ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​ROCK ENTERTAINMENT DAN KISWE BEKERJASAMA UNTUK MENYETEMPATKAN KEJOHANAN E-SUKAN DI ASIA PASIFIK (APAC)

Monday 21/06/2021



Kerjasama akan membawakan kejohanan e-sukan popular 2021 VALORANT Champions Tour kepada khalayak APAC


NEW PROVIDENCE, N.J., 21 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kiswe, syarikat video interaktif global dan Rock Entertainment Holdings mengumumkan kerjasama untuk menyetempatkan kejohanan e-sukan terbesar dunia secara mudah dan cekap kos bagi penyiaran di rantau APAC. Kerjasama ini akan membolehkan Rock Entertainment membawa kandungan e-sukan dari seluruh dunia dan mengkhususkannya untuk APAC, mewujudkan pengalaman permainan tersuai dan mengasyikkan sepenuhnya bagi pemain dan peminat dalam bahasa ibunda mereka.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama, Kiswe Studio menyetempatkan kejohanan e-sukan popular 2021 VALORANT Champions Tour Stage 1 and 2 – Challengers Hong Kong/ Taiwan untuk Rock Entertainment, kemudian distrim kepada saluran linear mereka "Blue Ant Extreme" pada bulan Mac dan April 2021. Penonton juga boleh menantikan 2021 VALORANT Champions Tour Stage 3 Finals – Challengers Hong Kong/ Taiwan SECARA LANGSUNG pada bulan Julai 2021, serta kejohanan e-sukan lain yang akan berlangsung.

Industri e-sukan diramalkan akan mencecah $1.5B pada tahun 2023. Walaupun e-sukan adalah secara maya, buat masa ini banyak kejohanan dihasilkan bersama ulasan, grafik dan video yang khusus untuk pasaran tempatan sahaja, membuatkan mereka terlepas peluang untuk meluaskan capaian dan mengewangkan khalayak yang lebih ramai. Kiswe Studio memperkasakan penganjur acara untuk menghasilkan dan menskalakan kandungan yang diperibadikan di mana-mana sahaja dan dalam apa-apa bahasa.

Kerjasama ini akan membolehkan penerbit dan penyiar e-sukan bekerja dari jauh, menyingkirkan kos perjalanan dan peralatan serta risiko yang dikaitkan dengan penerbitan di tapak, dan mewujudkan peluang baharu untuk menawarkan kandungan premium dan persaingan serta mengembangkan khalayak yang pelbagai. Rangkaian juga akan berupaya menyetempatkan permainan secara cekap kos, mencari pasaran baharu untuk kandungan inovatif dan membuka kaedah pengewangan baharu. Pemain boleh menanti-nantikan untuk menonton dan berinteraksi dengan kandungan permainan khusus dan kompetitif peringkat atas dari seluruh dunia dalam bahasa ibunda mereka.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan Kiswe untuk membawakan Valorant dan siaran langsung lain serta siaran e-sukan yang disetempatkan kepada penonton kami di seluruh Asia”, kata Beatrice Lee, CEO Asia Pasifik, Rock Entertainment Holdings. “Kerjasama ini bertujuan menyampaikan kandungan yang digemari oleh peminat e-sukan kami dengan cara yang diperibadikan dan terangkum.”

“Pengglobalan eksport juga memerlukan penyetempatan dan terjemahan ringkas tidak mencukupi”, kata CEO Kiswe, Mike Schabel. “Kiswe Studio dapat menyesuaikan permainan e-sukan dari mana-mana sahaja agar nuansa budaya yang paling halus sekalipun dapat digarap bagi mana-mana rantau, menyampaikan pengalaman permainan yang paling menyeronokkan”.

Perihal Kiswe
Kiswe ialah sebuah syarikat video interaktif yang menghasilkan strim langsung masa nyata untuk melibatkan khalayak digital dan komuniti unik di seluruh dunia. Teknologi pemenang anugerah Kiswe juga membuka cara bagi orang ramai kekal terhubung semasa acara langsung melalui penghasilan kandungan dan platform mudah alih yang menghubungkan syarikat media dengan pengguna. Kiswe beribu pejabat di New Jersey, AS dan mempunyai pejabat di New York, Seoul, Belgium dan Singapura. Ketahui lebih lanjut di www.kiswe.com.

Perihal Rock Entertainment:
Rock Entertainment mengedarkan kandungan mengikut jenama dan tanpa jenama di seluruh dunia. Rock Entertainment menawarkan program sejarah semula jadi, fakta, hiburan, digital bentuk ringkas dan kanak-kanak pra-sekolah yang melibatkan khalayak di seluruh dunia melalui berbilang platform, termasuk televisyen, digital, OTT dan acara langsung. Perniagaan saluran Rock Entertainment menawarkan portfolio jenama media seperti Love Nature 4K, ZooMoo Networks (Antarabangsa), Smithsonian Channel (Asia, Timur Tengah & Afrika + Turki), Blue Ant Entertainment (Asia), Blue Ant Extreme (Asia) dan Makeful (Asia), dengan katalog kandungan 2,000+ jam, termasuk tawaran sejarah semula jadi 4K yang terbesar dalam pasaran.

Perihal Blue Ant Extreme:
Blue Ant Extreme ialah saluran yang khusus sepenuhnya untuk kandungan ekstrem. Khalayak boleh menjangkakan kandungan eksklusif yang mendebarkan daripada pelbagai genre, termasuk sukan ekstrem, realiti, paranormal, permainan dan pengembaraan. Siri mendebarkan termasuk Paranormal Survivor dan My Worst Nightmare; kandungan pengembaraan ekstrem dengan Spy Games, Ninja Warrior UK dan Conquering Northern China; dan aksi permainan mengujakan daripada jenama digital, Arcade Cloud dan Wisecrack.

Cassady Nordeen 
Purpose Worldwide 
Cassady@purposenorthamerica.com 
(718) 644-0273


SUMBER : Kiswe 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.