ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  SUMBANGAN #MAFIPRIHATIN DAN TOUCH POINT ANJURAN MARDI

Monday 18/10/2021



PASIR PUTIH, 18 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 17 Oktober 2021 sekali lagi menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin dan Touch Point yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) II di MARDI Pasir Putih, Kelantan.
 
Sebanyak 250 bakul makanan telah diserahkan kepada seramai 250 penerima yang terdiri daripada barisan hadapan (frontliners) termasuk doktor dan jururawat dari Klinik Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai Majlis Daerah yang terlibat dalam mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kakitangan Jabatan Bomba serta petugas Penyelamat Malaysia. Sumbangan bakul makanan juga turut diagihkan kepada petani dan usahawan termasuk persatuan pertanian serta penduduk setempat yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.
 
Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri II turut menyerahkan bantuan sebanyak RM130,000 yang merupakan sistem peralatan pengairan ladang kepada 10 orang petani untuk menaik taraf sistem pengairan serta pengenalan pakej mekanisasi ladang tanaman ubi keledek di bawah projek ‘Pembangunan Sistem Pengairan dan Infrastruktur Ladang bagi Pengeluaran Ubi Keledek yang Optimum’. Penggunaan sistem pengairan dan pakej mekanisasi ini telah berjaya membuktikan peningkatan hasil ubi keledek sebanyak 23% yang sekaligus dapat meningkatkan pendapatan petani.
 
Dua (2) peserta Rezeki Tani juga telah menerima bantuan peralatan untuk membantu perniagaan dalam proses pengeluaran produk santan dan kerisik serta peralatan katering bagi meningkatkan proses pengeluaran produk yang diusahakan disamping menambah pendapatan keluarga. Peserta-peserta ini diberikan khidmat bimbingan dan sentiasa dipantau oleh MARDI dari masa ke semasa supaya perniagaan yang diusahakan berdaya maju dan berkembang baik.
 
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI); YB Tuan Wan Hassan Wan Ibrahim, ADUN Semerak dan YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.
 
#AKM100 #keluargamalaysia #keluargaMAFI #teamMAFI #MAFIprihatin #betterMARDI 


Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
 
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. Sepanjang lebih 50 tahun penubuhannya, projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dirancang dan dilaksanakan oleh MARDI telah menjana pelbagai penemuan teknologi yang memberi manfaat kepada sektor pertanian negara. Produk R&D MARDI telah terbukti mampu merealisasikan agenda utama negara dalam mentransformasikan sektor pertanian ke arah ekonomi lebih maju pada kini dan masa hadapan.

Gambar Program MAFI Prihatin di MARDI Pasir Puteh:

https://drive.google.com/drive/folders/1zfJq9TBrGF4AZ-9mzh9KLW1GZE5sYgaF?usp=sharing
 
Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Dr. Mohd Syaifudin bin Abdul Rahman
Tel: 013-930 8432 
E-mel: saifudin@mardi.gov.my 

Nama: Abdul Rahman bin Abdul Razak 
Tel: 019-248 0204 
E-mel: arar@mardi.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.