ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PEMAIN DAN KAKITANGAN KELAB BOLA SEPAK SELANGOR (SFC) LAKSANA UJIAN ANTIBODI IMMUSAFE

Friday 15/10/2021



Table
Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Ts. Madani Sahari, bersama Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr. Johan Kamal Hamidon, di samping En. Ashraff Ismail, Pengurus Besar, RZAC ImmuneSafe Sdn. Bhd., dan Kapten SFC, En. Brendan Gan.
 
SHAH ALAM, 15 Okt (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), RZAC ImmuneSAFE Sdn Bhd dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) telah bekerjasama dalam melaksanakan ujian antibodi ImmuSAFE bagi pemain dan kakitangan SFC menggunakan kit ImmuSAFE. 

Seramai 80 pemain dan kakitangan menjalani sesi ujian antibodi di Pusat Latihan FAS, Shah Alam hari ini, dan dihadiri oleh Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif SFC, yang turut serta mengambil ujian antibodi ImmuSAFE. 

Ujian ImmuSAFE adalah ujian serologi kuantitatif yang membolehkan kiraan tahap antibodi pelindung dalam seseorang individu selepas jangkitan, ataupun selepas divaksinasi. Keputusan ujian ini penting dalam menentukan keberkesanan vaksin, mahupun keperluan menjalani dos tambahan. Bagi SFC, ini membantu pengawalan dan pengurusan gelembung pemain di bawah Kelab, setelah setiap pemain dan kakitangan mendapat keputusan daripada ujian ImmuSAFE tersebut. 

"Kerjasama ini diharap dapat membawa dimensi baharu kepada industri sukan tanah air, di mana aktiviti sukan kontak rapat dapat dilaksanakan semula melalui penjagaan SOP yang ketat dan teratur seiring pelaksanaan ujian serologi COVID-19", kata Dato' Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). 

ImmuSAFE, yang dilancarkan pada September 2020 merupakan kit ujian serologi (ujian serum darah) pertama di dunia untuk mengesan kehadiran antibodi berkaitan sembilan domain virus SARS-CoV-2 yang berbeza. Keputusan ujian ImmuSAFE memberikan maklumat mengenai faktor risiko keberjangkitan dan juga kehadiran antibodi pelindung terhadap Covid-19 pada individu bergejala dan tidak bergejala.  

Melalui ImmuSAFE, pengurusan program vaksinasi para pemain dan pegawai Selangor akan lebih sistematik dan mereka juga akan lebih yakin dengan tahap perlindungan antibodi semasa menjalani latihan dan perlawanan bola sepak secara kontak. Kami berterima kasih kepada MARii dan RZAC kerana memberikan kami akses kepada penggunaan teknologi baharu agar sukan bola sepak tanah air dapat diteruskan semasa pandemik ini”, kata Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr. Johan Kamal Hamidon. 

“Penerimaan ImmuSAFE di dalam industri sukan menunjukkan bahawa penggunaan ujian antibodi ImmuSAFE adalah universal dan dapat menambahbaik usaha yang sedia ada dalam melawan wabak COVID-19”, kata Dato’ Sri Rayyan Joseph King, Pengarah RZAC. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ImmuSAFE, sila hubungi info@immusafe.my atau layari www.immusafe.my.  

Mengenai Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) 

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bertindak sebagai pusat penyelarasan dan agensi pemikir bagi memperkasakan daya saing industri automotif & mobiliti secara menyeluruh, termasuk sistem pengangkutan pintar & perkhidmatan berkaitan melalui penyerapan teknologi robotik & IoT. 

Mengenai RZAC ImmuneSAFE Sdn Bhd 

RZAC ImmuneSAFE Sdn Bhd adalah syarikat yang di bangunkan di Malaysia sejak 2017. Syarikat ini mengendalikan pembekalan kit Ujian Antibodi ImmuSAFE COVID + serta produk dan peralatan perubatan yang boleh diguna pakai oleh pihak Kerajaan, Hospital Awam & Swasta, Farmasi, Pengamal Am dan Agensi Swasta.

Sumber: Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii)
Nama: Ayu Shahirah Abd Samad
Tel:  017 5971110  
Emel: ayu@marii.my

RZAC ImmuneSAFE Sdn Bhd
Nama: Ashraff Ismail
Tel: 012 390 3170
Emel: ashraff@rzacimmunesafe.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.