ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT BAYARAN KUCHING UNTUK SANITASI

Tuesday 03/08/2021



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa Pusat Bayaran Kuching akan ditutup sementara mulai 4 Ogos 2021 (Rabu) hingga 6 Ogos 2021 (Jumaat) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
 
Dalam tempoh penutupan sementara ini, pembayaran kompaun, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) dan Cukai Pegangan boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui medium Telegraphic Transfer (TT).
 
Selain empat (4) jenis bayaran di atas, bayaran juga boleh dibuat melalui portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM dan melalui kemudahan ByrHASIL yang disediakan di portal rasmi LHDNM.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan maklumat tatacara bayaran, pembayar cukai boleh menghubungi talian Hasil Care Line di 03-8911 1000 atau Hasil Recovery Call Centre di  03-87511000 atau e-mel kepada HelpTTpayment@hasil.gov.my.
 
Senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup sementara juga boleh dicapai melalui pautan berikut:-
http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Notis_Penutupan_Cawangan_LHDNM_1.pdf

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 03 Ogos 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.