ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  NANOMALAYSIA BERHAD MERAIKAN PENCAPAIAN CEMERLANG SEPANJANG 10 TAHUN

Monday 02/08/2021



Dilantik sebagai agensi pelaksana bagi segmen utama Dasar 4IR Negara

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) --
 NanoMalaysia Berhad (NMB) semalam meraikan pencapaian termaju selama 10 tahun sebagai agensi terulung yang diberi mandat oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk usaha pengkomersialan nanoteknologi menerusi model pembangun usaha sama.
 
Sebagai kemuncak kepada usaha selama 10 tahun memacu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berasaskan nanoteknologi ke arah pengkomersialan, syarikat sekali lagi memainkan peranan penting sebagai salah sebuah agensi pelaksana bagi segmen utama Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara, yang termasuk Bahan dan Teknologi Termaju, Internet Benda Nano, Blok Rantai dan Kecerdasan Buatan.
 
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, dua program yang dikendalikan oleh NanoMalaysia – program REVOLUTIoNT dan program Hydrogen EcoNanoMy akan dilancarkan. REVOLUTIoNT akan memudahkan dan mengkomersialkan penghasilan harta intelek, produk dan penyelesaian sistem yang kompleks dan bernilai. Sementara itu Hydrogen EcoNanoMy akan menggunakan teknologi Hidrogen yang dihasilkan di tapak NanoMalaysia bagi mewujudkan Ekosistem Industri Hidrogen Negara untuk sektor tenaga.
 
Timbalan Menteri MOSTI, Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed Hashim ketika merasmikan sambutan maya ulang tahun ke-10 yang distrimkan secara maya telah menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan NMB dan mengulas tentang impak yang dibawakan oleh agensi terhadap ekosistem nanoteknologi: “Peranan NMB dalam Dasar 4IR Negara adalah penting dalam memacu Malaysia ke arah mencapai aspirasi Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 – 2030 untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030. 4IR yang menjadikan nanoteknologi sebagai salah satu tonggak teknologi utama dijangka akan meningkatkan produktiviti semua sektor sebanyak 30 peratus pada tahun 2030 dan menyumbang kepada peningkatan bilangan pekerja mahir negara serta pengeluaran produk nilai tambah yang lebih tinggi.”
 
Mulai 2016 – 2020, NanoMalaysia telah melaksanakan 52 projek pembangunan produk; 41 projek peningkatan skala; dan telah menyokong dan menghasilkan campuran 22 buah syarikat usaha sama dan syarikat permulaan. NMB juga berjaya membangunkan 55 Harta Intelek (IP); 25 paten; 17 hak cipta; 4 rahsia perdagangan; 5 tanda perdagangan dan 4 inovasi utiliti yang telah pun difailkan dengan MyIPO; dan mengkomersialkan sebanyak 166 jenis produk. Selain itu, NanoVerify Sdn Bhd (NVSB), sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh NanoMalaysia Berhad telah memperakui 118 jenis produk menerusi NANOVerify, program persijilan nano yang pertama dan satu-satunya di Malaysia dengan pengiktirafan dan penerimaan oleh Taiwan Nanotechnology Industry Association (TANIDA).
 
Untuk meluaskan lagi capaian PKS Malaysia dalam ruang teknologi global, NanoMalaysia baru-baru ini telah menandatangani dua perjanjian penting dengan 10000StartupsIndia dan Sabanci University Nanotechnology Research and Application Centre (SUNUM). Kedua-dua perjanjian ini bertujuan meningkatkan capaian PKS Malaysia dan memudahkan penggunaan penyelesaian nanoteknologi yang berdaya saing menerusi program pemindahan teknologi dengan PKS dan PKS mikro dari India dan negara-negara Eropah Timur. Antara kerjasama lain yang telah ditandatangani pada tahun sebelumnya dengan tujuan yang sama termasuklah dengan NanoNextNL (Belanda), NanoCanada, Nanopolis (China) dan Nanotech Center Indonesia.
 
