ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ZAKAT+ @MYTEMUJANJI CARA MUDAH TETAPKAN TEMUJANJI BAGI URUSAN PEMBAYARAN ZAKAT DI PPZ-MAIWP

Friday 15/10/2021



KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Zakat+ @MyTemujanji iaitu nilai tambah baharu yang ditawarkan kepada para pelanggan PPZ-MAIWP untuk menikmati kemudahan temujanji dan urusan pembayaran zakat secara dalam talian yang lebih personal, mudah dan selamat.
 
Menyokong tindakan kerajaan bagi mengurangkan penularan Covid-19 di samping melindungi diri, keluarga dan komuniti serta membudayakan norma baharu ini, PPZ-MAIWP telah menyediakan perkhidmatan secara dalam talian ini bagi memudahkan urusan zakat dilaksanakan.
 
Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai ‘one stop centre' bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji di PPZ-MAIWP bagi 3 perkhidmatan berikut untuk menunaikan zakat.

i. Kaunter Zakat Digital

Perkhidmatan secara personal dengan pegawai zakat PPZ-MAIWP secara dalam talian. Pembayar boleh memilih mana-mana pegawai zakat di 10 lokasi cawangan kaunter zakat untuk berurusan. Pembayar turut dibantu dari urusan pertanyaan, pengiraan hingga pembayaran zakat selesai dilaksanakan.

ii. Door to Door

Perkhidmatan temujanji secara personal untuk bertemu secara dalam talian atau bersemuka bersama pegawai zakat di lokasi yang ditetapkan mengikut zon parlimen.

iii. Kaunter Zakat Bergerak (KZB)

Perkhidmatan kaunter zakat bergerak ke lokasi yang ditetapkan sama ada di ke lokasi premis perniagaan, pejabat atau lokasai awam sekitar Wilayah Persekutuan.

Permohonan temujanji boleh dibuat seawal sebulan sebelum tarikh temujanji atau minimum 3 jam sebelum.

Bagi urusan pembayaran zakat di kaunter pula tidak memerlukan temujanji. 10 Kaunter PPZ-MAIWP menerima pembayar yang hadir secara ‘walk in’ dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, “Kerajaan mengumumkan bahawa kita mungkin akan beralih ke fasa Endemik, di mana suatu keadaan penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Memahami bahawa kita perlu membiasakan diri dengan norma baharu Covid-19, PPZ-MAIWP amat menggalakkan orang ramai tidak menjadikan ianya sebagai alasan culas menunaikan zakat”, katanya.
 
“Kami akan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan urusan pembayaran zakat menjadi mudah walau kita berhadapan dengan pelbagai situasi sukar. Sudah menjadi tanggungjawab kami memastikan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan menunaikan Rukun Islam ketiga ini”, tambahnya lagi.

Orang ramai boleh mula menetapkan temujanji bermula 15 Oktober ini melalui https://mytemujanji.zakat.com.my/.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian zakat di 1 300 88 5757 atau e-mel kepada info@zakat.com.my, atau melalui Facebook Messenger di m.me/myzakat.
 
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”   

Latar Belakang PPZ-MAIWP  

PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my  


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norazlina Nordin
Tel : 019 - 728 3839
E-mel : azlina@zakat.com.my 

Nama : Fatin Aqilah Zulkefli
Tel : 017 - 393 5432
E-mel : aqilah@zakat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.