ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KUMPULAN BANDAI NAMCO MENGADAKAN "PERSIDANGAN GUNDAM KE-2"

Monday 04/10/2021

AsiaNet 91963

TOKYO, 4 Okt., 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

-Mengumumkan Maklumat Terkini mengenai Projek Kelestarian-tumpuan kepada Isu Kemasyarakatan yang dikuasakan oleh GUNDAM, “Patung GUNDAM bersaiz sebenar” baharu dan Siri Televisyen Baharu -
 
Kumpulan BANDAI NAMCO telah mengadakan “Persidangan GUNDAM ke-2,” dengan Ketua Pegawai GUNDAM (CGO), Koji Fujiwara, mengambil tempat di pentas.  
 
(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109240562/
_prw_PI1fl_3HpPrglI.png
)
 
Ini adalah persidangan kedua di mana penganjur bagi Projek Kelestarian-tumpuan kepada Isu Kemasyarakatan yang dikuasakan oleh GUNDAM, “TINDAKAN PEMBANGUNAN GUNDAM UNIVERSAL CENTURY (GUDA),” mengumumkan satu projek baharu di dalam bidang pendidikan, “Program Pendidikan GUNDAM,” sebagai inisiatif fasa ketiga untuk menyusuli “Projek Kitar Semula Gunpla” dan “Inovasi Terbuka Gundam.” Pengumuman juga dibuat mengenai inisiatif baharu dengan rakan luar di bawah nama, “RAKAN-G,” untuk mewujudkan sebuah patung GUNDAM bersaiz sebenar dan satu siri televisyen baharu.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202109240562?p=images)
 
Inisiatif “TINDAKAN PEMBANGUNAN GUNDAM UNIVERSAL CENTURY (GUDA)”
Fasa “GUDA” ketiga: “Program Pendidikan GUNDAM” bermula:
- Sokongan Pendidikan GUNDAM FACTORY YOKOHAMA (RAKAN-G: Lembaga Pendidikan Bandar raya Yokohama)
-GUNPLA Academia (RAKAN-G: Perbadanan Pendidikan NHK, NPO Persatuan bagi Perbadanan dan Pendidikan)
 
Sebagai fasa ketiga “GUDA,” “Program Pendidikan GUNDAM,” akan dilancarkan dalam bidang pendidikan untuk melaksanakan dua inisiatif.

Inisiatif pertama itu, “Sokongan Pendidikan GUNDAM FACTORY YOKOHAMA,” adalah sebuah program amali yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan mengenai “keseronokan dalam penciptaan,” “kerjaya,” “pengaturcaraan,” dan banyak lagi dengan penyelidik dan jurutera yang terlibat di dalam pengembangan “GUNDAM bergerak” setinggi 18 meter yang dipamerkan di GUNDAM FACTORY YOKOHAMA.

Inisiatif kedua adalah “GUNPLA Academia,” yang merupakan satu pakej pendidikan percuma yang mengajar tentang keseronokan mencipta dan menawarkan peluang untuk memikirkan mengenai persekitaran global melalui GUNPLA.

Tempoh permohonan “Inovasi Terbuka Gundam” dilanjutkan
“GUDA” telah bekerjasama dengan peminat di seluruh dunia dan dengan syarikat-syarikat untuk merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi kanak-kanak masa depan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, inisiatif “Inovasi Terbuka Gundam” telah secara terbuka menerima idea dan teknologi baharu untuk menangani pelbagai perkara sosial yang menarik seperti isu-isu populasi dan persekitaran global. Dengan mengambil kira penerimaan itu, satu keputusan dibuat bagi melanjutkan tempoh permohonan untuk selama satu bulan.
 
Satu jemputan awal bagi permohonan telah diumumkan pada Julai, dengan tarikh akhir permohonan ditetapkan pada 15 September. Memandangkan lebih banyak permohonan daripada yang dijangkakan pada awalnya dan banyak permintaan agar tarikh akhir dilanjutkan, penganjur projek telah melanjutkannya sehingga Jumaat, 15 Oktober, di bawah konsep menerima sebanyak mungkin idea.

-URL: https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en/
 
Duta Perhubungan Awam Ekspo 2020 Dubai versi GUNPLA akan dijual di “THE GUNDAM BASE” di seluruh dunia

GUNDAM akan berfungsi sebagai duta Perhubungan Awam untuk Pavilion Jepun di Ekspo 2020 Dubai yang akan diadakan dari 1 Oktober, 2021, sehingga 31 Mac, 2022. Pesona Jepun akan disampaikan melalui GUNDAM ke seluruh dunia.

