ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​FWD TAKAFUL LANCARKAN KOMUNITI KITA - PERMAINAN MUDAH ALIH BAHARU DAN INTERAKTIF YANG MENGAJAR ILMU PENGURUSAN KEWANGAN DAN TAKAFUL

Friday 15/10/2021



Table

Jadilah sebahagian dari Komuniti Kita dan rasakan semangat takaful
 

Permainan unik yang menerapkan semangat takaful

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) telah mengumumkan pelancaran Komuniti Kita – permainan mudah alih yang menyeronokkan dan mudah diakses yang direka untuk pemain yang ingin belajar tentang pengurusan takaful dan kewangan.

Tema utama Komuniti Kita memberi penekanan ke atas nilai saling membantu dan masyarakat penyayang yang membolehkan para pemain merasakan semangat takaful. Permainan ini telah direka untuk pemain daripada semua peringkat umur dan latar belakang.

Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi, Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, berkata, “Rakyat Malaysia semakin sedar akan kepentingan perlindungan takaful dan keselamatan kewangan, jadi ianya adalah sebahagian daripada komitmen kami, dan visi kami untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful, untuk memberi mereka akses pendidikan kewangan yang lebih baik. Komuniti Kita memberikan pengalaman yang mudah dan inovatif yang membolehkan masyarakat kita mendidik diri sendiri sambil menekankan semangat pengurusan takaful dan kewangan."

Berlatarbelakangkan Malaysia pada abad ke-21, Komuniti Kita adalah kisah perjalanan Ali, Aisyah, Mary dan Chen yang merupakan graduan universiti yang mempunyai cita-cita dan matlamat kewangan yang tinggi. Pemain akan mengembara di bandar Kuala Lumpur yang sibuk dan juga pemandangan indah di kampung tradisional.

Matlamat pemain adalah untuk membantu watak-watak tersebut mencapai matlamat kewangan mereka sambil menerapkan semangat takaful dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Mereka dibantu oleh ‘F8’, robot serba boleh yang dapat berubah dan mempertingkatkan diri demi membantu watak-watak tersebut menyelesaikan misi mereka. Pemain akan merasakan bagaimana takaful bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat – termasuklah pelajar, ibu bapa dan orang dewasa yang bekerja.

Sepanjang permainan ini, pemain Komuniti Kita dapat:
· Menyelesaikan masalah masyarakat dan mengatasi halangan dengan menyelesaikan tugas mudah
· Mengumpul duit syiling bagi mencapai matlamat kewangan setiap karakter
· Belajar tentang fakta menarik mengenai takaful melalui kuiz-kuiz
· Menetapkan skor tinggi peribadi dan komuniti di papan pendahulu permainan

Sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen dan untuk masa yang terhad, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada FWD Takaful!

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwdkomunitikita.com. Permainan ini boleh dimuat turun dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia di Google Play Store dan Appstore.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD (“FWD”).

Kumpulan FWD adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan kira-kira 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2013, FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans.

Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com

Sumber:  FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jacleen Martin
Brand, PR & Communications, Marketing
E-mel: Jacleenjacinta.martin@fwd.com  

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.