ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  VIRTUAL HARI KRAF KEBANGSAAN 2021 'DIGITALISASI LONJAK INDUSTRI KRAF NEGARA'

Friday 15/10/2021



KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Kraftangan Malaysia telah melancarkan  Virtual Hari Kraf Kebangsaan yang bermula pada 15 Oktober sehingga 15 Disember 2021 secara dalam talian di laman sesawang ; www.mycraftevent.com.
 
VHKK 2021 dianjurkan dalam keadaan kita semua perlu berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi semasa, yang memberi kesan secara langsung terhadap jualan produk kraf secara fizikal. Bagi mengatasi cabaran tersebut, sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2021 pada kali ini amat istimewa di mana pengkomersialan industri kraf dilaksanakan secara digital selari dengan norma baharu.
 
Dengan tema ‘Kraf Menceriakan Kehidupan’, VHKK 2021 memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai dan merasai sendiri pengalaman baharu melihat pameran serta jualan kraf secara digital melalui pendekatan Exciting, Memorable, Experience. Selama dua (2) bulan, kita semua dapat menyaksikan keunikan produk kraf Malaysia yang diketengahkan melalui 5 ruang pameran utama iaitu Auditorium, Craft Business Centre, Showcase Hall, Exhibitor Hall dan Virtual Digital Craft Museum.
 
VHKK 2021 menampilkan komponen yang menggambarkan ekosistem industri kraf secara komprehensif. Sebanyak Sembilan(9) komponen utama telah digarap di dalam bentuk video yang menarik dengan paparan interaktif untuk dilayari oleh pengunjung maya seperti berikut:
 
•        Creative Craft Studio
•        Video Demonstrasi Adiguru Kraf
•        Video Demonstrasi Usahawan Kraf
•        Video Fun Craft
•        Video Success Story
•        Community Based Project (PENJANA Lab)
•        Blended Learning
•        Institut Kraf Negara - Webinar : Kelestarian Kraf
•        Craft & Technology
 
Aktiviti jualan akan berlangsung secara maya mempamerkan produk kraf oleh usahawan daripada pelbagai bidang kraf utama dari seluruh negara seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, hasil logam dan aneka kraf.  Setiap pembelian akan dipautkan kepada portal MYCRAFTSHOPPE atau www.mycraftshoppe.com.  VHKK 2021 menampilkan produk kraf dengan rekaan menarik, mengikut trend dan cita rasa terkini dan merupakan platform terbaik bagi usahawan kraf mempromosi serta memasarkan produk kraf secara terus kepada pembeli. 

SUMBER: Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Nur Nadia Mohd Salleh Anuar
Tel: 017-5046540


Nama: Siti Amirah Syuhaidah
Tel: 019-7481055

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.