ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM PENCIPTAAN BERSAMA KUMPULAN BANDAI NAMCO, "GUNDAM X TEKNOLOGI MASA DEPAN," UNTUK MENGHADAPI ISU-ISU SOSIAL; TEMPOH PERMOHONAN ''INOVASI TERBUKA GUNDAM" DILANJUTKAN

Monday 27/09/2021

AsiaNet 91840

TOKYO, 27 Sept., 2021 /Kyodo JBN/ --

- Kandungan Khas dari Pengarah-pengarah di sebalik “GUNDAM bergerak” Yokohama yang tersedia melalui Laman Web Rasmi; Tempoh Permohonan Baharu: 15 Julai-15 Oktober 2021 -

(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109170267/_prw_PI3fl_2oD6kv0W.png)

Kumpulan BANDAI NAMCO telah memulakan satu projek kelestarian yang dikuasakan oleh GUNDAM, "GUNDAM UNIVERSAL CENTURY DEVELOPMENT ACTION (GUDA)," dan mengumpulkan peminat di seluruh dunia bersama dengan banyak rakan luaran untuk merancang dan mengambil pelbagai inisiatif untuk anak-anak masa depan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, "INOVASI TERBUKA GUNDAM" telah diwujudkan dalam usaha untuk mengumpulkan idea dan teknologi baharu yang dapat menangani banyak isu yang terdapat dalam masyarakat seperti masalah populasi dan alam sekitar global. Untuk mempromosikan lagi inisiatif ini, satu keputusan telah dibuat bagi melanjutkan tempoh permohonan untuk tambahan satu bulan lagi.

(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109170267/_prw_PI1fl_BQtyIoUN.jpg)

Laman Web Rasmi: https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en/
 
Apa itu "INOVASI TERBUKA GUNDAM"?
 
"INOVASI TERBUKA GUNDAM" adalah sebuah program untuk mewujudkan impian dan harapan masa depan dengan meninjau kembali persamaan di antara dunia nyata dan era fiksyen bagi GUNDAM, "Abad Sejagat", dan menggabungkan "GUNDAM" dengan "teknologi masa depan" untuk menghadapi isu-isu sosial yang wujud di kedua-dua dunia.

Dunia GUNDAM yang luas itu dipenuhi dengan teknologi dan kemungkinan yang belum dimanfaatkan yang belum menjadi kenyataan. Di bawah konsep membawa kreativiti, pengetahuan, dan semangat bersama untuk menyatukan teknologi fiksyen dan kemungkinan menjadi kenyataan, satu undangan terbuka dilanjutkan kepada orang ramai untuk mengumpulkan idea dan teknologi berinovatif di bawah tema dan bidang kelestarian bagi menghadapi subjek yang berkaitan dengan masyarakat futuristik, seperti isu-isu populasi dan alam sekitar global, bersama dengan melihat ruang sebagai sempadan yang berdaya maju.

Satu jemputan awal bagi permohonan telah diumumkan pada Julai tahun ini, dengan tarikh akhir bagi fasa pertama ditetapkan pada Ahad, 15 Ogos, dan tarikh akhir bagi permohonan fasa kedua ditetapkan pada Rabu, 15 September. Begitu banyak permohonan diterima, dengan banyak permintaan agar tarikh akhir itu dilanjutkan. Di bawah konsep menerima sebanyak mungkin idea, satu tarikh akhir bagi fasa ketiga telah diputuskan dan ditetapkan pada Jumaat, 15 Oktober, dengan harapan dapat melihat lebih banyak idea disalurkan.

Dalam kesempatan ini, BANDAI NAMCO ingin agar semua orang di seluruh dunia mempertimbangkan untuk memohon. Inisiatif itu dibuka kepada semua orang di seluruh dunia kerana BANDAI NAMCO mencari tempat yang lebih cerah pada masa akan datang.

-Nama projek: INOVASI TERBUKA GUNDAM
 
-Penganjur: Kumpulan BANDAI NAMCO, Projek GUNDAM
 
- Tempoh permohonan: Khamis, 15 Julai, hingga Jumaat, 15 Oktober, 2021
Tarikh akhir fasa 1: Ahad, 15 Ogos *Tutup
Tarikh akhir fasa ke-2: Rabu, 15 September *Tutup
Tarikh akhir fasa ketiga: Jumaat, 15 Oktober *Baharu
 
-Laman web Rasmi "INOVASI TERBUKA GUNDAM":
https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en/
 
-Borang permohonan: https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/entry/index.html
 
Video temuramah "INOVASI TERBUKA GUNDAM" oleh Ketua Pegawai GUNDAM (CGO), Koji Fujiwara, dan pengarah-pengarah bagi Yokohama "GUNDAM bergerak"

Satu video temuramah kini tersedia untuk orang ramai, yang menampilkan Pengarah Urusan Korporat dan CGO BANDAI NAMCO Entertainment, Koji Fujiwara, yang menjadi tuan rumah bagi "INOVASI TERBUKA GUNDAM," dan pengarah-pengarah di sebalik "GUNDAM bergerak" yang dibina tahun lalu di Yokohama: Akinori Ishii, Wataru Yoshizaki (Pengarah dan Ketua Pencipta Robot Asratec Corp.), dan Masaki Kawahara (Pusat Integrasi Kandungan NOMURA Co., Ltd./Pengarah Kreatif NOTORA).

Dalam temuramah itu, Yoshizaki menyebut bahawa, sekiranya beliau mengambil bahagian di dalam inisiatif "INOVASI TERBUKA GUNDAM" itu, beliau ingin mengembangkan sebuah mesin yang mencipta semula pergerakan robotik yang digambarkan di dalam siri GUNDAM seperti gerak jari Zaku yang halus dan mahir.

Fujiwara menyebut bahawa, daripada sekadar mencipta semula adegan dari jenama GUNDAM, beliau ingin menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh menghasilkan sesuatu yang baik, sambil mencari jalan keluar untuk isu sosial di bawah objektif utama "INOVASI TERBUKA GUNDAM," yang adalah untuk menggabungkan daya tarikan jenama GUNDAM agar inisiatifnya dapat tersebar ke seluruh dunia.

Temuramah itu juga memaparkan bagaimana masa depan GUNDAM dan bagaimana BANDAI NAMCO mendorong jenama GUNDAM dalam bentuk produk dan perkhidmatan. Fujiwara menyebut bahawa, dengan berkomunikasi dengan peminat GUNDAM, beliau ingin mengembangkan GUNDAM dari menjadi sebuah IP (Harta Intelek) kepada sebuah SP (Harta Sosial), satu tokoh ikonik bagi masyarakat.
 
Laman web rasmi "INOVASI TERBUKA GUNDAM":
https://www.bandainamco.co.jp/guda/goi/en/
 
"INOVASI TERBUKA GUNDAM" akan menantikan banyak rancangan kreatif bersama untuk membawa satu visi yang akan mewujudkan satu kesinambungan masyarakat masa depan dengan GUNDAM.

* Maklumat di sini mewakili maklumat mengikut tarikh bagi siaran akhbar itu. Maklumat boleh dikemas kini tanpa notis setelah dikeluarkan.

Hakcipta:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M106357/202109170267/_prw_PI2fl_WWhkh59r.jpg

Sumber: BANDAI NAMCO Entertainment Inc.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.