ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PERUNCIT SUKAN TERBESAR DI MALAYSIA AL-IKHSAN BERGANDINGAN DENGAN PINE LABS UNTUK MEMBOLEHKAN PENGALAMAN PEMBAYARAN DI KEDAI YANG LANCAR BAGI PELANGGAN MEREKA

Wednesday 12/05/2021



SINGAPURA, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pine Labs, satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menggunakan penyelesaian tempat jualan (PoS) mereka merentasi 136 kedai Al-Ikhsan, peruncit sukan terbesar di Malaysia. Tindanan teknologi bersepadu sepenuhnya itu bagi pembayaran, dompet, kad hadiah, dan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) oleh Pine Labs adalah satu penyelesaian yang digunakan oleh beberapa peruncit terkemuka di seluruh Asia. Kelonggaran, kepantasan, dan kemudahan yang memanfaatkan tawaran BNPL di terminal PoS Pine Labs dan ketersediaan bagi pengeluar terkemuka pada satu platform tunggal yang disatukan merupakan kesemua faktor yang akan membantu peruncit yang ingin meningkatkan jualan pada masa sukar ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210511005480/en/

Pine Labs mempunyai 95% penguasaan pasaran bagi perkhidmatan BNPL luar talian di India dan melalui anak syarikat mereka Pine Payment Solutions telah melancarkan BNPL di Malaysia. Al-Ikhsan adalah peruncit sukan terbesar di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 1993 dan populariti mereka dapat diukur daripada hakikat bahawa mereka juga merupakan rakan runcit eksklusif bagi  Kelab Bola Sepak Liverpool (LFC) di Malaysia. Gabungan kedua-dua entiti itu akan memberikan pilihan pembelian ansuran yang mampu dimiliki kepada peminat sukan di Malaysia dan membolehkan satu pengalaman pembayaran di kedai yang lancar juga.

“Sukan sebagai satu kategori terus menunjukkan pertumbuhan yang mantap di Malaysia. Rakyat Malaysia suka melibatkan diri di dalam sukan Bola Sepak, hoki padang, badminton, dan skuasy dan kecintaan mereka kepada sukan memang terkenal. Selama hampir 30 tahun sekarang, kami telah memupuk minat ini untuk sukan di negara itu dengan menyediakan kasut, pakaian, dan peralatan sukan berkualiti tinggi dengan memberi tumpuan kepada matlamat utama kami iaitu untuk memastikan Malaysia sentiasa cergas dan aktif dengan menjadikan sukan mampu milik bagi semua. Pelanggan kami kini mempunyai pilihan untuk menukar pembelian mereka secara lancar di mana-mana kedai kami untuk menjadi ansuran mudah dan membawa pulang produk berkualiti tinggi daripada rangkaian kami yang luas,” kata Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

“Al-Ikhsan adalah pelopor di dalam perniagaan runcit sukan, dan dengan sukacitanya kami mahu bekerjasama dengan mereka di Malaysia. Dengan penggunaan lebih daripada 180 terminal PoS Pine Labs di 136 kedai mereka di Malaysia, pelanggan mereka kini mempunyai alasan lain untuk berasa girang kerana mereka mempunyai terlalu banyak pilihan pembayaran untuk dipilih dan keupayaan untuk menukar satu pembelian menjadi pembelian ansuran tanpa kos dengan hanya beberapa tap pada peranti PoS kami. Kami yakin bahawa perhubungan ini akan berkembang pada masa akan datang dan menawarkan peminat sukan di negara itu dengan satu alasan yang baik untuk kekal tangkas dan sentiasa cergas dalam satu cara yang berpatutan,” kata Sharad Gulhar, Ketua - Saudagar and Perniagaan Jenama APAC, Pine Labs.

Pine Labs memperluaskan cadangan Bayar Kemudian mereka ke bahagian lain di Asia Tenggara juga. Tahun lalu, Pine Labs telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu penyelesaian pembayaran ansuran bayar kemudian bersepadu dengan perkongsian dengan Mastercard ke pasaran seperti Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura, dan Indonesia.

Maklumat mengenai Al-Ikhsan Sports

Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama, pelbagai kategori nombor satu di Malaysia, dengan 128 kedai, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 140 menjelang akhir tahun ini.

Syarikat itu telah diasaskan oleh seorang pengusaha generasi pertama yang berdaya usaha ketika beliau baharu berusia awal dua puluhan, Encik Ali Hassan bin Mohammed Hassan. Pengasas itu telah melihat keperluan penduduk tempatan bagi jenama sukan seperti Nike dan Adidas dan telah mengambil keputusan untuk memulakan dengan sebuah kedai seluas 150 kaki persegi di sebuah pusat membeli-belah kecil di bandar Johor Bahru.

Maklumat mengenai Pine Payment Solutions

Pine Payment Solutions Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat bagi Pine Labs Pte Ltd. Satu daripada platform perdagangan saudagar terkemuka di Asia, Pine Labs memberi perkhidmatan kepada saudagar utama bersaiz besar, pertengahan dan kecil di seluruh Asia dan Timur Tengah. Platform berasaskan awan syarikat itu yang unik membolehkannya untuk menawarkan pelbagai penyelesaian penerimaan pembayaran dan perdagangan saudagar termasuk sistem automasi perusahaan seperti pengurusan inventori dan pengurusan perhubungan pelanggan. Platform nilai disimpan mereka termasuk mengeluarkan, memproses, dan mengedarkan kad hadiah digital bagi pelanggan korporat di seluruh dunia. Diperbadankan di Singapura, pelabur utama Pine Labs termasuk Actis Capital, Mastercard, PayPal, Sequoia India, dan Temasek. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.pinelabs.my

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210511005480/en/

Hubungi

Ruder Finn Asia
Paromita Sinha
(91) 9582327649
sinhap@ruderfinnasia.com

Sumber : Pine Labs

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.