ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BRIGHTCOVE DAN BYTEARK MEMBAWA TEKNOLOGI MEDIA BAHARU DAN OTT UNGGUL KEPADA PELANGGAN DI THAILAND

Tuesday 22/06/2021



Perkongsian baharu itu membolehkan pelanggan untuk menyampaikan pengalaman penonton yang lancar kepada audiens merentasi peranti dalam satu cara yang boleh dipercayai, berskala, dan selamat


SINGAPURA, 22 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Brightcove® Inc. (NASDAQ: BCOV), peneraju dunia dalam video untuk perniagaan, hari ini mengumumkan satu perkongsian teknologi dengan ByteArk, sebuah penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan (CDN) terkemuka di Thailand, untuk menyokong pelanggan yang ingin menggunakan video bagi berhubung dengan penonton di seluruh dunia. Bersama-sama, Brightcove dan ByteArk akan memperkasakan lagi organisasi media, pemilik kandungan yang menggunakan platform OTT (di bahagian atas), dan perusahaan untuk menghasilkan satu pengalaman penonton yang sempurna yang melibatkan dan menjangkau penonton merentasi mana-mana peranti sambil memperoleh data penting yang memaklumkan keputusan penting perniagaan.

Oleh kerana penggunaan video menjadi satu daya penggerak bagi pengalaman dan kepuasan pengguna di Asia Tenggara, perkongsian teknologi baharu ini akan membolehkan Brightcove dan ByteArk untuk memanfaatkan teknologi dan sumber di antara satu sama lain untuk memberikan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik bagi pangkalan pelanggan video mereka yang semakin berkembang. Kebolehpercayaan, keupayaan untuk berubah dalam saiz atau skala, dan keselamatan bagi teknologi video Brightcove, dilengkapi dengan sistem pengkomputeran berprestasi tinggi dan sistem web yang dibolehkan massa oleh ByteArk, serta rangkaian dan jangkauan mereka yang luas, akan membolehkan pelanggan untuk menyampaikan penstriman langsung dan video atas permintaan (VOD) yang berkualiti tinggi kepada penonton Thailand di seluruh negara itu.

“Video berada di barisan hadapan bagi tingkah laku membeli-belah, pembelajaran, dan hiburan baharu, dan perkongsian kami dengan ByteArk akan menyediakan penyelesaian video dan CDN yang diperibadikan dan yang terbaik untuk setiap pelanggan, tanpa mengira di mana mereka berada dalam perjalanan pengambilan video mereka,” kata Lynn D. Tinney, Naib Presiden, Rakan Global, Brightcove. “Terdapat begitu banyak potensi yang tidak direalisasikan untuk video dalam talian di Thailand dan Asia Tenggara, dan perkongsian teknologi ini semakin memperkukuhkan komitmen berterusan Brightcove untuk melabur di rantau itu.”

“Selama 10 tahun, kami telah menyampaikan kandungan untuk penyedia televisyen peringkat atasan di Thailand, serta laman web komersial, organisasi acara, dan penyedia pendidikan yang popular,” kata Somsak Sriprayoonsakul, Ketua Pegawai Teknologi, ByteArk. “Video terus menawan hati dan fikiran dan menghubungkan orang ramai ketika kita tidak lagi dapat bersama secara fizikal. Memanfaatkan teknologi video terkemuka dalam industri di Brightcove akan membantu kami memberikan cadangan yang lebih hebat kepada audiens kami, dan menyampaikan kandungan video yang menarik namun boleh dipercayai yang akan disukai oleh pengguna hari ini dan di masa hadapan.”

Maklumat mengenai ByteArk

ByteArk adalah sebuah peneraju pasaran bagi CDN dan sebuah penyedia perkhidmatan penstriman yang diwujudkan di Thailand sejak tahun 2008. Dengan pengalaman dan kepakaran, kami menyediakan perundingan dan menyampaikan kandungan perniagaan anda dengan teknologi terkini untuk melayani pelanggan anda di seluruh dunia. Tambahan pula, kami menawarkan perkhidmatan yang menjimatkan kos untuk memenuhi keperluan perniagaan anda dan menyumbang kepada perniagaan anda untuk menjadi sebuah peneraju pasaran yang mapan. Portfolio kami juga termasuk pengkomputeran berprestasi tinggi dan sistem web yang dibolehkan secara besar-besaran, dan kami pada masa ini mengekal dan membangunkan sistem bagi aplikasi HPC, termasuk laman web, media dalam talian, permainan, dan aplikasi.

Maklumat mengenai Brightcove

Apabila video dibuat dengan betul, ia boleh memberikan satu kesan yang sangat kuat dan berpanjangan. Perasaan terbuka. Fikiran berubah. Kreativiti berkembang maju. Sejak tahun 2004, Brightcove telah membantu pelanggan menemui dan mengalami kehebatan video yang luar biasa melalui teknologi mereka yang telah memenangi anugerah, yang memberi kuasa kepada organisasi di lebih 70 buah negara merentasi seluruh dunia untuk menyentuh penonton dalam cara yang berani dan berinovatif.

Brightcove mencapainya dengan membangunkan teknologi yang pernah dianggap mustahil, menyediakan pelanggan dengan sokongan tanpa selari atau alasan, dan memanfaatkan kepakaran dan sumber bagi sebuah infrastruktur global. Video adalah perantara yang paling menambat perhatian dan mengujakan di dunia. Layari www.brightcove.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. Video Yang Bermaksud Perniagaan.™

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210621005827/en/

Hubungi

Brightcove
Meredith Duhaime
mduhaime@brightcove.com

Sumber : Brightcove Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.