ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  XI'AN, TEMPAT BAGI PAHLAWAN TERRACOTTA, AKAN MENGANJURKAN ACARA PELBAGAI SUKAN TERBESAR DI CHINA

Monday 26/07/2021

AsiaNet 90842

Table

 
Bahagian Dalam di Pusat Sukan Olimpik Xi'an



XI'AN, China, 26 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 27 Julai, pengiraan detik 50 hari dimulakan untuk pembukaan Sukan Nasional China ke-14, yang merupakan acara pelbagai sukan kebangsaan terbesar di China. Xi'an, sebagai tempat utama bagi Sukan itu, sedang membuat persiapan akhir untuk perasmian yang lancar bagi acara itu.
 
Kerajaan Perbandaran Xi’an telah mengumumkan pada satu persidangan media baru-baru ini bahawa 191 daripada 214 projek pembinaan utama bagi Sukan Nasional ke-14 itu telah disiapkan, dan baki projek itu dijangka siap sebelum 1 Ogos. Projek-projek ini termasuk tempat-tempat sukan, peningkatan bagi rangkaian pengangkutan, dan pengubahsuaian bagi kawasan kediaman yang sedia ada.

Menganjurkan sebuah acara sukan membawa peluang-peluang untuk pembangunan bagi sebuah bandar raya. Xi'an adalah sebuah ibu kota kuno berusia seribu tahun yang terkenal di dunia dan juga sebuah “bandar raya pusat nasional” yang baharu di China. Dengan memanfaatkan penganjuran Sukan Nasional ke-14 itu, bandar raya itu sedang mencipta semula dirinya, dengan mencapai pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa.

Bandar raya itu kini dicirikan oleh tempat-tempat sukan moden, rangkaian pengangkutan, pergunungan hijau dan sungai-sungai yang bersih, dan aktiviti sukan untuk orang ramai... Seluruh bandar raya itu telah disemarakkan dengan penuh keriangan dan keseronokan bagi acara sukan yang hebat itu.

Sebagai tempat utama untuk upacara pembukaan bagi Sukan Nasional ke-14 itu, Pusat Sukan Olimpik Xi'an, dengan sebuah stadium, sebuah gimnasium dan sebuah kolam renang dan terjun, telah disiapkan menjelang Julai 2020. Stadium yang mempunyai 60,000 tempat duduk itu, gimnasium yang mempunyai 18,000 tempat duduk dan kolam renang dan terjun yang boleh menempatkan 4,000 penonton menjadikan pusat sukan itu sebagai yang terbesar seumpamanya di barat laut China.

Dalam satu senarai Stadium Terbaik untuk 2020 yang diumumkan baru-baru ini oleh StadiumDB.com, satu daripada laman web terkemuka di dunia yang dikhususkan untuk stadium bola sepak, Stadium Pusat Sukan Olimpik Xi’an telah tersenarai dalam tempat 10 Teratas. Ia adalah satu-satunya stadium di China yang berada di dalam senarai itu. Sebagai stadium pintar yang pertama di China dengan liputan penuh 5G, ia bukan sahaja sebuah tempat sukan yang bertaraf dunia, tetapi juga merupakan sebuah mercu tanda baharu di Xi’an.

Sebagai acara sukan yang terbesar yang diadakan di China sejak tercetusnya COVID-19, pencegahan dan kawalan pandemik adalah kunci kepada kejayaan Sukan Nasional ke-14 itu.

Untuk memastikan keselamatan dan penganjuran yang teratur bagi Sukan Nasional itu, penganjur akan melaksanakan satu sistem pengurusan tertutup bagi atlet, jurulatih dan koresponden, dan menerapkan langkah-langkah yang berasaskan teknologi maklumat untuk pengendalian pandemik secara jarak jauh.

Sukan itu akan dibuka untuk penonton, yang diwajibkan menjalani vaksinasi lengkap untuk COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari menjelang pertandingan itu, dan harus menyediakan sijil ujian asid nukleik negatif 72 jam sebelum memasuki mana-mana tempat sukan.

Di samping itu, sistem pengurusan bandar, pengangkutan, kebudayaan dan pelancongan Xi'an telah digerakkan sepenuhnya, dengan melakukan segala yang mungkin untuk menyokong acara tersebut. Pasukan perubatan, sukarelawan dan keselamatan juga ditempatkan untuk menyediakan sokongan terbaik bagi temasya Sukan itu.

Tetamu dari luar negara telah memuji persiapan bagi Sukan Nasional China ke-14 di Xi’an dan pembangunan pesat bagi bandar raya di sini.

Christiane Ndong Ella, isteri bagi Duta Gabon Baudelaire Ndong Ella, memaklumkan kepada Xinhua bahawa kerajaan Xi'an telah melakukan segala usaha yang mungkin dalam persiapan mereka untuk Sukan Nasional itu.

“Semua tetamu tidak sabar untuk meneroka budaya yang indah dan melihat pembangunan yang sungguh hebat di bandar raya itu pada permulaan Sukan Nasional ke-14 itu,” kata beliau.

Sukan adalah satu bahasa sejagat yang dikongsi oleh seluruh dunia, dengan daya tarikan dan komunikasinya yang unik yang membolehkan Xi'an untuk menampilkan depositnya yang paling mendalam dan faset yang paling muda. Bandar raya itu yang dihormati kerana telah wujud sejak sekian lama sedang berlari di jalan raya yang menghubungkan dengan seluruh dunia.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Xi'an
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=397180
 
     Kapsyen: Bahagian Dalam di Pusat Sukan Olimpik Xi'an

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.