ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PAMERAN BERTEKNOLOGI TINGGI PERTANIAN YANGLING CHINA KE-28 AKAN DIADAKAN PADA 22 HINGGA 26 OKT. DI WILAYAH SHAANXI DI BARAT LAUT CHINA

Wednesday 20/10/2021

AsiaNet 92461

Table

Pusat Pertukaran Pertanian Moden SCO yang menggabungkan pengajaran, latihan, penyelidikan saintifik, pertukaran, dan sokongan perkhidmatan


YANGLING, China, 20 Okt., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling China ke-28, yang seringkali disebut sebagai “Olimpik Pertanian”, akan diadakan dari 22 hingga 26 Oktober di Yangling, di Wilayah Shaanxi.
 
Dengan bertemakan “inovasi sains dan teknologi memacukan penggalakan luar bandar”, ruang pameran itu akan meliputi 200,000 meter persegi dan akan mempunyai 2,100 gerai pameran, menurut Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling China.

Acara lima hari itu akan menampilkan 12 aktiviti utama, termasuk satu persidangan meja bulat mengenai pembangunan pertanian moden di kalangan negeri anggota Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO). Pameran itu akan mengadakan sesi dalam talian dan luar talian pada tahun ini disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Ditubuhkan pada tahun 1994, pameran itu adalah merupakan satu daripada pameran terbesar dan paling berpengaruh bagi pencapaian saintifik dan teknologi pertanian di China. Pameran itu menyediakan sebuah platform untuk demonstrasi bagi pencapaian terkini di dalam sains dan teknologi pertanian, dan juga sebuah jendela bagi kalangan profesional pertanian dari seluruh dunia untuk melibatkan diri di dalam pertukaran dan kerjasama.

Pada tahun 2020, pameran itu mempamerkan lebih 9,000 pencapaian saintifik dan teknologi pertanian baharu dan menarik 1.5 juta peserta dalam talian dan luar talian dari lebih 50 buah negara dan wilayah.

Pada Julai 1997, Yangling menjadi zon demonstrasi industri berteknologi tinggi pertanian yang pertama di China. Sejak detik itu, satu pangkalan demonstrasi bagi pertukaran dan latihan teknologi pertanian telah diwujudkan di Yangling untuk Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO). Selain itu, Yangling telah menggabungkan sumber pertanian di rantau itu dan telah menjalankan pertukaran pertanian antarabangsa dan projek kerjasama yang meluas.

Sehingga kini, Yangling telah membina 13 penyelidikan saintifik antarabangsa dan platform kerjasama inovasi telah dibentuk, lapan taman kerjasama antarabangsa, dan Perikatan Pendidikan Pertanian dan Inovasi Penyelidikan Laluan Sutera. Program latihan teknikal bantuan asing pertanian itu menyampaikan perkhidmatan kepada 110 buah negara dan wilayah dan lebih 3,000 pegawai dan juruteknik pertanian asing telah mengikuti latihan.

Di samping itu, Yangling - Bandar raya Pertanian dan Sains China - telah menjalin perhubungan kerjasama yang erat dengan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), dan dengan lebih 60 buah negara dan wilayah.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pameran Berteknologi Tinggi Pertanian Yangling China
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=404622
 
   Kapsyen: Pusat Pertukaran Pertanian Moden SCO yang menggabungkan pengajaran, latihan, penyelidikan saintifik, pertukaran, dan sokongan perkhidmatan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.