ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  UNIVERSITI WASEDA SECARA RASMI MEMBUKA WASEDA INTERNATIONAL HOUSE OF LITERATURE (PERPUSTAKAAN HARUKI MURAKAMI)

Thursday 07/10/2021



TOKYO, 7 Okt., 2021 /Kyodo JBN/ --

Universiti Waseda telah membuka Waseda International House of Literature (nama julukan Perpustakaan Haruki Murakami) pada 1 Oktober, 2021. Keputusan untuk mewujudkan kemudahan baharu itu di kampus utama dicapai setelah alumni dan penulis Haruki Murakami menyimpan dan menyumbangkan karya-karya berharga dan bahan-bahan beliau yang tidak diterbitkan kepada Universiti Waseda.
 
Logo 1: https://kyodonewsprwire.jp/img/202110051144-O1-h69c42Qs

Logo 2: https://kyodonewsprwire.jp/img/202110051144-O7-0g8a3Bpx

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202110051144?p=images

Sebagai tambahan kepada karya dan sastera Murakami, kemudahan baharu itu akan juga berfungsi sebagai sebuah pusat penyelidikan bagi terjemahan dan kesusasteraan antarabangsa. Penyelidik dan pencinta Murakami dari seluruh dunia dapat menantikan pelbagai bahan arkib yang luas seperti efemera yang berkaitan dengan penulisan dan buku skrap Murakami yang mengandungi temuramah, ulasan sastera, esei dan bahan lain yang berkaitan dengan karya Murakami.

Universiti itu berharap Waseda International House of Literature dapat membantu mempromosi dan memudahkan pertukaran global sebagaimana nama rasmi bagi kemudahan itu mencadangkan dan berharap dapat mewujudkan sebuah rumah kesusasteraan kosmopolitan dengan dan untuk semua orang.

Sorotan Perpustakaan:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202110051144-O1-xKW6yN74.pdf

Maklumat mengenai Waseda International House of Literature (Perpustakaan Haruki Murakami):
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202110051144-O2-37837lK5.pdf

Prinsip dan Aktiviti bagi Waseda International House of Literature (Perpustakaan Haruki Murakami):

Dengan menggunakan karya sastera Murakami sebagai satu titik permulaan, Waseda International House of Literature berhasrat untuk mengglobalisasikan kajian dan transmisi sastera, terlibat di dalam inisiatif yang berusaha untuk pertukaran antarabangsa.

Matlamat kemudahan itu adalah untuk menganjur dan memelihara bahan-bahan yang disimpan dan disumbangkan kepada Waseda International House of Literature, mewujudkan sebuah persekitaran penyelidikan dengan menawarkan akses terbuka kepada bahan-bahan tersebut. Selanjutnya, perpustakaan itu berhasrat untuk mewujudkan satu ruang pertukaran – satu lokasi yang membolehkan bagi satu pertukaran antarabangsa terbuka bagi sastera dan budaya, melalui seminar, simposium dan pameran khas. Waseda International House of Literature juga akan berusaha untuk menyediakan pameran dan ciri-ciri dalam talian, untuk diakses oleh semua orang.

Video, termasuk pengenalan visual bagi Waseda International House of Literature (diarah oleh Kei Shichiri) telah tersedia di laman web dan saluran YouTube rasmi Waseda International House of Literature (https://www.waseda.jp/inst/wihl-annex/videos-en).
 
Pameran Khas:

- “Sastera dalam Seni Bina, Seni Bina dalam Sastera” (Bilik Pameran 2F)
Tarikh: Jumaat, 1 Oktober, 2021 - Jumaat, 4 Februari, 2022
Pameran ini memperincikan transformasi lengkap mengenai apa yang sebelum ini merupakan Bangunan 4 di Kampus Waseda telah menjadi Waseda International House of Literature oleh arkitek terkenal dunia, Kengo Kuma. Pameran itu dipersembahkan melalui satu pertukaran dialog di antara pelbagai orang yang terlibat di dalam pengubahsuaian bangunan itu. Pameran itu juga memperlihatkan buku-buku yang berkaitan dengan seni bina dan sastera.

Nota: Oleh kerana pameran itu ditujukan bagi pengunjung ke muzium berkenaan, tempahan adalah diperlukan terlebih dahulu. Sila lihat laman web Waseda International House of Literature untuk butiran lanjut.

Acara Pembukaan:

- Acara Pembukaan Waseda International House of Literature (Perpustakaan Haruki Murakami)
Tarikh dan masa: Jumaat, 1 Oktober, 2021, 10:15-16:45
Ceramah ringkas oleh Robert Campbell -- Penasihat Waseda International House of Literature dan Profesor Universiti Waseda yang Dilantik Khas -- dan pengarah filem Kei Shichiri.

- Pembukaan Simposium Antarabangsa Waseda International House of Literature “Explore Your Story, Speak Your Heart”
Tarikh dan masa: Sabtu, 20 November, 2021, 14:00-17:15
Format: Siaran dalam talian melalui YouTube
Pendaftaran: Tidak memerlukan pendaftaran. Sila lihat laman web Waseda International House of Literature untuk maklumat lanjut.

Sesi Satu (Temu ramah): “Heart in the Story” – Satu Dialog mengenai Kisah yang Akan Datang ke Dunia
- Penyampai: Yoko Ogawa (Pengarang), Robert Campbell (Penasihat Waseda International House of Literature dan Profesor yang Dilantik Khas, Universiti Waseda)

Sesi Kedua (Meja Bulat): “Border Crossing” -- Penciptaan dan Terjemahan Sastera
- Penyampai: Li Kotomi (Pengarang), Hitomi Yoshio (Profesor Madya, Universiti Waseda), Richi Sakakibara (Penolong Pengarah Waseda International House of Literature dan Profesor, Universiti Waseda)
 
Sumber: Universiti Waseda

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.