ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​MILLIKEN & COMPANY MEMPEROLEHI ENCAPSYS, LLC

Wednesday 20/10/2021



SPARTANBURG, S.C., 20 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Milliken & Company (“Milliken”), sebuah pengeluar kepelbagaian global dengan lebih satu setengah abad sebagai pakar sains bahan, telah memperoleh secara rasmi Encapsys, LLC (“Encapsys”), sebuah peneraju dunia di dalam mikroenkapsulasi, dari Cypress Performance Group LLC (“Cypress”). Urus niaga ditutup secara rasmi pada 18 Oktober, 2021.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211018005946/en/

“Untuk mengubahkan keadaan pada kelestarian memerlukan pemikiran yang besar dan kerjasama yang teguh. Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Encapsys ke dalam Milliken,” kata Halsey Cook, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Milliken & Company. “Kepakaran Encapsys yang digabung dengan keupayaan kami untuk meningkatkan skala akan menggerakkan usaha kami untuk menyampaikan inovasi yang lestari bagi pelanggan kami.”

“Encapsys membawa satu gabungan inovasi, sains dan teknologi yang unik kepada pasukan Milliken,” kata Cindy Boiter, naib presiden eksekutif dan presiden bagi Perniagaan Kimia Milliken. “Meningkatkan portfolio kami bagi bahan kimia khusus dengan jangkauan global, pemerolehan ini akan mempercepatkan penyelesaian mapan bagi pasaran dan pelanggan yang kami layani.”

Ketika Encapsys disepadukan ke dalam Milliken, operasi harian akan diteruskan tanpa gangguan, termasuk perhubungan dengan pembekal dan pelanggan sedia ada.

Beribu pejabat di Appleton, Wisconsin, Encapsys adalah sebuah pemimpin di dalam teknologi mikroenkapsulasi, yang meletakkan sebuah tempurung polimer yang seragam pada bahan teras pada tahap mikron untuk membuat kapsul. Mikroenkapsulasi mempunyai aplikasi merentasi industri dan membantu syarikat mencapai produk yang lebih lestari dengan meningkatkan penggunaan yang bertanggungjawab dan penyampaian bahan aktif yang cekap.

“Rakan sekutu Encapsys sangat teruja untuk menjadi ahli pasukan Milliken dan mengalu-alukan sebuah organisasi bertaraf dunia ke Timur Laut Wisconsin,” kata Mary Goggans, presiden bagi Encapsys. “Budaya dan nilai kami adalah satu padanan yang sesuai, dan kami berharap dapat memanfaatkan keupayaan Milliken di peringkat global untuk mempercepatkan inovasi dan pertumbuhan.”

Milliken diwakili oleh penasihat undang-undang Jones Day dan penasihat kewangan J.P. Morgan Securities LLC. BofA Securities, Inc. dan Credit Suisse Securities (Amerika Syarikat) LLC bertindak sebagai penasihat kewangan, dan Morgan, Lewis & Bockius LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Encapsys.

Maklumat mengenai Milliken

Milliken & Company adalah sebuah peneraju pembuatan global yang memberi tumpuan kepada sains bahan yang menyampaikan penemuan esok pada hari ini. Dari molekul yang terkemuka di dalam industri kepada inovasi yang mapan, Milliken mencipta produk yang meningkatkan kehidupan orang ramai dan menyampaikan penyelesaian bagi pelanggan dan komuniti mereka. Dengan menggunakan ribuan paten dan satu portfolio dengan aplikasi merentasi perniagaan tekstil, lantai, kimia khusus dan penjagaan kesihatan, syarikat itu memanfaatkan integriti dan kecemerlangan bersama untuk memberi kesan positif kepada dunia selama beberapa generasi. Ketahui lebih lanjut mengenai pemikiran ingin tahu Milliken dan penyelesaian yang penuh inspirasi di milliken.com  dan di FacebookInstagram, LinkedIn dan Twitter.

Maklumat mengenai Encapsys

Beribu pejabat di Appleton, WI, Encapsys adalah sebuah inovator yang diiktiraf di seluruh dunia di dalam mikroenkapsulasi. Encapsys adalah pereka bagi mikroenkapsulasi yang telah dipatenkan dan telah memberikan penyelesaian berinovatif kepada rakan-rakan di rumah penjagaan, penjagaan diri, pertanian, tekstil, peralatan tempat tidur dan kertas tanpa karbon selama lebih 65 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Encapsys, sila layari www.encapsys.com.

Maklumat mengenai The Cypress Performance Group LLC

Encapsys telah dimiliki sejak tahun 2015 oleh The Cypress Performance Group. Cypress adalah sebuah syarikat induk yang diasaskan oleh George Sherman yang memberi tumpuan kepada perniagaan pembuatan atau perkhidmatan industri nilai ditambah. Cypress membantu syarikat-syarikat melaksanakan pelan strategik mereka dengan menggunakan sistem perniagaannya untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan kecekapan operasi dan pada masa yang sama membangunkan amalan terkemuka industri untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyampaikan nilai pemegang saham.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211018005946/en/

Hubungi

Betsy Sikma, Milliken
betsy.sikma@milliken.com
864.909.7908

Sumber : Milliken & Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.