ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 23, 2021 -Sabtu

 
  PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN SEBANYAK RM5.5 JUTA DARIPADA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Tuesday 12/10/2021



Table

Pengerusi TNB, YBhg. Dato’ Sri Hasan Arifin menyerahkan simbolik zakat perniagaan TNB berjumlah RM5,520,983.87 kepada Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Seri Syed Ali AlHabshee sambil disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.


KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM5,520,983.87 di Majlis Serahan Zakat Korporat TNB di Ibu Pejabat JAWI, Kuala Lumpur.

Berdasarkan rekod, pelaksanaan zakat perniagaan TNB bermula pada tahun 1997 dan ini merupakan kesinambungan pembayaran zakat kali ke-23 dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat sebanyak RM68,794,899.77.

Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, “Banyak kelebihan menunaikan zakat di PPZ-MAIWP salah satunya adalah pembayar zakat layak menerima Skim Wakalah untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan dan asnaf”.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tenaga Nasional Berhad kerana menjadi contoh syarikat pembayar zakat di PPZ-MAIWP yang sentiasa mengambil berat tentang zakat dan kepentingan menunaikannya”, tambahnya lagi.

Setakat Januari hingga September 2021, PPZ-MAIWP mencatatkan peningkatan kutipan zakat secara keseluruhan sebanyak 8% berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM535,058,65.46 dengan jumlah pembayar 345,288.

Dalam tempoh yang sama juga, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM83,461,838.27 dengan jumlah pembayar 3,773. Berlaku peningkatan 32% pada jumlah pembayar berbanding tahun 2020.

Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun kita diuji dengan Covid-19, masih ramai masyarakat dan syarikat-syarikat yang prihatin dengan kesusahan yang dilalui asnaf dengan tidak melupakan tanggungjawab menunaikan zakat. Kami mengharapkan lebih ramai lagi penglibatan syarikat-syarikat dan individu di luar sana untuk tampil menunaikan zakat di PPZMAIWP bagi membela nasib asnaf di Wilayah Persekutuan.

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Seri Syed Ali AlHabshee, Pengerusi TNB, YBhg. Dato’ Sri Hasan Arifin, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI, Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman. 

Latar Belakang PPZ-MAIWP
Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ- MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my 

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norazlina Nordin
Tel: 019 - 728 3839
E-mel: azlina@zakat.com.my

Nama: Fatin Aqilah Zulkefli
Tel: 017 - 393 5432
E-mel: aqilah@zakat.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.