Mei 14, 2025 -Rabu

 
  MDRT ACADEMY TERUS BERKEMBANG DENGAN PENYERTAAN AHLI BARU DARI SUN LIFE ASIA

Wednesday 23/06/2021



KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun (Bernama) -- The MDRT Academy — persatuan baharu yang membantu golongan profesional dalam bidang kewangan untuk memacu kerjaya mereka — baru-baru ini mengalu-alukan lebih daripada 670 orang penasihat kewangan dari Sun Life Asia sebagai ahlinya. Penyertaan penasihat kewangan Sun Life dari Hong Kong, Filipina, Indonesia, Vietnam, dan Malaysia ini akan meletakkan Sun Life sebagai syarikat anggota terbesar di MDRT Academy setakat ini. Akademi ini akan menjadi tambahan kepada program latihan dan pembangunan Brighter Gen and Brighter Pro yang dilaksanakan oleh Sun Life, serta menyokong aspirasi Sun Life untuk menjadi peneraju pasaran dalam khidmat nasihat kewangan yang berkualiti.
 
“Matlamat Sun Life ialah untuk menjadikan penasihat kewangannya sebagai golongan yang paling dihormati dan dikenali dalam industri, atas dasar kualiti nasihat dan profesionalisme mereka,” kata Leo Grepin, Presiden Sun Life Asia. “MDRT Academy adalah satu tambahan yang bernilai kepada program-program pembangunan penasihat kewangan Brighter Academy, yang membina kemahiran dan keupayaan untuk membimbing para penasihat kewangan sepanjang kerjaya mereka, dari penasihat kewangan yang baru memulakan kerjaya, sehinggalah kepada MDRT, dan kemudiannya pengurus agensi. Dengan akses kepada latihan dan pengalaman yang terbaik, penasihat kewangan Sun Life boleh mencapai aspirasi kerjaya mereka dan menyediakan pengalaman yang terbaik kepada klien kami,” kata Leo.
 
MDRT Academy dilancarkan dalam tahun 2017 untuk membantu kumpulan profesional dalam perkhidmatan kewangan mencapai tahap perolehan yang lebih tinggi dan menyertai MDRT. MDRT Academy ditubuhkan berasaskan pengalaman digital sepenuhnya, yang membolehkan ahli-ahlinya mengakses alat, sumber dan komuniti persatuan tersebut pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja melalui laman web intuitif dan aplikasi mudah alih.
 
“Kami berasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan Sun Life dan yakin bahawa MDRT Academy akan membantu penasihat kewangan mereka untuk meningkatkan perolehan, memperbaiki kemahiran khidmat pelanggan mereka dan mempelajari amalan terbaik daripada ahli-ahli MDRT yang berpengalaman,” kata Ian Green, Presiden MDRT. “Sumber terkini bagi membina kerjaya yang cemerlang dalam bidang perkhidmatan kewangan kini berada betul-betul di hujung jari mereka.”
 
MDRT Academy menampilkan penilaian yang membantu ahli-ahli untuk memahami dengan mendalam dan mengenal pasti kekuatan dan bidang pertumbuhan mereka – dan menyesuaikan kandungannya mengikut keperluan dan minat ahli tersebut. Ia juga menawarkan sumber-sumber bagi menentukan matlamat dan penjejak prestasi, siaran web bulanan yang menampilkan ahli-ahli MDRT, Panduan Prestasi, serta beratus-ratus rencana, video dan episod audio siar yang diluluskan oleh MDRT. Ahli-ahli MDRT Academy juga berpeluang menghadiri Mesyuarat Tahunan MDRT.
 
“Kami di Sun Life Malaysia berasa begitu bangga sekali kerana penasihat kewangan kami dapat menyertai MDRT Academy,” kata Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua bagi Sun Life Malaysia. “Usaha sama ini adalah amat penting dalam menyediakan latihan dan bimbingan yang signifikan bagi para penasihat kewangan kami di semua peringkat, selanjutnya memberikan mereka sumber-sumber tambahan untuk menajamkan kemahiran baharu yang diperlukan untuk menyampaikan pengalaman klien yang terbaik. Kami berharap agar dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi dengan MDRT Academy.”
 
Mengenai Sun Life
Sun Life merupakan organisasi perkhidmatan kewangan terkemuka antarabangsa yang menyediakan penyelesaian insurans, pengurusan harta dan aset kepada klien individu dan korporat. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuklah Canada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Sehingga 31 Mac 2021, Sun Life mempunyai jumlah aset di bawah pengurusannya sebanyak $1,304 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunlife.com.
 
Mengenai MDRT
MDRT, The Premier Association of Financial Professionals®, merupakan persatuan global yang bebas, di mana ahlinya terdiri daripada golongan profesional dalam perkhidmatan insurans hayat dan kewangan terkemuka dunia   dari lebih 500 syarikat di 70 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut mengenai MDRT Academy, sila layari www.mdrtacademy.org. Untuk maklumat lanjut mengenai MDRT, sila layari www.mdrt.org.
 
Sumber:  The MDRT Academy

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Katherine Braden
G&S Business Communications
Tel: +1.859.630.6776
Emel: kbraden@gscommunications.com   

Nama: Trisher Tiew
Priority Communications PR
Tel: +60.17.379.0822
Emel: trisher@priority.net.my 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.