ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​SUKE TV MELANTIK BE STRATEGIC SEBAGAI AGENSI KOMUNIKASI PEMASARAN BERSEPADU

Monday 18/10/2021



 
Table
(L-R) Dan Iskandar, Pengarah Kreatif Be Strategic; Dato' AC Mizal, Pengasas dan Pengerusi SUKE TV; dan Ashvin Anamalai, Chief Strategist Be Strategic

KUALA LUMPUR, Okt 18 (Bernama) -- SUKE TV, rangkaian penyiaran tempatan milikan Dato’AC Mizal yang dilancarkan baru-baru ini, telah melantik Be Strategic, sebuah syarikat tempatan beranugerah sebagai agensi komunikasi pemasaran bersepadu untuk memacu aktiviti pelancaran dan hubungan masyarakatnya di Malaysia.

Be Strategic akan bekerjasama dengan pasukan pemasaran SUKE TV untuk menghidupkan visi jenama rangkaian melalui inisiatif-inisiatif penjenamaan, digital dan sosial, serta perhubungan awam. Aktiviti pemasaran tersebut bakal dijalankan bagi memperkenalkan kehadiran SUKE TV kepada industri Media & Hiburan (M&E) sebagai sebuah rangkaian penyiaran yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Dato 'AC Mizal, pengasas dan pengerusi SUKE TV berkata, "SUKE TV ditubuhkan untuk menyumbang kepada kesinambungan selebriti, penggiat seni, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) serta penonton tempatan. SUKE TV menawarkan kemudahan membeli-belah alaf baru dan kontemporari melalui strategi platform dwi-pilihan kami. Misi kami di SUKE TV adalah untuk mengembalikan kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat, tanpa mengira usia, bangsa, dan jantina; dan untuk menjalinkan hubungan yang erat bersama penonton,"

"Be Strategic memahami keperluan kami dan berjaya mencitrakan intipati jenama SUKE TV, termasuk kisah sejarah di sebalik penubuhan rangkaian ini. Sebagai sebuah pemain baharu, ianya sangat mustahak untuk bekerjasama dengan sebuah agensi yang dapat menawarkan pandangan industri yang mendalam bagi memperkasakan posisi SUKE TV dalam industri M&E.

Keputusan perlantikan Be Strategic adalah cerminan intrinsik kepada misi kami untuk menyokong dan membantu perniagaan tempatan. Be Strategic merupakan sebuah agensi tempatan yang menawarkan pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta pengiktirafan untuk membawa jenama SUKE TV ke khalayak ramai. Kami tidak sabar untuk memulakan persahabatan dinamik ini untuk memacu jenama SUKE ke hadapan," tambah beliau.

“Peningkatan pengguna teknologi hiburan telah melihat  lonjakkan mendadak dalam beberapa tahun terakhir ini. SUKE TV adalah inisiatif unik yang memupuk semangat inovasi dalam media hiburan di Malaysia. Be Strategic bersedia memikul tanggungjawab sebagai peneraju misi SUKE TV untuk menyampaikan pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar kepada rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa pendekatan kreatif Be Strategic untuk SUKE TV akan memperkukuhkan posisinya di kalangan industri M&E tempatan, dan kami akan memberi yang terbaik untuk menjadikan visi jenama SUKE TV  suatu kenyataan". kata Dan Iskandar, Pengarah Kreatif Be Strategic.

Baru-baru ini, SUKE TV mengumumkan barisan personaliti yang akan bekerjasama dengan mereka di saluran TV free to air (FTA) 24/7 mereka. Barisan ini merangkumi ikon industri terkenal seperti Wak Doyok, Tengku Azura, Maryam Ryzal, Ernie Zakri, Emelda Rosmila dan Syamel; penggiat media sosial seperti Aireena Sofia, Mat Dan, Bibi Qairina dan Rushdan Wafa; serta bakat industri seperti Reeve Damien, Allisya Tahir dan Fauzi Zulkifli.

Antara senarai pelanggan Be Strategic termasuk Lazada Malaysia, Quill Automobiles, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), UDA Property, dan Castrol Malaysia. Baru-baru ini agensi ini telah berjaya merangkul lima anugerah di Agency of the Year dan MARKies Awards Malaysia 2021 oleh Advertising + Marketing Magazine.

Mengenai SUKE TV
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.suketv.com/
 
Mengenai Be Strategic
Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati https://bestrategic.asia/
 
Sumber: Be Strategic Sdn Bhd
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Daniel Wong 
Be Strategic 
Tel: +6012 2804263 
E-mel: daniel.wong@bestrategic.asia  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.