ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  HANGZHOU DI CHINA MENANDAKAN PENGIRAAN DETIK PELANCARAN SATU TAHUN KE SUKAN ASIA KE-19

Monday 13/09/2021



Table
Kapsyen: Tempat bagi upacara pembukaan dan penutupan dan pertandingan olahraga bagi Hangzhou 2022 -- Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou (Teratai Besar) 
 
HANGZHOU, China, 13 Sept., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada malam 10 September, Hangzhou, bandar raya tuan rumah bagi Sukan Asia ke-19, akan mengadakan satu acara pengiraan detik pelancaran satu tahun yang menyoroti pelbagai harapan. Reka bentuk obor dan reka bentuk pakaian seragam rasmi sukan bagi Sukan Asia Hangzhou akan dilancarkan secara rasmi semasa acara itu, dengan menghantar satu jemputan kepada dunia.

Enam tahun lalu, Hangzhou menjadi bandar raya ketiga di China untuk menganjurkan Sukan Asia selepas Beijing dan Guangzhou. Sebagai sebuah gala sukan seluruh Asia, Sukan Asia itu bukan sahaja merupakan satu acara sukan, tetapi juga sebuah pertunjukan tertumpu bagi sebuah konsep peradaban, penyertaan awam, pencapaian berteknologi tinggi dan imej antarabangsa bagi sebuah bandar raya.

Dengan kedudukan keseluruhan bagi “Era Baharu, Sukan Asia yang Hebat” dan konsep bagi menganjurkan sebuah acara hijau, pintar, berekonomi dan beretika, Sukan Asia Hangzhou telah mengatasi impak COVID-19 dan mencapai kemajuan yang kukuh di dalam semua aspek persiapan.

Tahun ini adalah penentuan bagi persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou. Sukan itu mempunyai 55 tempat pertandingan, 5 perkampungan Sukan Asia dan perkampungan kecil atlet di Hangzhou dan 5 bandar raya hos bersama di wilayah itu.

Pada masa ini, 42 tempat pertandingan telah disiapkan, dan penerimaan kefungsian pertandingan sedang dijalankan. Adalah diharapkan kesemua tempat akan disiapkan dan memasuki operasi percubaan sebelum akhir tahun 2021. Seawal Mac tahun ini, fasa pertama bagi kemasukan sukan telah disiapkan. Atas dasar 45 negara peserta (wilayah) pada tahun-tahun sebelum ini, termasuk negara-negara Oceania (wilayah) untuk pertama kalinya, meliputi kesemua 61 disiplin bagi Sukan Asia.

“Persiapan bagi Sukan Asia Hangzhou telah mencapai kemajuan luar biasa dengan banyak sorotan,” Putera Ahmed, Presiden bagi Majlis Olimpik Asia, ketika bercakap memuji persiapan bagi Sukan Asia Hangzhou pada Perhimpunan Agung OCA pada 16 Disember, 2020.

Satu lagi keputusan luar biasa daripada persidangan ini adalah pengumuman bahawa esports atau sukan elektronik dan acara ‘breaking’, satu bentuk tarian ‘breakdancing’ yang kompetitif, dimasukkan secara rasmi di dalam pertandingan di Sukan Asia Hangzhou. Setakat ini, Sukan itu akan menyaksikan 40 sukan dan 61 disiplin. Kemasukan rasmi sukan elektronik ke dalam Sukan itu telah juga menjadi satu ciri utama dan kemuncak bagi inovasi dan keterangkuman bagi Sukan Asia Hangzhou.

“Kecerdasan” seringkali disebut semasa persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou. Mewujudkan sebuah Sukan Asia “pintar” telah menjadi tumpuan bagi semua lapisan masyarakat di dalam dan di luar negara. Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou menjadikan pembaharuan pendigitalan sebagai enjin itu dan bergantung kepada kelebihan ekonomi digital di Zhejiang dan Hangzhou untuk mempromosikan pembangunan “Sukan Asia Pintar”. Integrasi mendalam bagi teknologi terkini dengan senario Sukan Asia diterapkan di dalam menganjur, mengambil bahagian dan menonton temasya Sukan tersebut. Atlet dan tetamu Asia dapat merasakan kecerdasan bandar raya-bandar raya pintar dan daya tarikan bagi bandar raya-bandar raya masa depan.

Sebagai contoh, di dalam bidang tempat pintar, “Teratai Besar”, Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, telah memenangi banyak anugerah di China. “Teratai Kecil”, Pusat Tenis itu, boleh diputar dan ditutup mengikut keadaan cuaca berikutan adanya teknologi terkemuka dunia, menurut Chen Weiqiang, timbalan setiausaha agung bagi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou ke-19 2022 dan naib Datuk Bandar Hangzhou.

“Untuk memastikan kejayaan Sukan itu dan pembaikan bagi bandar raya itu, pembinaan stadium kami selalu menggabungkan operasi semasa temasya Sukan itu dan penggunaannya  selepas berakhirnya Sukan itu. Ia bukan sahaja untuk memenuhi keperluan Sukan itu, tetapi yang lebih penting untuk meninggalkan legasi Sukan itu untuk bandar raya itu dan penduduk tempatan,” kata Chen. Hangzhou akan meningkatkan penggunaan tempat-tempat itu selepas temasya Sukan itu, mempromosikan sukan untuk semua, menandakan Sukan Asia itu menjadi sebuah jenama bandar raya, membolehkan lebih ramai orang datang ke Hangzhou, mengenali Zhejiang, dan membolehkan dunia untuk merasakan warisan kebudayaan dan kesegaran inovasi Hangzhou, menurut beliau.

Persiapan untuk Sukan Asia itu akan terus membuat usaha bersama di dalam perkhidmatan sukan, pembangunan dan penjenamaan bandar raya pintar. Usaha akan juga dilakukan untuk mewujudkan sebuah acara sukan dan kebudayaan yang hebat dengan gaya China, glamor Zhejiang dan cita rasa Hangzhou, agar Sukan Asia Hangzhou akan menarik perhatian dunia pada tahun 2022.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou ke-19 2022
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=400274
   Kapsyen: Tempat bagi upacara pembukaan dan penutupan dan pertandingan olahraga bagi Hangzhou 2022 -- Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou (Teratai Besar)

   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=400283
   Kapsyen: Hangzhou menerima bendera pada upacara penutupan Sukan Asia di Jakarta, Sukan Asia secara rasmi memasuki “waktu Hangzhou”. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.