ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  AGROBANK BERJAYA TETAPKAN HARGA BAGI PROGRAM SUKUK WAKALAH PERTAMANYA BERJUMLAH RM500 JUTA

Wednesday 20/10/2021



Table

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Esekutif Agrobank


KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan bahawa harga bagi Program Sukuk Wakalah berjumlah RM500 juta berdasarkan prinsip Islam Wakalah Bi Al-Istithmar berjaya ditetapkan pada 18 Oktober 2021 yang lalu.
                                  
Agrobank telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelabur menerusi terbitan sulung Program Sukuk Wakalah berjumlah RM1 bilion selepas mengemukakannya kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada bulan Ogos yang lalu.
 
Mengulas mengenai kejayaan penerbitan tawaran Sukuk bernilai RM500 juta, Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Kami sangat berbangga kerana berjaya melancarkan Sukuk Wakalah sulung Agrobank berjumlah RM500 juta pada 18 Oktober 2021, selepas memuktamadkan proses penetapan harga (book-building exercise) yang menandakan kepentingan pasaran Modal Sukuk Malaysia.”
 
“Kejayaan menjadi sebahagian daripada instrumen inovatif ini adalah suatu kelebihan buat Agrobank di mana kami percaya ia akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab kewangan Islam global dalam meneraju pasaran modal Islam global,” tambahnya.
 
“Permintaan yang tinggi di pasaran bagi instrumen ini membuktikan keyakinan para pelabur terhadap kredit, operasi dan aktiviti perniagaan Agrobaank. Penerbitan Sukuk ini akan membolehkan industri menjana keuntungan menerusi pengurusan kos yang efektif dan sekali gus menyediakan penyelesaian peningkatan modal yang dapat mengelakkan kecairan dan penurunan kos modal.”
 
Hasil daripada penerbitan Sukuk Wakalah ini akan digunakan untuk keperluan perniagaan am dan modal kerja patuh Syariah.
 
Agrobank telah memberikan tawaran dwi-bahagian (dual-tranche) ke pasaran dengan Sukuk lima dan tujuh tahun masing-masing dengan 51 bps dan 49 bps. Walaupun di tahap persekitaran pasaran yang mencabar, penetapan harga tersebut telah ditutup pada tahap yang sangat kompetitif iaitu 3.63% p.a bagi Sukuk lima tahun dan 3.90% p.a bagi Sukuk tujuh tahun.

Penerbitan Sukuk sulung ini menyaksikan permintaan yang tinggi daripada pelabur yang terdiri daripada agensi kerajaan, institusi kewangan, syarikat pengurusan aset dan syarikat insurans yang menyebabkan tawaran jumlah langganan yang berlebihan.
 
Program Sukuk Wakalah telah diberi penilaian AAA oleh Malaysia Rating Corporation Berhad.  Maybank Investment Bank Berhad pula adalah Penasihat Utama Tunggal / Pengatur Utama Tunggal / Pengurus Utama Tunggal bagi Program Sukuk ini.
 
Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dilaksanakan menerusi 206 rangkaiannya sehingga tahun 2020 yang merangkumi 138 cawangan, 33 kiosk, 19 pusat perdagangan dan 16 rangkaian perbankan.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my
 
*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.
 
Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank


SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766
E-mel: syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA
 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.