ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA MENGELUARKAN KUMPULAN M4N BAGI MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M4 BAHARU DI DALAM KELAS TERMAJU KELUARGA TXZ+™

Wednesday 20/10/2021



Table

Toshiba: Mikropengawal Arm (R) Cortex (R) -M4 untuk Kawalan Motor (Grafik: Business Wire)



Dioptimumkan untuk peranti IoT, dilengkapi dengan pengawal Ethernet dan CAN

KAWASAKI, Jepun, 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah memulakan pengeluaran secara besar-besaran bagi 20 mikropengawal baharu di dalam kumpulan M4N sebagai produk baharu di dalam Kelas Termaju Keluarga XZ+™ yang dihasilkan di dalam proses 40nm. Kumpulan M4N itu termasuk sebuah teras Arm Cortex-M4 dengan FPU, berfungsi sehingga 200MHz, dengan sebuah kod kilat 2MB maksimum yang bersepadu dan ingatan kilat data 32KB dengan daya ketahanan kitaran menulis maksimum 100K. Mikropengawal ini juga menawarkan pelbagai pilihan antara muka dan komunikasi, seperti Ethernet, CAN dan USB 2.0 FS OTG pengawal dengan PHY yang bersepadu. Peranti kumpulan M4N sangat sesuai untuk peralatan pejabat, automasi bangunan dan kilang, dan peranti rangkaian dan pengurusan maklumat industri.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211018005371/en/

Produk kumpulan M4N yang baharu itu telah meningkatkan fungsi komunikasi yang disatukan sebagai satu antara muka ingatan bersiri yang juga menyokong Quad/Octal SPI, sebuah antara muka audio (I2S), dan sebuah antara muka bas luaran, selain UART, FUART, TSPI, dan I2C, yang disokong oleh sebuah DMAC 3-unit terbina dalam. Tambahan pula, peranti itu boleh memperuntukkan DMA dan RAM berasingan untuk setiap litar periferal, dan menggunakan sebuah konfigurasi litar matriks bas yang memastikan pemindahan data yang cekap oleh bas induk. Akibatnya, peranti kumpulan M4N membolehkan pengawal Ethernet, CAN, dan pengawal USB untuk diproses secara berasingan dan selari pada masa yang sama.

Peranti ini menyokong pelbagai aplikasi penderiaan dengan penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi dan berketepatan tinggi yang membolehkan masa penahan sampel individu ditetapkan bagi setiap saluran input AD sehingga 24 saluran.

Fungsi diagnosis diri yang digabungkan di dalam peranti itu bagi ROM, RAM, ADC dan Jam membantu pelanggan untuk mencapai pensijilan keselamatan fungsian IEC60730 Kelas B.

Dokumentasi, contoh perisian dengan satu contoh penggunaan sebenar, dan perisian pemacu yang mengendalikan antara muka bagi setiap periferal boleh dimuat turun dari laman web Toshiba. Papan penilaian dan persekitaran pembangunan disediakan dengan kerjasama rakan ekosistem global Arm.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu

• Arm Cortex-M4 teras berprestasi tinggi dengan FPU, maksimum 200MHz
• Fungsi kawalan motor dan antara muka komunikasi
• Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian IEC60730 kelas B
 
Penggunaan

Peranti rangkaian dan pengurusan maklumat industri yang memerlukan sambungan Ethernet USB dan CAN.
Pencetak, peralatan komunikasi untuk automasi bangunan dan kilang, peralatan rumah IoT, keselamatan rumah, meter pintar dll.

Spesifikasi 

Table


Lihat URL di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu.
Kumpulan M4N
 
Lihat URL di bawah untuk keterangan lanjut mengenai Mikropengawal Toshiba
Mikropengawal
 
* Arm dan Cortex adalah tanda perdagangan berdaftar bagi Arm limited (atau anak syarikatnya) di Amerika Syarikat dan/atau di tempat lain.
* TXZ+™ adalah tanda perdagangan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran MCU & Peranti Digital
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian dan penyimpanan semikonduktor termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada satu masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211018005371/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.