PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Jun 23, 2021 -Rabu

 
  PUSAT BELI-BELAH TOPPEN MELUASKAN RUANG RUNCIT HIBURANNYA DENGAN ROOFTOPP GAYA HIDUP DI PARKIR KERETA BERTINGKAT

Wednesday 12/05/2021



 
  • Pusat beli-belah komuniti membangunkan RoofTopp bagi menambahbaik hubungan di antara komuniti setempat
  • Berada di kedudukan lebih 617,000 kaki persegi, medan letak kereta sembilan tingkat itu berfungsi sebagai 1,600 petak parkir dan ruang runcit bagi memberikan pengalaman yang terbaik.
JOHOR BAHRU, Malaysia, 12 Mei (Bernama-PRNewswire) -- Pusat Beli Belah Toppen telah mengumumkan perancangannya untuk meluaskan ruang 'retailtainment' dengan konsep gaya hidup terkini di RoofTopp, yang menawarkan pengalaman unik kepada komuniti setempat. Mengekalkan kepada penjenamaan asal 'Topp', konsep gaya hidup di RoofTopp akan dibina di atas struktur yang mempunyai sembilan tingkat yang akan memberikan lebih banyak ruang parkir kereta berserta dengan ruang runcit dua tingkat di atasnya. Projek pembinaan ruang parkir bertingkat telah dimulakan pada bulan April 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ke-3 tahun 2022.
 
Lebih banyak ruang, lebih banyak penawaran

Dengan mengambil faktor norma baharu yang perlu dipraktikkan pada masa sekarang, pusat beli-belah Toppen mengambil langkah untuk membina ruang parkir bertingkat yang lebih besar dan RoofTopp untuk keselesaan komuniti disamping mengekalkan norma baharu dalam mematuhi penjarakkan fizikal. Dengan adanya ruang ini, ia dipercayai mampu menyeimbangkan bilangan pelawat dan membolehkan peruncit menerima bilangan pengunjung yang lebih banyak di dalam ruang baru tersebut.

Mercu utama bumbung pusat beli-belah tersebut dikenali sebagai The Topp adalah kebanggaan Pusat Beli-Belah Toppen. Sejak pelancarannya, The Topp menjadi tempat perjumpaan utama bagi komuniti Johor Bahru, mewujudkan ruang di mana semua tahap usia dapat menikmati pelbagai aktiviti anjuran pusat ini. Oleh itu, konsep yang sama akan dibangunkan di ruang parkir bertingkat dengan ruang runcit di bumbung yang menawarkan servis F&B, hiburan, kesihatan dan kecergasan, selain ruang bekerja bersama di RoofTopp gaya hidup.

"Pembangunan projek ini adalah bukti kepada dedikasi kami untuk mengembangkan Toppen. Susulan kejayaan pelancarannya pada November 2019, pasaran runcit menghadapi cabaran besar akibat COVID-19. Namun Toppen tetap cekal dan bekerja rapat dengan penyewa-penyewa bagi memastikan kejayaan mereka. Apabila sekatan dilonggarkan, kami mendapat inspirasi daripada kesungguhan komuniti Johor apabila mereka mengunjungi semula pusat beli-belah kami. Dengan pertambahan bilangan pengunjung ke Toppen dan IKEA setiap tahun, kami merancang untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung datang dari jauh dan dekat," kata Adrian Mirea, Pengarah Pusat Beli-Belah dan Penggunaan Campuran, IKEA Southeast Asia.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung kami, projek meluaskan ruang retailtainment ini dapat membolehkan penyewa untuk melanjutkan waktu operasi mereka melebihi waktu operasi biasa

Pengalaman Lancar (Seamless)

RoofTopp gaya hidup akan menjadi tempat bersepadu tidak berkelim di atas bumbung bangunan sembilan tingkat, dengan ruang letak kereta 617,000 kaki persegi dengan 1,600 petak parkir bagi memberikan pelawat akses mudah dari Toppen, IKEA Tebrau dan kawasan sekitar. Ruang niaga RoofTopp mempunyai keluasan 48,000 kaki persegi berserta siling tinggi dan akan dihubungkan dengan bangunan utama Pusat Beli Belah Toppen.

Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar bagi Pusat Beli-Belah Toppen berkata, "Pada Oktober lepas, kami telah membina 86-meter jejantas pejalan kaki di antara Pusat Beli Belah Toppen dan AEON Tebrau. Pada hari ini, jejantas ini telah memanfaatkan pengunjung kami untuk berkunjung ke kedua-dua lokasi dengan lebih selamat. Kemudahan akses untuk berjalan kaki dan kenderaan menerusi infrastruktur sekeliling, adalah kunci kepada kami kerana setiap perkara itu direka bagi memenuhi keperluan komuniti kita."

Pusat Beli-Belah Toppen adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Ikano Centres dan juga satu daripada lima yang pusat beli-belah IKEA selaku penyewa utamanya di Asia Tenggara. Ia adalah sebuah destinasi sehenti dengan empat tingkat retailtainment unik dan yang pertama seumpamanya yang mempunyai bumbung hab komuniti, The Topp. Toppen berbangga menjadi peneraju dan hab bagi komuniti di sini.
 
 
HUBUNGI: Eugenie Lim, lime@ruderfinnasia.com, +60-16-387-0846

Sumber: Toppen Shopping Centre

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.