ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KONSORTIUM YANG DIKETUAI OLEH EIG MEMETERAI PERJANJIAN INFRASTRUKTUR $12.4 BILION DENGAN ARAMCO

Monday 21/06/2021



Konsortium terdiri daripada pelbagai pelabur terkenal dari Amerika Utara, Asia dan Timur Tengah

WASHINGTON, 21 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah pelabur institusi terkemuka kepada sektor tenaga global dan satu daripada pelabur infrastruktur terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan penutupan bagi urus niaga mereka yang diumumkan  sebelum ini dengan Saudi Arabian Oil Co. (“Aramco”), di mana sebuah konsortium pelabur memperoleh 49% pegangan ekuiti dalam Syarikat Aramco Oil Pipelines (“Aramco Oil Pipelines”), sebuah entiti yang baharu dibentuk dengan hak kepada pembayaran tarif selama 25 tahun bagi minyak yang diangkut melalui rangkaian saluran paip minyak mentah stabil Aramco.

Proses pelaburan bersama yang diketuai oleh EIG itu di Aramco Oil Piplines telah menarik satu kumpulan pelabur institusi terkemuka global dari China, Kerajaan Arab Saudi, Korea, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat termasuk, antara lain, Syarikat Mubadala Investment, sebuah Pelabur Berdaulat Abu Dhabi, Tabung Jalan Sutera, Hassana dan Samsung Asset Management.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Kami sangat gembira kerana dapat menyelesaikan urus niaga ini dengan Aramco, sebuah pembekal tenaga global yang unggul. Kaliber bagi aset infrastruktur global tersohor ini dapat dibuktikan lagi oleh pelabur terkemuka yang telah melabur bersama-sama EIG. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan konsortium bertaraf dunia ini dan tidak sabar menantikan perkongsian jangka panjang dan bermanfaat ini.”

HSBC Bank plc bertindak sebagai penasihat kewangan kepada EIG berhubung dengan urus niaga tersebut, dan Latham & Watkins berkhidmat sebagai penasihat undang-undang bagi EIG.

Maklumat mengenai EIG
 
EIG adalah sebuah pelabur institusi terkemuka bagi sektor tenaga global dengan $21.7 bilion di bawah pengurusan setakat 31 Mac, 2021. EIG membuat pengkhususan di dalam pelaburan persendirian dalam tenaga dan infrastruktur yang berkaitan dengan tenaga di peringkat global. Sepanjang 39 tahun sejarahnya, EIG telah memberikan komitmen lebih $37 bilion kepada sektor tenaga melalui 370 projek atau syarikat di 37 buah negara di enam benua. Pelanggan EIG termasuk banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, pembiayaan, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dan mempunyai pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila layari  laman web EIG di www.eigpartners.com.

Maklumat mengenai Aramco

Aramco adalah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu global yang dipacu oleh keyakinan teras mereka bahawa tenaga adalah peluang. Daripada menghasilkan kira-kira satu dalam setiap lapan tong bagi bekalan minyak dunia kepada mengembangkan teknologi tenaga baharu, pasukan global Aramco berdedikasi untuk mewujudkan impak dalam semua yang dilakukannya. Syarikat itu memberi tumpuan untuk menjadikan sumber mereka lebih boleh diharapkan, lebih mapan dan lebih berguna. Ini membantu meningkatkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210618005526/en/


Hubungi

EIG
Sard Verbinnen & Co.
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG-SVC@sardverb.com

Aramco
Perhubungan Media Antarabangsa: international.media@aramco.com
Perhubungan Pelabur: investor.relations@aramco.com

Sumber : EIG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.