ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  HARI TERBUKA MAYA PUTRA BUSINESS SCHOOL

Friday 15/10/2021



SERDANG, 15 Okt (Bernama) -- Putra Business School (PBS) akan menganjurkan sesi Virtual Open Day atau Hari Terbuka Maya pada 18 Oktober, 15 November dan 16 Disember 2021, pada jam 2 petang hingga 4:30 petang secara dalam talian menerusi platform Zoom.

Semua bakal pelajar yang yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat pascasiswazah seperti Sarjana Master of Business Administration (MBA), Postgraduate Certificate in Business Administration (PGCert), Master of Science (MSc) dan Doctor of Philosophy (PhD) dijemput hadir. Mereka juga boleh merebut peluang untuk berinteraksi bersama Pengarah Program MBA dan PGCert, Profesor Dr. Huam Hon Tat dan Pengarah Program MSc dan PhD, Profesor Dr. Abu Bakar Sade yang akan menerangkan secara terperinci mengenai program sepenuh masa dan separuh masa yang ditawarkan di PBS.

Di samping itu, orang ramai juga boleh berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar dan staf yang hadir untuk mendapatkan informasi yang menyeluruh dan terkini mengenai PBS.

Antara tarikan program pascasiswazah yang ditawarkan termasuklah kerjasama erat dengan industri dan badan profesional yang meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan,  kerjasama penyelidikan dan pendedahan serta pengalaman dalam bidang pengurusan dan perniagaan.

Malahan bakal pelajar turut berpeluang membina rangkaian profesional dan global bersama para akademik serta pengamal profesional industri di Malaysia. Bakal pelajar yang masih bekerja diberi pilihan untuk menghadiri kelas hujung minggu.

Bayaran pemprosesan akan dikecualikan kepada peserta yang hadir ke program ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Hani di hani@putrabs.edu.my.
 
PUTRA BUSINESS SCHOOL

PBS merupakan Top Business School dan institut pengajian tinggi siswazah yang terletak di UPM Serdang. Bagi menyeimbangkan teori dan amalan industri, kebanyakan pensyarah-pensyarah yang mengajar program-program akademik di PBS mempunyai pengalaman industri. PBS juga merupakan institusi pengajian tinggi dalam perniagaan yang pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi daripada AACSB (The Association to Advance Collegiate Schools of Business) dan ABEST21 (THE ALLIANCE ON BUSINESS EDUCATION AND SCHOLARSHIP FOR TOMORROW, a 21st Century Organization). Semua program akademik di PBS diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Program-program yang ditawarkan di PBS ialah MBA, PGCert, MSc dan PhD.

SUMBER: PUTRA BUSINESS SCHOOL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Pn. Siti Badarny Hassan
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Tel: 019-219 4287
E-mel: badarny@putrabs.edu.my
Laman Web: www.putrabusinessschool.edu.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.