ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  GLAMHIVE & MARY KAY GLOBAL DESIGN STUDIO MENGUMUMKAN RANCANGAN REALITI TIKTOK GLOBAL PERTAMA SEUMPAMANYA BERDASARKAN KEPADA GAYA - STEP & REPEAT - MEMPAMERKAN BAKAT DALAM PAKAIAN, SOLEKAN & RAMBUT DARIPADA PENGGUNA TIKTOK DI SELURUH DUNIA

Friday 18/06/2021



CEO & Founder of Glamhive (Step & Repeat Co-Creator) Stephanie Sprangers (Photo: Mary Kay Inc.)
Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bagi Glamhive (Pencipta Bersama Step & Repeat) Stephanie Sprangers (Foto: Mary Kay Inc.)


Step & Repeat menampilkan bakat bintang-bintang terkemuka, termasuk penggaya selebriti dan pereka kostum Johnny Wujek sebagai hos bersama dengan penggaya selebriti terkenal dunia Nicole Chavez, penggaya rambut selebriti Andrew Fitzsimons, dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi Fashion Bomb Daily, Claire Sulmers.

SEATTLE & LOS ANGELES, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio mengumumkan Step & Repeat, rancangan gaya yang pertama seumpamanya yang dilancarkan di TikTok. Step & Repeat adalah satu pertandingan gaya selama lima minggu dan program bimbingan di mana penggaya pakaian, artis solekan, dan penggaya rambut di seluruh dunia bersaing dalam persekitaran pantas TikTok untuk memacukan kejayaan perniagaan mereka. Pertandingan bertaraf antarabangsa itu dibuka untuk semua dan disiarkan secara langsung pada 22 Jun di TikTok.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210617005552/en/

Komuniti TikTok telah berkembang pada kadar yang luar biasa sejak bermulanya pandemik itu, dan bakat baharu yang unik ditemui setiap hari di platform itu. Yang paling bercita-cita tinggi menggunakan populariti mereka untuk dijadikan peluang perniagaan, mengubah hiburan menjadi keusahawanan, satu set minda yang disokong dan dipuji oleh Glamhive dan Mary Kay, terutama sekarang, ketika dunia terbuka kepada satu “kebiasaan baharu” dengan ramai orang memulakan kerjaya baharu.

Kedua-dua buah syarikat percaya bahawa sekarang adalah masanya untuk memberikan sokongan kepada bintang-bintang yang terkenal dan mereka yang belum ditemui lagi - untuk membantu mereka mengembangkan jenama peribadi mereka, satu daripada kunci kejayaan bagi industri gaya dan keusahawanan. Oleh itu, mereka mengumumkan Step & Repeat, pertandingan gaya global yang pertama seumpamanya di TikTok, yang memberikan struktur, pengiktirafan, dan ganjaran kepada pemenang pada setiap minggu.

Glamhive dan Mary Kay Global Design Studio telah bekerjasama untuk mewujudkan Step & Repeat sebagai satu pentas global terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin meledak di persada antarabangsa dan dapat dikenali kerana bakat mereka yang luar biasa di dalam bidang  pakaian, solekan, dan penggayaan rambut.

Setiap minggu, hos Step & Repeat, Johnny Wujek (pelanggan selebriti termasuk: Katy Perry dan Mariah Carey), akan mengumumkan satu cabaran yang berdasarkan tema, dan pengguna TikTok akan membuat pakaian, solekan, atau gaya rambut mereka yang terbaik bagi tema tersebut. Video akan menggabungkan suara khusus rancangan itu, “Step & Repeat,” tanda pagar #stepandrepeat, dan tanda pagar yang berkaitan dengan setiap cabaran itu, yang membolehkan semua entri dapat ditemui oleh pengadil rancangan itu.

Pengadil selebriti rancangan itu Nicole Chavez (pelanggan selebriti termasuk: Scarlett Johansson, Kristen Bell, dan Catherine Zeta-Jones), Claire Sulmers (Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi syarikat media dan e-dagang, Fashion Bomb Daily), dan Andrew Fitzsimons (pelanggan selebriti termasuk : keluarga Kardashian) akan berduet dengan penampilan terbaik dari seluruh dunia dan mengundi untuk mendapatkan pemenang bagi setiap kategori. Di samping itu, rancangan itu akan menggabungkan tetamu khas yang melakukan duet kejutan; Pengguna TikTok boleh berduet di antara satu sama lain untuk menggabungkan penampilan dan memberikan sorakan kepada peserta pilihan mereka.