Pengerusi NanoMalaysia Berhad, Profesor Emeritus Dato’ Ir. Dr. Mohamad Zawawi Bin Ismail menjelaskan beberapa pencapaian utama: “Pasukan yang menyokong NanoMalaysia telah memainkan peranan penting memacu agensi sepanjang satu dekad yang lalu. Perubahan yang disruptif dan termaju telah dapat dicapai dalam sektor PKS dan juga industri. Antara projek utama yang dilaksanakan bersama-sama dengan rakan industri dan PKS termasuklah skuter elektrik yang boleh dikawal oleh aplikasi mudah alih. Skuter ini dilengkapi dengan NanoSensors yang membolehkan pengawasan dan pemeriksaan kuasa bateri secara jarak jauh. Rekaan ini merupakan contoh terbaik penyatuan 4IR dan Mobiliti Rendah Karbon. Kami juga berjaya membangunkan kain anti bakteria dengan lapisan nanotech untuk kanak-kanak.”
 
Pencapaian sepanjang satu dekad turut dirakamkan dalam buku, “Greatness from Small Beginnings” yang diterbitkan oleh IBR Asia Group. Buku ini telah dilancarkan sempena ulang tahun ke-10 NanoMalaysia. Buku ini menceritakan tentang perjalanan Syarikat sejak ditubuhkan serta pencapaiannya dalam memajukan agenda nanoteknologi negara.
 
Hasil daripada pencapaian ini, diramalkan peluang pekerjaan bernilai tinggi secara langsung dan tidak langsung masing-masing sebanyak 2,373 dan 11,865 serta potensi sumbangan secara langsung dan tidak langsung masing-masing sebanyak RM3.6 bilion dan RM18 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (PNK) akan dijana dalam masa lima tahun yang akan datang seperti yang telah dikenal pasti oleh industri.
 
Mengulas tentang pencapaian sepanjang satu dekad yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata: “Kami telah melangkah jauh selepas bermula secara kecil-kecilan dan kini menjadi sebuah agensi yang disegani – semuanya dicapai atas sokongan dan sumbangan dari MOSTI, pihak berkepentingan, rakan industri, kumpulan penyelidikan dan pengguna, dan yang penting, pasukan NanoMalaysia yang memiliki kedua-duanya pengetahuan dalam bidang nanoteknologi dan perniagaan. Kejayaan kami hanya boleh dicapai menerusi kekuatan rakan kongsi dan anggota pasukan.
 
Sebagai menyokong aspirasi MOSTI ke arah Negara Teknologi Tinggi, NanoMalaysia sedang meletakkan Malaysia sebagai pengeluar teknologi bagi penyelesaian Tenaga Boleh Diperbaharui dan teknologi komponen Kenderaan Elektronik yang dibangunkan secara tempatan dengan menerajui Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga Nasional; melaksanakan program Hydrogen EcoNanoMY; dan membangunkan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen. Usaha ini disokong oleh projek Hydrogen-Paired Electric Racecar (HyPER) kami yang menampilkan sistem storan tenaga ion ultra kapasitor litium grafin sel bahan api reaktor hidrogen pemasangan hibrid (H2SS). Dengan inisiatif yang tertumpu pada teknologi ini dan digabungkan dengan pembangunan rantaian nilai dan bekalan, kami berhasrat untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 10,500 pekerjaan bernilai tinggi secara langsung, dengan kesan limpahan sebanyak 52,500 pekerjaan untuk merangsang ekonomi dan menjana PNK tambahan sebanyak RM 1.7 bilion menjelang tahun 2030.”
  
Tentang NanoMalaysia Berhad
NanoMalaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan yang diamanahkan dengan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi menerusi model pembangun usaha sama. Nanoteknologi terus memainkan peranan menyediakan penyelesaian yang efisien dan dipertingkatkan bagi pelbagai aplikasi termasuklah untuk kehidupan pintar, pembuatan pintar, pertanian, peranti elektronik serta tenaga dan persekitaran. NanoMalaysia percaya bahawa “Internet of Nano-Things” atau IoNT akan menjadi pemacu teras bagi revolusi Industri ke-4 dan menjadi pemangkin perubahan termaju dalam industri, perniagaan dan masyarakat.

SUMBER: NanoMalaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Audra Jeyaraj 
Tel: +6012 6915 024 

Nama: Poon Li-Wei 
Tel: +6012 391 2028

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.