ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  JASMINE FOOD CORPORATION SUMBANGKAN 25,000 KAMPIT BERAS SEBAGAI PENGHARGAAN MENCAPAI KEDUDUKAN JENAMA BERAS TERTINGGI

Monday 18/10/2021



KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (Jasmine Food), jenama beras yang terkemuka, baru-baru ini mencapai kedudukan jenama beras tertinggi di Malaysia, menurut data indeks The Nielsen Company (M) Sdn Bhd.
 
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/JasmineFood_202110.shtml
 
Bagi meraikan pencapaian ini, Jasmine Food akan menyumbang 25,000 kampit beras kepada pusat vaksinasi semasa tempoh yang memerlukan ini sebagai tanda penghargaan kepada negara ini dan pengguna kerana membantu meraih pencapaian yang mengagumkan ini. Setiap kampit beras mengandungi 400g beras PusaCream yang setiap satu akan disumbangkan ke lima lokasi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru.

"Pencapaian ini merupakan satu galakan untuk meningkatkan lagi kepercayaan terhadap jenama kami yang dipercayai ini untuk terus memberi kualiti yang tertinggi daripada varian beras kami yang sihat. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna kami yang kami hargai atas kepercayaan berterusan mereka yang telah membantu kami menjadi jenama beras terunggul," kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation.

Selama lebih enam dekad, jenama ini telah menjadi pengusaha yang penting dalam industri beras Malaysia dengan memperluaskan rangkaian produk beras yang diimport dari Thailand, Myanmar, China, Vietnam, India, Pakistan, Australia dan juga Amerika Syarikat.

Jasmine Food Corp telah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah Pengurusan Kualiti ISO, anugerah Superbrand, anugerah Laureate jenama berprestij dan Jenama Dipercayai oleh anugerah Readers' Digest dari tahun 2004 hingga 2020.

Mengungguli bahagian nilai

Berdasarkan kepada Perkhidmatan Indeks Runcit untuk kategori Beras bagi 12 bulan berakhir pada April 2021 dalam Total Malaysia, Jasmine Food menduduki tempat pertama dari segi bahagian nilai dengan 19.2% untuk Total Malaysia dalam kategori beras. The Nielsen Company (M) Sdn Bhd, peneraju industri bagi pengukuran global dan analisis data serta sumber yang dipercayai untuk peruncitan dan pengukuran tingkah laku pembeli, memberi pandangan kepada peruncit dan pengeluar melalui set data yang komprehensif.

Meraikan pencapaian selama berdekad-dekad

Sempena ulang tahun yang ke-61, Jasmine Food akan mengadakan acara pemberian hadiah melalui media sosial istimewa sepanjang bulan September dan Oktober bagi meraikan pencapaian terkini mereka ini. Beberapa individu berpengaruh dari Malaysia akan turut mengambil bahagian dalam acara tersebut untuk berkongsi perjalanan mereka bersama Jasmine Food.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, kunjungi http://www.jasmine.com.my/ dan ikuti Jasmine Food Corporation di Facebook.

Latar Belakang Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation, subsidiari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), merupakan peneraju bagi pengedaran dan pemasaran industri beras di Malaysia menerusi pelbagai anugerah yang telah dicapai olehnya. Jasmine Food mengedarkan produk beras termasuk beras wangi, beras basmati, beras putih (import dan tempatan), beras khas, beras perang, beras pulut dan bihun beras di seluruh negara yang disampaikan melalui jaringan wakil penjual yang komprehensif termasuk pasar raya besar dan pasar raya dengan jumlah pengunjung yang ramai, pasar mini serta kedai runcit.
 
 
HUBUNGI: Keivin Lee, event@jasmine.com.my, +603-5122-3188 

Sumber: Jasmine Food

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.