Pada akhir setiap cabaran, hos Johnny Wujek akan mengumumkan pemenang dalam setiap kategori: pakaian, solekan, dan rambut. Setiap pemenang akan menerima hadiah wang tunai dan satu sesi bimbingan selama satu jam dengan seorang daripada sembilan belas pemimpin industri yang melangkah untuk memberikan bimbingan.

Pada akhir lima minggu itu, Step & Repeat akan mengumumkan seorang pemenang keseluruhan bagi setiap kategori, dengan yang terbaik dalam pakaian, solekan, dan rambut berdasarkan kepada entri dari seluruh dunia.

Stephanie Spranger, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas bagi Glamhive (Pencipta Bersama Step & Repeat)
“Matlamat kami adalah keterangkuman + peluang. Sesiapa sahaja boleh turut serta. Sesiapa sahaja boleh menang. Dan pemenang mempunyai peluang untuk satu perbualan yang benar-benar boleh mengubah hidup mereka - inilah yang paling mengujakan semua orang.”
 
Spranger adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Glamhive, perkhidmatan penggayaan peribadi dalam talian yang membawa pakar penggaya peribadi dan artis solekan - yang direkrut secara langsung dari Hollywood dan Instagram - kepada semua orang. Dengan kepimpinan Spranger, Glamhive telah mengembangkan perisian proprietari yang membolehkan penggaya membawa pelanggan melalui satu pengalaman penggayaan yang 100% dalam talian, yang bermaksud orang ramai dapat bekerja dengan penggaya di mana sahaja di dunia.

Johnny Wujek, Penggaya Selebriti dan Pereka Kostum (Hos Step & Repeat)
“Step and Repeat akan menjadi satu perayaan bagi kreativiti dan inovasi. Saya tidak sabar untuk menyaksikan kesemua glamor global yang akan ditawarkan oleh dunia.”
 
Pereka kostum dan penggaya legenda HBO Max Wujek cemerlang dalam penggayaan untuk setiap jalur. Daripada glam massa (Kim Kardashian) kepada barisan hadapan bagi sebuah trend (Kate Mara) kepada pop keterlaluan (Katy Perry), gaya beliau ikonik kerana beliau telah menjadi satu daripada penggaya yang paling diminati di dunia.

Nicole Chavez, Penggaya Selebriti (Pengadil Step & Repeat)
“Saya sangat teruja untuk menggalak dan menyokong kreativiti seperti diri saya kerana kita semua belajar untuk mengemudi dunia pasca pandemik itu di mana kehidupan nyata telah diadun dengan kedigitalan untuk memajukan kerjaya kita.”
 
Chavez adalah seorang daripada penggaya yang paling diminati pada hari ini. Pelanggan beliau termasuk bintang senarai-A Kristen Bell, Rachel Bilson, Jessica Simpson, Scarlett Johansson, Catherine Zeta-Jones, dan banyak lagi. Hasil beliau telah dipaparkan dalam banyak penerbitan, termasuk W, InStyle, dan Harper's Bazaar.

Andrew Fitzsimons, Penggaya Rambut Selebriti (Pengadil Step & Repeat)
“Saya telah bekerja di seluruh dunia, bermula di Dublin, kemudian menetap di Paris dan New York. Sebagai seseorang yang meninggalkan sekolah pada usia 13 tahun dan selalu menceburkan diri dalam bidang seni, saya benar-benar akan mencari seseorang yang mempunyai  keperibadian yang hebat. Seorang yang peramah — ia merupakan sebahagian besar untuk menonjolkan bakat anda kerana anda perlu menghilangkan rasa kekok dengan keperibadian anda.”
 
Fitzsimons adalah seorang penggaya rambut selebriti terkenal antarabangsa. Senarai pelanggan beliau termasuk Khloe Kardashian, Kylie Jenner, Shay Mitchell, Ashley Graham, Joan Smalls, dan banyak lagi. Hasil beliau telah dipaparkan di Vogue, Harper's Bazaar, ELLE, dan banyak lagi.

