ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  OMRON MELANCARKAN GEGANTI PCB "G9KA" YANG MENJANAKAN KUASA TINGGI, HABA RENDAH DENGAN RINTANGAN SENTUHAN ULTRA RENDAH YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI

Tuesday 06/07/2021

AsiaNet 90385

KYOTO, Jepun, 6 Julai, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/--

- Menyumbang kepada Merealisasikan Masyarakat Nyahkarbon dengan Meningkatkan Kecekapan Tenaga melalui Penekanan Penjanaan Haba -

OMRON Corporation yang berpusat di Kyoto, Jepun, telah mengumumkan pengeluaran global bagi Geganti PCB G9KA Berkuasa Tinggi pada 1 Julai, 2021. Produk ini meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa bagi sistem penjanaan PV dengan meminimumkan kehilangan tenaga yang berpunca daripada haba yang dihasilkan oleh penyesuai kuasa, peralatan bekalan kuasa, dan peralatan berkaitan yang digunakan di dalam sistem penjanaan kuasa suria. Rintangan sentuhan ultra rendah yang terkemuka di dalam industri(*1) bagi 0.2miliohm (*2) menahan haba yang dijanakan oleh geganti itu dan meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa bagi sistem penjanaan kuasa suria, dengan itu mempercepatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah masyarakat yang nyahkarbon.
 
Imej 1: Geganti PCB G9KA kuasa Tinggi dengan Rintangan Sentuhan Ultra rendah
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102197/202106246753/
_prw_PI1fl_A09Lb0xl.jpg

 
Akhir-akhir ini, penggunaan sumber tenaga yang terhad secara efektif telah menjadi satu isu sosial yang besar, dan terdapat satu keperluan bagi penukaran tenaga yang sangat efisien dalam pengeluaran tenaga lestari. Selain itu, kemudahan penjanaan tenaga yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui, seperti tenaga suria, menjanakan kehilangan tenaga disebabkan oleh haba yang dihasilkan oleh peralatan semasa penjanaan kuasa, dan kapasiti dan arus bagi kemudahan dan peralatan itu semakin meningkat; oleh itu, tindakan pencegahan terhadap penjanaan haba telah menjadi satu isu yang mendesak.

Satu daripada faktor yang boleh menyebabkan peralatan untuk menjanakan haba adalah geganti yang dipasang pada papan PC di dalam peralatan itu. Geganti adalah komponen yang digunakan untuk melaksanakan kawalan menghidupkan/mematikan arus elektrik yang mengalir melalui peralatan ketika dihubungkan dengan sistem kuasa, dan untuk penutupan keselamatan ketika dalam keadaan kecemasan. Geganti kuasa tinggi konvensional mempunyai satu nilai rintangan sentuhan yang tinggi. Oleh itu, kehilangan tenaga akibat daripada penjanaan haba telah menjadi satu isu. Terdapat kes di mana mekanisme pelesapan haba seperti penenggelam haba dan kipas pendingin terpaksa dipasang di dalam peralatan sebagai satu langkah pencegahan terhadap penjanaan haba, dan kes-kes di mana kemerosotan papan PC disebabkan oleh haba yang dijanakan oleh geganti itu telah menyebabkan penurunan di dalam jumlah tahun yang dapat menahan kerosakan bagi peralatan itu.

G9KA itu boleh mengurangkan kenaikan suhu bagi geganti itu kira-kira 30%(*3) -- berbanding dengan geganti kuasa tinggi konvensional -- dengan menurunkan rintangan sentuhan kepada 0.2miliohm(*2) yang terkemuka di dalam industri (*1). Produk ini membantu mengurangkan saiz dan berat bagi peralatan dengan memudahkan penenggelam haba dan kipas pendingin yang dipasang sebagai satu langkah pencegahan terhadap penjanaan haba. Di samping itu, penekanan haba yang dijanakan oleh geganti itu menyebabkan kepada pengurangan di dalam peningkatan suhu bagi papan PC, oleh itu menyumbang kepada lanjutan jangka hayat bagi peralatan itu.

OMRON akan terus menyumbang kepada merealisasikan sebuah masyarakat nyahkarbon melalui produk dan perkhidmatan pelanggan mereka dengan menghasilkan peranti dan modul termaju berdasarkan kepada teknologi yang telah dikembangkannya selama bertahun-tahun dan menyediakannya di peringkat global.
 
Imej 2: Aplikasi Utama
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102197/202106246753/
_prw_PI2fl_9uk4sWk8.jpg

 
Ciri-ciri Utama bagi G9KA
(1) Rintangan sentuhan ultra rendah yang terkemuka di dalam industri(*1) (0.2miliohm) menekan penjanaan haba
-Menurunkan rintangan sentuhan bagi geganti itu sehingga 0.2miliohm(*2) dapat menekan peningkatan suhu bagi geganti itu sebanyak kira-kira 30%(*3) berbanding dengan geganti kuasa tinggi konvensional.
 
- Pemudahan bagi mekanisme pelesapan haba, seperti penenggelam haba yang dipasang pada peralatan sebagai satu langkah pencegahan terhadap penjanaan haba, mengurangkan jumlah bahagian dan mengoptimumkan reka bentuk, seterusnya menyumbang kepada pengecilan saiz dan pengurangan berat bagi peralatan.

-Peningkatan suhu dan kemerosotan bagi papan PC dapat dikurangkan dengan menekan haba yang dijanakan oleh geganti itu, oleh itu menyumbang kepada lanjutan jangka hayat bagi peralatan itu.
 
Imej 3: Perbandingan bagi keputusan peningkatan suhu apabila geganti 200A diaktifkan (simulasi)
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102197/202106246753/
_prw_PI3fl_v708vS90.jpg

 
 (2) Menyokong aplikasi berkapasiti tinggi
Berupaya memberi tenaga dan menyahkan tenaga 200A (800 VAC), produk ini boleh digunakan di dalam peralatan dan aplikasi di mana beban arus yang besar perlu dipotong, dan boleh juga  menggantikan penyentuh yang terutamanya digunakan untuk aplikasi kawalan kuasa berkapasiti tinggi. Berbanding dengan penyentuh dengan kapasiti arus yang serupa, ketinggian bagi komponen itu dikurangkan kepada kira-kira 1/3(*4), yang mana menyumbang kepada pengecilan saiz peralatan dan penjimatan ruang.
 
Imej 4: Perbandingan ketinggian apabila komponen dipasang pada papan PC (untuk tujuan ilustrasi sahaja)
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102197/202106246753/
_prw_PI4fl_o6LePP2e.jpg

  
Maklumat mengenai geganti PCB G9KA berkuasa tinggi
https://components.omron.com/product-detail?partNumber=G9KA
 
Nota:
(*1) Terkemuka industri: Menurut penyelidikan OMRON sehingga Mei 2021
Perbandingan bagi nilai katalog untuk geganti dengan arus maksimum 200
 
(*2) 0.2miliohm: Nilai rintangan sentuhan awal dalam keadaan 200A, 30 minit
 
(*3) Kira-kira 30%: Menurut penyelidikan OMRON sehingga November 2020
Perbandingan bagi kenaikan suhu apabila 200A bertenaga dengan sebuah geganti dengan prestasi yang setara G9KA
 
(*4) Kira-kira 1/3: Menurut penyelidikan OMRON sehingga Mei 2021
 
Untuk butiran lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202106246753-O1-htZ4kO6K.pdf
 
Maklumat mengenai OMRON Corporation:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202106246753-O2-dcE88545.pdf
 
Sumber: OMRON Corporation

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.