ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ​PENGUMUMAN KOLEKSI LALUAN PELANCONGAN "JALAN SUTERA DALAM SIMFONI GANSU DALAM HARMONI"

Friday 02/07/2021

AsiaNet 90379

Table

Koleksi Laluan Pelancongan “Jalan Sutera dalam Simfoni Gansu dalam Harmoni”

 
LANZHOU, China, 2 Julai, 2021 /Xinhua-AsiaNet/ --

Koleksi Laluan Pelancongan “Jalan Sutera dalam Simfoni Gansu dalam Harmoni” yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Gansu akan diadakan dari 3 hingga 31 Julai, 2021. Sila kemukakan hasil karya melalui e-mel dengan satu keterangan reka bentuk dalam 500 perkataan kepada travelgansu@163.com.

I. Tempoh

Tarikh permulaan: 3 Julai, 2021
Tarikh akhir: 31 Julai, 2021

II. Syarat-syarat

1. Ciri-ciri: Reka bentuk laluan itu perlu memenuhi tuntutan pada masa kini, menyoroti kedalaman kebudayaan dan kepelbagaian sumber pelancongan Gansu, dan mempamerkan daya tarikan unik Gansu.

2. Kelengkapan: Cadangan reka bentuk laluan itu harus termasuk kaedah untuk masuk dan keluar, pengangkutan domestik dan kawasan utama.

3. Rasa pengalaman: Reka bentuk laluan itu harus membolehkan pelancong asing untuk mengalami adat resam tempatan dan gaya hidup masyarakat Gansu.

4. Pengantarabangsaan: Produk pelancongan antarabangsa yang menonjolkan ciri-ciri dan budaya tersendiri Gansu dengan melihat kepada ciri-ciri warisan kebudayaan dunia, persimpangan bagi ketamadunan dunia dan tali emas bagi Jalan Sutera.

5. Inovasi: Untuk memperluaskan skop bagi proses dan meningkatkan penyertaan dalam acara itu, tidak ada sekatan pada bahasa bagi cadangan reka bentuk laluan itu. Pembentangan dalam bentuk video pendek, H5 atau bentuk inovatif yang lain bagi produk laluan itu adalah digalakkan, dan dengan itu memudahkan publisiti dan promosi.

III. Nota untuk Peserta

1. Setiap peserta mesti merupakan penulis bagi hasil karya yang dikemukakan hak cipta bebas dan lengkap bagi karya itu. Peserta harus memastikan hasil karya mereka tidak melanggar hak yang sah dan kepentingan bagi mana-mana pihak ketiga, termasuk hak cipta, hak potret, hak reputasi, hak privasi, hak tanda dagangan, hak nama dagangan, atau mana-mana hak undang-undang yang lain. Mana-mana peserta yang melanggar syarat-syarat ini akan hilang kelayakan dan menanggung sebarang liabiliti undang-undang yang disebabkan olehnya.

2. Karya yang dihantar tidak akan dikembalikan semasa acara berlangsung. Peserta akan bersetuju bahawa penaja mempunyai hak untuk menggunakan hasil karya yang terpilih (termasuk penerbitan album, penerbitan video, pameran, penerbitan buku, paparan dalam talian, siaran media, dan sebagainya), dan tidak ada imbuhan tambahan akan dibayar. Penulis berhak mengekalkan hak cipta dan hak penulisan. Penaja boleh memetik nama penulis dan maklumat lain yang diperlukan dan mengubah dan mengedit karya itu sebagaimana yang difikirkan perlu. Sebarang pertikaian yang timbul daripada hak penulisan, hak cipta, hak potret dan hak reputasi bagi karya yang menang hendaklah ditanggung oleh pemenang itu sendiri.

3. Semua peserta harus dianggap telah mengakui semua peraturan dan undang-undang bagi proses ini dalam mencari cadangan reka bentuk laluan, dan penaja berhak membuat penafsiran muktamad mengenai acara ini.

IV. Peraturan dan Undang-undang

1. Setiap peserta boleh mengemukakan sehingga dua reka bentuk laluan.

2. Tidak ada sekatan pada bahasa bagi cadangan reka bentuk laluan itu. Pembentangan bagi produk laluan itu dalam bentuk video pendek, H5 atau bentuk inovatif yang lain adalah digalakkan. Karya hendaklah dikemukakan dalam bentuk sebuah dokumen elektronik PPT, dengan imej yang jelas (gambar tunggal tidak kurang dari 1mb) dan lengkap muka depan, senarai daftar kandungan dan nombor halaman.
Keperluan format video: MP4
Perkadaran video: 16:9
Durasi video: 60-120 saat
Saiz video: tidak lebih daripada 200MB
Format gambar: 16:9
Tidak lebih daripada 30 gambar untuk reka bentuk satu laluan

3. Peserta / individu harus menghantar karya mereka melalui e-mel. Karya yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan satu keterangan reka bentuk yang tidak lebih daripada 500 perkataan, dengan menerangkan tema bagi laluan itu, kaedah masuk, pengangkutan domestik, kawasan utama, konsep reka bentuk, dan maklumat lain yang relevan, dan menunjukkan reka bentuk organisasi, orang yang boleh dihubungi dan nombor telefon.

4. Nama, nama timangan atau logo bagi penulis tidak boleh dipaparkan dalam teks dan gambar bagi karya yang dihantar. Tidak boleh ada tera air, sempadan, inskripsi, catatan tambahan, dan seumpamanya. Penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat ini akan hilang kelayakan.

V. Kaedah Penyerahan

Sila kemukakan hasil karya anda melalui e-mel dengan satu keterangan reka bentuk yang mengandungi kira-kira 500 perkataan.

E-mel: travelgansu@163.com. Anda dialu-alukan untuk log masuk ke platform penerbitan dalam talian bagi acara ini: http://xhtxs.cn/grM untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai acara itu.

VI. Penerbitan

Notis yang meminta bagi cadangan reka bentuk laluan diterbitkan dalam talian oleh Global Federation of News Agencies. Platform penerbitan dalam talian bagi acara itu adalah: http://xhtxs.cn/grM.

VII. Pemilihan dan Anugerah

Markah penuh ditetapkan pada 100 mata, dengan ulasan pakar merangkumi 70% dan pemilihan dalam talian merangkumi 30%. Sepuluh reka bentuk laluan berkualiti akan dipilih daripada semua karya yang dihantar, termasuk satu hadiah pertama, dua hadiah kedua dan tiga hadiah ketiga. Sijil dan bonus akan diberikan kepada produk laluan yang memenangi hadiah pertama, kedua dan ketiga.

Gansu terletak di barat laut China. Sebagai satu daripada tempat kelahiran purba bagi ketamaduan China, budaya Gansu berkisar di Jalan Sutera, Tembok Besar dan Sungai Kuning. Terdapat tujuh tapak warisan kebudayaan dunia di Gansu: Mogao Grotto di Dunhuang adalah harta karun Buddha terbesar di dunia; Jiayuguan adalah titik permulaan bagi Tembok Besar Dinasti Ming di penghujung barat, yang dikenali sebagai The First dan Greatest Pass under Heaven; terletak di Tianshui, Maijishan Grottoes, satu daripada empat tapak groto yang paling terkenal di China, yang memperolehi namanya daripada gunung yang berbentuk timbunan gandum; dan juga kuda terbang tembaga, logo bagi pelancongan China, telah digali di Wuwei, di Wilayah Gansu.
 
Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Gansu

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=395008

Kapsyen: Koleksi Laluan Pelancongan “Jalan Sutera dalam Simfoni Gansu dalam Harmoni”

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.