Claire Sulmers, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi Fashion Bomb Daily (Pengadil Step & Repeat)
“Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan yang revolusi ini dan terus menjadi juara bagi kepelbagaian dan penyertaan di dalam fesyen!”
 
Sulmers adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bagi FashionBombDaily.com, sebuah syarikat media dan e-dagang. Usaha perintisan beliau membawa satu gelombang baharu bagi kewartawanan digital yang membekal dan mencetuskan semangat kepada komuniti yang serba kekurangan bagi pencinta gaya Afrika-Amerika dan Latino yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sebuah jenama daripada budaya tersebut. Selain mengembang dan mengarahkan kandungan untuk Fashion Bomb Daily dan laman gabungannya, Sulmers telah melakukan penulisan gaya secara meluas untuk platform lain, termasuk Vogue Italia, Vogue Paris, dan Majalah ESSENCE.

MENTOR:
Mentor termasuk penggaya selebriti dan artis solekan yang bekerja dengan nama-nama terbesar di Hollywood dan seterusnya, termasuk Angelina Jolie, Serena Williams, Carolyn Murphy, Naomi Watts, Kristen Bell, Khloe Kardashian, Kristen Stewart, Matthew McConaughey, dan banyak lagi. Beberapa nama terbesar yang lain di dalam reka bentuk kostum, media, dan modal teroka yang berfungsi sebagai mentor adalah:

PENGGAYA SELEBRITI
Meg Chapman & Jordan LaValle, The Closet Files
Kesha McCleod, Arkitek Visual/Penggaya/Penulis
Janelle Miller, Penggaya Selebriti
Tara Swennen, Penggaya Selebriti
Sonia Young, Penggaya Selebriti
Jennifer Rade, Penggaya Selebriti

ARTIS SOLEKAN SELEBRITI
Quinn Murphy, Artis Solekan Selebriti
Mary Wiles, Artis Solekan Selebriti

PENGGAYA RAMBUT SELEBRITI
Laura Rugetti, Penggaya Rambut Selebriti & Pemilik The Beauty Can
Larry Sims, Penggaya Rambut Selebriti
Quentin Thrash, Tukang Gunting Selebriti & Pereka Pakaian Lelaki
Sheridan Ward, Artis Rambut Selebriti

REKA BENTUK KOSTUM
Mandi Line, Pereka Kostum

MEDIA
Pandora Amoratis, Pengarah Gaya Amerika Syarikat, Daily Mail
Alexis Bennett, Penulis Perdagangan, majalah Vogue 
Kelsey Stiegman, Editor Kanan Gaya, Seventeen
Brian Underwood, Pengarah Kecantikan, Oprah Daily

PELABUR KEUSAHAWANAN
Carrie Colbert, Rakan Am, Curate Capital
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.glamhive.com/tiktok.

Maklumat mengenai Glamhive
Glamhive telah diasaskan oleh usahawan Stephanie Sprangers pada tahun 2017 dengan visi untuk mendemokrasikan gaya peribadi dan berdasarkan premis itu bahawa keyakinan yang hadir dengan glamor tidak boleh eksklusif hanya untuk golongan kaya dan terkenal. Pengalaman menggaya dalam talian itu menawarkan kepada siapa sahaja yang mempunyai akses sambungan Wi-Fi kepada penggaya akan memberi mereka sokongan yang mereka perlukan untuk menjadi versi terbaik bagi diri mereka. Platform Glamhive itu adalah satu platform hujung-ke-hujung yang lancar untuk membantu penggaya mengembangkan rangkaian mereka dan perniagaan mereka, boleh dikatakan 100%.
 
Maklumat mengenai Mary Kay
Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik, dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang untuk menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berinovatif, dan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia untuk memberi impak sosial yang positif. Mary Kay Global Design Studio adalah agensi kreatif dalaman yang berfungsi sebagai inkubator kreatif bagi kerjasama dan kempen penjenamaan fesyen, pereka dan pempengaruh Mary Kay, untuk mengubah reka bentuk produk dan pembungkusan dan inovasi digital yang dihadapi pengguna. Ketahui lebih lanjut di MaryKay.com.

 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210617005552/en/

Hubungi

Stephanie Sprangers, Pengasas + Ketua Pegawai Eksekutif, Glamhive
stephanie@glamhive.com
+1.206.851.0446

Sumber : Mary Kay

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.