ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  RICHWORKS MAHU LAHIRKAN 10,000 USAHAWAN CAPAI JUALAN RM1 JUTA SETAHUN

Tuesday 22/06/2021



SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) -- RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan mencapai RM1 juta jumlah jualan tahunan dalam tempoh 3 tahun ini.
 
Pengasas RichWorks dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, sasaran tersebut merupakan salah satu daripada 5 perancangan jangka pendek pihaknya bagi membangun dan terus memperkasakan usahawan khususnya di negara ini.
 
"Ekoran pandemik sejak tahun lalu, ramai usahawan yang terjejas hingga menyaksikan sejumlah 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) gulung tikar.
 
"Justeru itu, RichWorks dari awal penubuhan pada 13 Jun 2008 tidak akan berubah dalam memperkasakan usahawan di samping memastikan mereka bukan saja mampu bertahan malah berkembang walau apa situasi mendatang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Tambah beliau, RichWorks telah berjaya membuktikan ramai usahawan boleh mendapatkan hasil jualan jutaan ringgit sepanjang 13 tahun ini walaupun ada yang bukannya bermula daripada kesenangan.
 
"Sebenarnya, apa yang penting adalah kepercayaan untuk berubah dan berjaya. Buat mereka yang setia bersama kami selama ini, saya ucapkan terima kasih dan teruskanlah untuk sentiasa ‘Trust The Process’ kerana anda berhak capai impian.
 
"Terbaru, penglibatan saya bersama syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, Manage Pay Systems Berhad (MPay) pastinya membuka peluang buat usahawan untuk terus memperkasakan perniagaan mereka menggunakan teknologi dan ke arah pendigitalan dalam sistem perniagaan," jelasnya.
 
Azizan Osman memberitahu, usaha sama itu juga untuk memastikan usahawan terutama Bumiputera tidak ketinggalan dari segi teknologi sekali gus membantu mereka berurusan dengan pelanggan tanpa perlu dibatasi jarak dan waktu.
 
"Saya beri contoh satu kisah yang memberi saya inspirasi untuk membimbing usahawan. Pada 1954, seorang lelaki bernama Roger Bannister melakukan larian sejauh 3 batu dalam masa 4 minit.
 
"Ramai yang merasakan rekod ini mustahil diatasi. Namun, siapa sangka dengan rekod beliau, pendapat dan keyakinan awam turut  berubah apabila ramai yang cuba memecah rekod tersebut hingga beribu-ribu atlit telah membuktikan kemampuan melepasi tanda aras rekod ini," ujarnya.
 
Menurutnya, kisah ini menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil dicapai malah jika ada seorang yang memulakan dan meletakkan tanda aras, pasti akan ada ikutan.
 
"Tanda aras inilah yang cuba saya letakkan selama ini," katanya.
 
Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan ilmu serta panduan seperti program RichWorks Business Success Bootcamp 102 dan Workshop Kuasai Social Media secara percuma, usahawan boleh ke akaun Telegram - Azizan Osman Official.
 
TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Beliau seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya menerusi syarikat yang diasaskannya, RichWorks International Sdn Bhd sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan jutaan ringgit.
 
HUBUNGI KAMI
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor.
www.richworks.com 

Sumber: Richworks International Sdn Bhd


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Md Azrin
Tel: +6016 323 4686
Emel: azrin.richworks@gmail.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.