ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Oktober 23, 2021 -Sabtu

 
  LARANGAN PENGGUNAAN LOGO ATAU RUJUKAN KEPADA LHDNM TANPA KEBENARAN

Tuesday 12/10/2021



KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan logo atau rujukan kepada LHDNM di media sosial, risalah, atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.
 
Sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, LHDNM memandang serius terhadap penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.
 
Secara amnya, penyalahgunaan logo atau rujukan kepada LHDNM merupakan satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414].

Sehubungan dengan itu, LHDNM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penggunaan logo atau rujukan kepada LHDNM boleh dilakukan tanpa kebenaran dan LHDNM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 12 Oktober 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.