ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  SEGI SOKONG PROGRAM IMUNISASI COVID-19 NEGARA

Wednesday 04/08/2021



PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih daripada 100 pelajar institusi pendidikan tinggi swasta terkemuka, SEGi University (Kampus Sibu) telah berjaya mendaftar sebagai sukarelawan bagi menyokong dalam melancarkan program imunisasi kerajaan di Pusat Panggilan Vaksin di Klinik Kesihatan Jalan Lanang, Sibu, Sarawak.
 
Pasukan SEGi berjaya membantu urusan vaksinasi lebih daripada 10,000 orang di Sibu dalam beberapa hari selepas pusat itu mula beroperasi. Ini merupakan pengalaman yang paling penting bagi doktor pakar, jururawat dan pelajar yang terlibat kerana mereka berpeluang untuk menjadi barisan hadapan dalam memerangi COVID-19, juga secara tidak langsung memberi mereka ruang untuk berbakti kepada negara.
 
Menurut Dekan Fakulti Perubatan SEGi University, Profesor Dr. Mohamad Raili bin Suhaili berkata, mereka dikategorikan sebagai petugas barisan hadapan dan telah mendapat suntikan vaksin COVID-19.
 
“Buat masa ini, mereka akan bekerja di Pusat Panggilan Vaksin dan ditempatkan di kawasan berisiko rendah. Inisiatif ini bertujuan bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang lain untuk merawat pesakit COVID-19, menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi mencapai “Herd Immunity” atau imuniti kelompok, serta menyokong pelaksanaan Sukarelawan MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) dengan berkesan,” katanya.
 
Beliau turut memberitahu, usaha dan khidmat sukarelawan ini juga sekali gus akan meningkatkan jumlah pendaftaran PICK dan urusan penyampaian vaksin di negeri Sarawak secara khusus. Setiap individu telah diberikan latihan dan taklimat ringkas untuk memenuhi kriteria yang diperlukan dalam menguruskan panggilan kepada semua penerima vaksin yang dijadualkan dan menjawab segala pertanyaan.
 
Sementara itu, Klinik SEGi di SEGi University, Kota Damansara dan Klinik SEGi di Kampus Klinikal Sibu baru-baru ini juga telah diiktiraf sebagai Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi membantu kerajaan mencapai matlamat untuk mewujudkan imuniti kelompok dengan lebih cepat di negara ini.
 
Klinik SEGi Kota Damansara telah mula beroperasi sebagai PPVIN pada15 Jun 2021 yang lalu dan Klinik SEGi di Kampus Klinikal Sibu mula beroperasi sebagai PPVIN di Sibu, Sarawak pada Khamis, 24 Jun 2021 dan dikendalikan sepenuhnya oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Perubatan, staf sokongan dan pelajar perubatan.
 
Kampus Klinikal Sibu merupakan sebuah pusat latihan perubatan yang menempatkan pelajar-pelajar perubatan SEGi untuk bertugas selama tiga (3) tahun terakhir mereka dalam program Sarjana Muda Perubatan - Sarjana Muda Pembedahan (MBBS). SEGi menyediakan kurikulum bersepadu yang inovatif untuk mendidik pelajar dalam persekitaran penjagaan kesihatan yang berpusatkan pesakit, berpasukan, dan bernilai tinggi.
 
Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang berprestij, SEGi mengambil pelbagai langkah dalam memainkan peranan besar dengan menghulurkan bantuan dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.
 
Sementara itu, pelajar SEGi turut terlibat dengan kerja – kerja di Makmal SEGi-DUKE-CRC untuk melabelkan sampel dan kemasukan data untuk ujian PCR COVID-19, selain turut terlibat dalam video promosi vaksin yang dihasilkan bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan vaksin kepada semua lapisan masyarakat.
 
Profesor Dr. Mohamad Raili juga turut berkata, pihaknya amat gembira diberikan peluang seperti ini untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bersejarah ini. Beliau berpendapat bahawa semua pihak perlu bersatu dan menjalankan tanggungjawab untuk menyumbang kembali kepada masyarakat pada masa sukar ini. Usaha seperti ini sekali gus akan membuka mata bahawa rakyat Malaysia sentiasa prihatin dan saling bekerjasama untuk memerangi COVID-19. 
 
Dikeluarkan oleh SEGi

Sumber: SEGi University
 Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Amalina Husna
Executive, PR & Communications, Group Marketing
Tel: +603 6145 3675
Emel: amalinanurdin@segi.edu.my
 
Nama: Raudhah Ibrahim
Executive, PR & Communications, Group Marketing 
Tel: +60164577117
Emel:  raudhahibrahim@segi.edu.my
 
 --BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.