Tambahan pula, GUNDAM yang dirancang sebagai duta Perhubungan Awam di pavilion itu akan dijual sebagai GUNPLA, bukan sahaja di ekspo Dubai tetapi juga di “THE GUNDAM BASE (*)” di seluruh dunia. Semasa ekspo tersebut, Kumpulan BANDAI NAMCO akan mengadakan satu pameran di Bandar raya Dubai, “Bilik Pameran GUNPLA Dubai,” untuk membawa perhatian lebih jauh kepada Ekspo 2020 Dubai.

Kumpulan BANDAI NAMCO melihat ini sebagai satu peluang istimewa untuk mempromosikan GUNDAM kepada seluruh dunia, dan akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri dalam menyumbang kepada kejayaan Ekspo 2020 Dubai.

(*) THE GUNDAM BASE adalah sebuah kemudahan kompleks yang mengkhusus dalam “GUNPLA.”

Tiga siri filem Gundam yang akan dihasilkan pada tahun 2022 untuk pengembangan global bagi siri Gundam:
Sunrise Corporation, sebuah syarikat Kumpulan BANDAI NAMCO, mengumumkan tiga filem animasi baharu dalam siri Gundam yang akan dikeluarkan pada tahun 2022.
 
-Siri anime televisyen baharu, “Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury”
Siri anime televisyen terbaharu yang dinanti-nantikan untuk sekian lama, “Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury” akan dilancarkan pada tahun 2022. “Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury” akan memberi tumpuan untuk menarik remaja dari seluruh dunia agar satu masa depan yang cerah menanti untuk usaha GUNDAM yang akan datang.
-URL: https://en.gundam.info/about-gundam/series-pages/witch/
 
-Filem baharu, “Mobile Suit Gundam: Cucuruz Doan’s Island”
Kumpulan BANDAI NAMCO mengumumkan penerbitan sebuah filem baharu, “Mobile Suit Gundam: Cucuruz Doan's Island,” yang diarahkan oleh Yoshikazu Yasuhiko. Filem itu dirancang untuk ditayangkan di pawagam pada tahun 2022.
 
-Episod edisi khas, “Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS” Satu aplikasi untuk telefon pintar yang akan dilancarkan dan episod edisi khas untuk disiarkan di TV:
Sebuah aplikasi telefon pintar, “Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS G,” yang membolehkan pengguna untuk menikmati dunia “IRON-BLOODED ORPHANS”, akan dilancarkan pada musim bunga 2022. Di samping itu, sebuah edisi khas “Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS” (9 episod secara keseluruhan) akan disiarkan bersempena dengan pengeluaran aplikasi itu pada musim bunga 2022. Semasa penyiaran edisi khas itu, peminat akan dapat melihat sedutan daripada “Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS: Urdr-Hunt.”

Musim Bunga 2022 – Sebuah patung GUNDAM “Mobile Suit Gundam Baharu” bersaiz sebenar untuk peminat di seluruh dunia “RX-93ffv GUNDAM” akan muncul di Mitsui Shopping Park LaLaport FUKUOKA (RAKAN-G: Mitsui Fudosan Co., Ltd., KYUSHU ELECTRIC POWER Co., Inc., Nishi-Nippon Railroad Co., Ltd., NOMURA Co., Ltd.)

Sebuah patung “Nu Gundam bersaiz sebenar” akan dipamerkan pada musim bunga 2022 di Mitsui Shopping Park LaLaport FUKUOKA. Patung itu adalah “RX-93ffv GUNDAM” yang didasarkan kepada “RX-93v GUNDAM” yang muncul dalam filem 1988 “Mobile Suit Gundam Char's Counterattack,” yang telah terbukti popular di seluruh dunia. Ia dilengkapi dengan corong sirip jarak jauh dan tanda tiga warna di bawah pengawasan Yoshiyuki Tomino, pengarah umum bagi siri “Mobile Suit Gundam”. Lebih banyak dirancang, oleh itu nantikan pengumuman akan datang.

-Hak cipta
Sila pastikan untuk sertakan notis hak cipta di bawah ini semasa menerbit atau menggunakan mana-mana bahan imej.
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109240562/
_prw_PI10fl_zsemW98z.jpg

 
*Bagaimanapun, bagi tajuk yang berkaitan dengan “Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS”, sila guna notis hak cipta berikut.
 https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109240562/
_prw_PI11fl_j3B04Mpg.jpg

 
*Maklumat di sini mewakili maklumat mengikut pada tarikh siaran akhbar. Maklumat boleh dikemas kini tanpa notis setelah dikeluarkan.

*Semua imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
 
Sumber: BANDAI NAMCO Entertainment Inc. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.