ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SEKOLAH HARROW MEMBUKA KAMPUS DI PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN UNTUK MENEROKA PEMUPUKAN BAKAT BAGI ERA BAHARU

Tuesday 06/07/2021

AsiaNet 90460

Table

Sekolah Harrow Haikou
 

HAIKOU, China, 6 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--

“Rumah Terbaik bagi Minggu Antarabangsa adalah Rumah Rudolf!”
 
Baru-baru ini, dengan dikelilingi oleh rakan sekelas yang bersorak, Emma, ​​ketua bagi Rumah Rudolf di Harrow Haikou, telah menyampaikan ucapan penghargaannya secara bersahaja dan anggun dengan ukiran senyuman di wajahnya.

Sekolah Harrow adalah tempat kelahiran bagi “Sistem rumah” yang juga mencetuskan inspirasi bagi sistem Rumah dalam dunia fantasi terkenal Harry Potter. Harrow Haikou telah mewarisi tradisi lama ini. Terletak di Bandar raya Haikou, yang berada di bahagian utara Hainan -- pelabuhan perdagangan bebas terbesar di China, Harrow Haikou adalah jenama pendidikan antarabangsa pertama yang terkenal di bandar raya itu. Sekolah itu meliputi  sebuah kawasan pembinaan seluas 75,000 meter persegi dan termasuk Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow Haikou, Sekolah Antarabangsa Harrow, dan Harrow-Little Lions Childhood Development. Harrow Haikou boleh menampung sehingga 1,800 orang pelajar, termasuk 220 pelajar sekolah berasrama. Keseluruhan sistem Harrow Haikou terdiri daripada sekolah sepenuh masa dan sekolah berasrama dari tadika sehingga sekolah tinggi.

Hanya setahun yang lalu, Emma belajar di sebuah sekolah awam di Guangxi, China. Di bawah model pendidikan sekolah awam, dia merasa tidak mempunyai peluang untuk cemerlang. Ketika tekanan dalam pelajarannya terus meningkat, Emma menjadi semakin cemas. Ibu bapa Emma mengambil keputusan untuk menukar persekitaran agar dia dapat mengembangkan personaliti dan hobinya dengan lebih baik.

Sejak Emma memulakan pengajian di Harrow Haikou, dia telah menemui banyak kursus yang menarik untuk dipilih. Tanpa ujian yang berlebihan dan banyak kerja rumah, dia sekarang boleh memperuntukkan lebih banyak masa untuk hobinya dan mengembangkan keseluruhan keupayaannya dengan lebih baik. Dia telah dapat menyesuaikan diri dengan mod baharu ini yang menumpukan kepada disiplin diri dalam pembelajaran dan pengembangan yang komprehensif. Atas sebab ini, dia kini lebih yakin dan gembira.

Emma hanya merupakan satu daripada pelajar di Harrow Haikou yang dijangka untuk membuat perubahan. Sejak Harrow Haikou membuka pintunya secara rasmi pada September 2020, ia telah menarik lebih 300 orang pelajar seperti Emma dari seluruh dunia untuk belajar dan tinggal di sini.

Sebagai sebuah sekolah swasta yang terkenal di United Kingdom, Harrow Haikou cemerlang dengan pengalaman dan kelebihannya yang unik dalam melatih pelajar untuk menjadi bakat kelas atasan. Tujuh Perdana Menteri Britain adalah merupakan alumni Sekolah Harrow. Sebagai Sekolah Antarabangsa Harrow kelima di Asia, Harrow Haikou disemai dengan semangat yang sama dengan Sekolah Harrow di United Kingdom dan adalah komited untuk memupuk pelajar menjadi bakat yang luar biasa dengan kekuatan yang pelbagai dan kemahiran kepimpinan yang mantap.

Harrow Haikou pada masa ini terdiri daripada Sekolah Antarabangsa Harrow dan Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow yang menyediakan pendidikan komprehensif untuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan sekolah tinggi. Sekolah Antarabangsa Harrow menyediakan kursus-kursus antarabangsa kepada pelajar dengan pasport asing (sila ambil perhatian bahawa sekurang-kurangnya seorang ibu bapa bagi setiap pelajar dikehendaki memiliki pasport asing atau Kad Pengenalan Penduduk Tetap Asing). Akademi Kepimpinan Inovasi Harrow tidak menetapkan batasan berhubung kewarganegaraan pelajar dan ibu bapa atau pendaftaran isi rumah dan akan menyediakan kursus dengan ciri-ciri Harrow di bawah undang-undang dan peraturan China dan standard kurikulum kebangsaan.
 
Sumber: Sekolah Harrow Haikou
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=395418
 
   Kapsyen: Sekolah Harrow Haikou

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.