ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PENAMATAN PENJUALAN BENIH ASAS VARIETI PADI MR 219

Monday 18/10/2021



KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengumumkan penamatan penjualan benih asas varieti padi MR 219 pada 1 November 2021.

Kenyataan ini susulan daripada prestasi semasa varieti padi MR 219 yang rentan kepada serangan penyakit karah daun dan karah tangkai. Kerentanan ini menyebabkan kehilangan hasil tuaian padi melebihi 50% yang mendorong kepada penurunan pendapatan pesawah.

Varieti MR 219 yang telah diisytihar pada tahun 2001 di FELCRA Seberang Perak adalah varieti pemula berhasil tinggi (8 tan per hektar) dan telah digunakan oleh pesawah selama 10 tahun. Namun begitu, pada tahun 2011, varieti ini mula menunjukkan kerentanan kepada penyakit dan perosak utama serta mudah rebah dan telah tidak ditanam selepas 2011. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, varieti MR 219 telah ditanam semula kerana masih ramai petani yang meminati varieti ini sehingga menyebabkan penularan penyakit karah daun dan karah tangkai.

Sehubungan dengan penamatan benih asas varieti MR 219, MARDI mengesyorkan supaya para pengeluar benih dan pesawah menggunakan varieti padi MARDI yang telah diisytihar dan terdapat di pasaran. Antaranya ialah Seri Waja (MR 315), MARDI Sempadan 303, MARDI Sebernas 307 dan MARDI Siraj 297.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Dr. Asfaliza Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI melalui email aliza@mardi.gov.my.

MARDI sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

DATO' DR. MOHAMAD ZABAWI BIN ABDUL GHANI
KETUA PENGARAH MARDI
15 OKTOBER 2021


SUMBER: Institut Pertanian dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Dr. Asfaliza Ramli
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Beras MARDI
E-mel: aliza@mardi.gov.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.