburan teknologi terbesar di dunia dengan lebih $45 bilion dalam aset di bawah pengurusan. Pasukan jurutera dan saintis data kami yang berdedikasi bekerja rapat dengan profesional pelaburan untuk menambahkan nilai kepada pengasas dan pasukan eksekutif dalam portfolio kami. Dengan usaha, pertumbuhan dan dana awam, kami menyokong usahawan dari seluruh dunia dan di setiap peringkat pertumbuhan. Beberapa pelaburan swasta kami termasuk Airtable, Ant Financial, Anaplan, ByteDance, Chime, Databricks, DoorDash, Instacart, Meituan, Snap, Snowflake dan Spotify.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211018005567/en/

Hubungi

Kiran Wylie
kiran.wylie@letsdeel.com
+44(0)7875057754

Sumber : Deel

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.