ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  FWD TAKAFUL LANCARKAN FWD INVEST FIRST PLUS UNTUK MENAMBAH SIMPANAN SERTA MEMPERTINGKATKAN MANFAAT

Tuesday 22/06/2021



Table

Capai matlamat masa depan bersama FWD Invest First Plus
 

Pelan khusus untuk membantu perancangan kekayaan dan legasi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) memperkenalkan FWD Invest First Plus, pelan takaful berkaitan pelaburan yang direka untuk menambahkan simpanan di samping menawarkan perlindungan untuk kematian dan hilang upaya penuh dan kekal (HUPK). Pelan ini juga antara lain menawarkan manfaat tambahan seperti jumlah dilindungi berganda untuk manfaat kemalangan sehingga umur 80 tahun dan had bukan perubatan yang lebih tinggi sehingga RM2.5 juta. FWD Invest First Plus dilengkapi dengan dua pelan, Wealth Management Plan dan Legacy Plan, untuk pelanggan mencapai matlamat masa depan mereka.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, "Kami mendapati rakyat Malaysia semakin memahami mengenai pentingnya perlindungan takaful dan keselamatan kewangan. Dengan itu, mereka lebih proaktif dalam mencari pilihan perlindungan dan juga alternatif yang dapat meningkatkan simpanan mereka. Oleh itu, pelan kami direka untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut. FWD Invest First Plus akan memberikan pelanggan akses kepada pelbagai dana berkaitan pelaburan Islamik supaya mereka dapat menjana pulangan, serta pilihan untuk menyesuaikan pelan mereka berdasarkan objektif kewangan dan keperluan perlindungan mereka."

FWD Invest First Plus memberikan pelanggan fleksibiliti untuk memilih tempoh pembayaran caruman sama ada untuk lima, 10 atau 15 tahun atau pembayaran berkala sepanjang tempoh perlindungan sijil dengan perlindungan sehingga berumur 80 tahun, mengikut kesesuaian keperluan pelan kewangan dan gaya hidup mereka. Ia juga mempunyai pelbagai pilihan manfaat untuk mempertingkatkan perlindungan dan memastikan kesinambungan perlindungan dan pelaburan.

Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi, Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful, berkata, "Kami berusaha untuk menyediakan perlindungan Takaful inovatif yang mudah difahami untuk membantu rakyat Malaysia meningkatkan jaring keselamatan kewangan mereka untuk hari ini dan masa depan, sejajar dengan visi kami untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful."

FWD Invest First Plus melindungi kematian, HUPK dan tuntutan berganda untuk manfaat kemalangan. Peserta juga akan menerima nilai Akaun Simpanan Peserta (ASP) mereka sepenuhnya setelah matang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD Invest First Plus dan manfaatnya, layari fwd.com.my/en/invest/FWD-Invest-First-Plus-Legacy-plan dan fwd.com.my/en/invest/FWD-Invest-First-Plus-wealth-management-plan
atau hubungi mana-mana ejen FWD Takaful yang berdaftar. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut.

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali Takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ditubuhkan di Asia pada tahun 2013 dengan matlamat sebagai perintis, Kumpulan FWD (“FWD”) adalah perniagaan insurans utama kumpulan pelaburan, Pacific Century Group.

Ia adalah unit perniagaan Takaful FWD - yang merangkumi 10 pasaran di Asia termasuk Hong Kong SAR & Macau SAR, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun, Malaysia dan Kemboja; menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, pelan perlindungan pekerja, pelan perlindungan Shariah dan Takaful keluarga merentasi beberapa pasarannya.

FWD menumpukan usaha untuk mencipta pengalaman pelanggan yang baru dan menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang didorong oleh pelanggan ini, FWD mensasarkan untuk menjadi peneraju insurans Asia yang mengubah pandangan terhadap insurans.Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com.

SUMBER : FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Arnee Ismail
Brand, PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7776 / (60) 19 663 3390
E-mel: arnee.ismail@fwd.com

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Tel: (60) 3 2771 7784 / (60) 12 294 5805 
E-mel: aslinda.aminuddin@fwd.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.