ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ​IHS HOLDING LIMITED MENGUMUMKAN PENENTUAN HARGA BAGI TAWARAN AWAM PERMULAAN

Thursday 14/10/2021



LONDON, 14 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- IHS Holding Limited (“IHS Towers”), satu daripada pemilik, pengendali dan pemaju persendirian terbesar bagi infrastruktur telekomunikasi bersama di dunia, hari ini mengumumkan penentuan harga bagi tawaran awam permulaan mereka bagi 18,000,000 saham biasa yang ditawarkan oleh IHS Towers, pada satu harga penawaran awam sebanyak $21.00 sesaham. Penaja jamin bagi penawaran itu akan juga mempunyai satu pilihan 30 hari untuk membeli sehingga tambahan 2,700,000 saham biasa dari IHS Towers pada harga tawaran awam permulaan, ditolak dengan diskaun pengunderaitan. Saham biasa itu dijangka mula diperdagangkan di Bursa Saham New York pada 14 Oktober, 2021 di bawah simbol tiker “IHS.”

Penutupan bagi penawaran itu dijangka berlaku pada 18 Oktober, 2021, tertakluk kepada kepuasan syarat-syarat penutupan biasa.

Goldman Sachs & Co. LLC, J.P. Morgan Securities LLC dan Citigroup Global Markets Inc. bertindak sebagai pengurus penaja jamin utama bersama bagi penawaran itu. RBC Capital Markets, LLC, Barclays Capital Inc. dan Absa Bank Limited bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama bagi penawaran tersebut. Cowen and Company, LLC, Investec Bank plc, Renaissance Securities (Cyprus) Limited, FirstRand Bank Limited (Cawangan London), bertindak melalui bahagian Rand Merchant Bank mereka, Academy Securities, Inc., Loop Capital Markets LLC, Samuel A. Ramirez & Company , Inc., Siebert Williams Shank & Co., LLC dan Tigress Financial Partners LLC bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran tersebut.

Penawaran itu dibuat hanya melalui sebuah prospektus. Satu salinan bagi prospektus akhir yang berkaitan dengan penawaran ini, apabila tersedia, boleh diperolehi daripada mana-mana sumber berikut:

• Goldman Sachs & Co. LLC, Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, New York 10282, melalui telefon: 1-866-471-2526, atau melalui e-mel: prospectus-ny@ny.email.gs.com;
• J.P. Morgan Securities LLC, d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717, atau melalui telefon di: 1-866-803-9204, atau melalui e-mel di: prospectus-eg_fi@jpmchase.com; atau
• Citigroup Global Markets Inc., d/a Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717, atau melalui telefon di: 1-800-831-9146.
 
Satu penyata pendaftaran pada Borang F-1 yang berkaitan dengan sekuriti ini telah dikemukakan kepada, dan telah diisytihar sebagai efektif oleh, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Siaran akhbar ini bukan merupakan satu tawaran untuk menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli atau mana-mana penjualan bagi sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211013006204/en/


Hubungi

Hubungan Media:
Sard Verbinnen & Co
E-mel: IHS-SVC@SARDVERB.com

Hubungan Perhubungan Pelabur:
InvestorRelations@ihstowers.com


Sumber : IHS Holding Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.