ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KEDAH MELANCARKAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES : E10 MESRA PELABUR

Friday 30/07/2021



ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) -- Dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi dan produktiviti negeri Kedah, inisiatif E10 telah dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim secara atas talian melalui Facebook rasmi kerajaan Negeri Kedah.

Inisiatif di bawah Kedah Produktif Kedah Digital ini bakal menyaksikan Kedah bangkit dari pandemik Covid-19 dengan memudahcara permit pembinaan kepada pelabur berskala besar yang memilih untuk melabur di Kulim, Kedah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim inisiatif E10 ini memudahkan dan mempercepatkan proses pembinaan kilang di Kedah.

“Di samping meningkatkan ekonomi serta produktiviti negeri Kedah, inisiatif mesra pelabur ini juga dapat memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan juga menambah peluang pekerjaan baharu di negeri ini,” kata beliau.

Inisiatif E10 adalah inisiatif baharu permit pembinaan secara ekspres dan ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan Majllis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Dalam merangka dan membangunkan inisiatif ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah membantu memberi khidmat nasihat dan mengadakan aktiviti libat urus bersama pihak Majlis Perbandaran Kulim, pemain industri dan agensi teknikal bagi memastikan apa yang dirangka ini praktikal dan boleh dilaksanakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Beliau turut berkata inisiatif E10 ini pastinya menjadikan Negeri Kedah sebagai negeri pilihan pelabur dan peniaga yang mempunyai kelebihan serta berpotensi sebagai destinasi utama pelaburan di Malaysia. Beliau juga yakin ia akan memberi satu pengalaman baharu yang kondusif dan bakal membawa keuntungan kepada semua pihak.

Hasil pelaksanaan pada hari ini menyaksikan kejayaan  kilang milik ASPEN Glove yang dapat beroperasi dan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) serta lesen perniagaan dalam masa 10 bulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, turut berkata inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada pelabur untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 10 bulan sahaja atau kurang dari satu tahun. Ia juga sebagai dorongan kepada penggiat industri dan pelabur antarabangsa untuk terus melabur di negeri Kedah dan juga seterusnya di seluruh negara.

MPKK juga akan membantu pelabur untuk mendapatkan CCC dan lesen dlm tempoh tersebut. Tambah beliau, MPKK menggunakan pendekatan kaedah Agile Regulation atau peraturan tangkas yang diperkenalkan oleh MPC. Pendekatan baharu ini penting terutamanya sewaktu pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak merencatkan pelaburan asing di negara ini.

Pendekatan MPC dalam inisiatif ini adalah untuk mengubah cara berfikir, cara bekerja serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan peraturan yang lebih berfokuskan kepada kehendak pelanggan kata pengarahnya, Dr. Mazrina Mohd Ibramsah. Walau bagaimanapun perubahan proses kerja dalam inisiatif ini tidak akan sedikitpun melanggar peraturan yang sedia ada.

Pendekatan seperti ini bukan saja menyelesaikan segala masalah birokrasi yang dihadapi sebelum ini malah ia mempercepatkan proses dan paling penting mengutamakan ketelusan.

Dengan pembukaan kilang ASPEN Glove di Kulim Industrial Corridor ini dianggarkan sebanyak 2500 peluang pekerjaan tersedia kepada penduduk setempat. 
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
 
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi. 

SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Kasturi Devi Appanna  
Tel: 012-515 7255
E-mel: kasturi@mpc.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.