ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  YILI MEMPERKENALKAN STRATEGI 'DWI PUSAT' DAN 'DWI PERINTEGRASIAN' DI KONGRES TENUSU GLOBAL

Monday 28/06/2021

​AsiaNet 90306

Table
   Kapsyen: Yili memperkenalkan strategi ‘dwi pusat’ dan ‘dwi perintegrasian’ di Kongres Tenusu Global 

BEIJING, 28 Jun, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dari 22 hingga 24 Jun, Kumpulan Yili, syarikat tenusu terbesar di Asia, telah mengambil bahagian di dalam Kongres Tenusu Global ke-14. Sebagai satu-satunya penceramah yang dijemput dari China, Dr. Zhanyou Yun, Penolong Presiden bagi Yili, telah menghadiri sesi ucaptama dan menyampaikan satu ucapan bertajuk “Memacukan inovasi dan penjenamaan”.

Pada majlis Anugerah Inovasi Tenusu Sedunia itu, satu acara tahunan yang diadakan semasa Kongres Tenusu Global itu, panel hakim telah mempertimbangkan 222 penyertaan dari 25 buah negara merentasi 20 kategori, dan Yili memenangi tiga anugerah, termasuk “Minuman Tenusu Terbaik” bagi minuman yogurt serat pemakanan Cute Star Rub Rub Your Tummy, “Tenusu Kefungsian Terbaik” bagi TOORAN Black Milk Powder dan “Reka bentuk Pembungkusan Terbaik” bagi Produk Muzium Istana SATINE X Edisi Khas. Terutamanya, Yili adalah satu-satunya pemenang anugerah dari Asia dan juga merupakan satu-satunya dengan pencalonan dan anugerah terbanyak di peringkat global.

“Era Industri 4.0 menyeru syarikat-syarikat tenusu untuk menggunakan teknologi digital agar dapat memacukan inovasi yang lebih besar. Dengan mengutamakan pelanggan kami, Yili telah menubuhkan ‘dwi pusat’ dalam talian dan luar talian dan mencapai ‘dwi perintegrasian’ bagi maklumat dan pendigitalan. Teknologi digital juga memberi kuasa kepada rakan-rakan kami untuk meningkatkan kecekapan mereka dan akhirnya akan membantu menyediakan produk yang lebih berkualiti bagi pengguna global,” kata Dr. Yun.

Mencipta peranti digital untuk pembangunan sebuah industri tenusu pintar 

Seiring dengan keperluan pengguna untuk diperibadikan dan bersegmen, Yili telah mengembangkan pelbagai peranti digital untuk kekal berada di hadapan pasaran. Syarikat itu telah mewujudkan “radar” mereka sendiri untuk mengesan permintaan pengguna yang terus berkembang dan menerima maklumat balas mengenai pengalaman mereka, serta satu siri platform bagi pengurusan kitaran hayat produk (PLM), kepatuhan dan pengurusan platform standard, dan penilaian risiko.

Berdasarkan kepada kajian selama hampir dua dekad, Yili telah menjadi syarikat China pertama yang menubuhkan pangkalan data susu ibu mereka sendiri. Bersama dengan Universiti & Penyelidikan Wageningen, Yili telah menerapkan penemuan penyelidikan utama itu kepada rumusan bayi Jinlingguan mereka. 

Memperkenalkan transformasi digital di seluruh rantaian industri itu 

Bagi Yili, mencapai pendigitalan sebenar bermaksud mengubah keseluruhan rantaian industri itu melalui penggunaan teknologi Internet yang canggih. 

Di bahagian atas rantaian industri itu, Yili secara aktif mempromosikan pertanian digital dan sedang membangunkan padang ragut yang pintar. Dengan menggunakan sistem pengurusan digital Yili, pekerja padang ragut dapat menyimpan rekod kesihatan digital tepat masa bagi setiap lembu. Di bahagian tengah rantaian industri itu, Yili telah mempercepatkan pembinaan “kilang pintar”. Di bahagian hiliran, Yili telah mempromosikan konsep “runcit baharu” untuk mengoptimumkan pengalaman membeli-belah pengguna dan mencapai perintegrasian sepenuhnya bagi saluran dalam talian dan luar talian. 

Memacukan inovasi produk melalui “dwi perintegrasian”  

Yili mengintegrasikan aplikasi IT dengan industri tenusu, dan menggunakan data besar bagi memahami dengan tepat keperluan pengguna yang berkembang pesat. 

Sebagai contoh, setelah mengetahui bahawa 80% orang Asia mengalami kekurangan laktosa, Yili telah menghabiskan masa selama empat tahun untuk pengembangan produk bagi membantu menangani isu ini dan menghasilkan teknologi hidrolisis laktosa baharu dan Susu Bebas Laktosa Shuhua. Berdasarkan kepada platform radar data besar mereka, Yili telah mengumpul dan mempertimbangkan cadangan pengguna mengenai pelancaran pantas bagi produk AMBPOMIAL baharu mereka.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=394686
 
   Kapsyen: Yili memperkenalkan strategi ‘dwi pusat’ dan ‘dwi perintegrasian’ di Kongres Tenusu Global  

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.