PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Jun 23, 2021 -Rabu

 
  EKSPO DALAM TALIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA PRODUK PREMIUM - EKSPO ELEKTRONIK GUANGDONG BERMULA

Wednesday 12/05/2021



- Ekspo ini memberi peluang kepada pembeli di seluruh dunia untuk berhubung terus dengan pengeluar Cina
 
GUANGZHOU, China, 12 Mei (Bernama-PRNewswire) -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium – Ekspo Elektronik Guangdong, dianjurkan oleh CCPIT Guangdong Committee dan Guangdong Guangzhan International Exhibition Co., Ltd., telah bermula di platform pameran dalam talian Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa (ITOE) (en.itoegd.com) pada 10 Mei 2021. Ekspo selama lima hari ini, dijadualkan berlangsung hingga 14 Mei, mempamerkan perkakasan elektronik dan elektrik keluaran China.

Pameran ini, yang menyasarkan pasaran elektronik pengguna dan perkakasan kediaman global, bertujuan untuk menghubungkan pembekal Cina dengan pembeli antarabangsa yang mencari platform komunikasi dan perdagangan dalam talian sehenti untuk keperluan penyumberan mereka. Ia dibahagikan kepada lapan kawasan pameran: elektronik pengguna, perkakasan kediaman, peranti hiburan digital, perkakasan elektronik, dan lain-lain yang terkini dalam teknologi dan pempamer dari Hong Kong. Lebih 400 pembuat perkakasan elektronik dan elektrik terkemuka akan mempamerkan lebih daripada 2,000 barangan di sepanjang ekspo ini.

Semua pempamer dikehendaki memenuhi syarat kelayakan yang ketat dan menyediakan sijil eksport yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Pengeluar Cina terkemuka dan syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana dengan jenama proprietari, akan mempamerkan pelbagai barisan produk baharu dan inovatif, teknologi canggih dan terlaris, membolehkan pembeli di seluruh dunia kekal termaklum mengenai trend pasaran dan pelancaran produk baharu dalam masa sebenar.

Wilayah Guangdong, tuan rumah kepada kemudahan pengeluaran banyak firma multinasional, terkenal untuk sektor elektronik pengguna dan perkakasan kediaman yang berkembang pesat. Seorang peniaga import dari Malaysia berkata bahawa mereka kerap pergi ke Guangdong sendiri untuk membeli perkakasan kediaman pintar. Memandangkan sekatan perjalanan COVID-19, mereka kini menggunakan ekspo dalam talian untuk menjalin kerjasama jangka panjang dengan pembekal Cina.

Seorang pegawai dari jawatankuasa penganjur berkata mereka telah menerima pertanyaan daripada pembeli utama di firma e-dagang rentas sempadan yang terkemuka di dunia, yang termasuk Tmall Global, Amazon, DHL, eBay, Wish dan Dhgate.com, kesemuanya merancang untuk mewujudkan perjanjian pengedaran atau pengeluaran disesuaikan yang merangkumi perkakasan kediaman pintar, produk digital, boleh pakai pintar, fon kepala Bluetooth dan pencetak 3D, antara kategori lain yang popular, dengan pembekal.

Lebih 30 acara perniagaan dan perdagangan dalam talian akan diadakan serentak dengan pameran ini. Dengan acara-acara yang menghubungkan pembeli global dengan pengeluar Cina, pembeli, yang paling terkenal dari UAE, Afrika Selatan, New Zealand, Australia, Perancis, Rusia dan Korea Selatan, telah pun berkomunikasi secara langsung dengan pembuat.
 
HUBUNGI: Cik Guo, guoxiaobing@itoexpo.com, +86 186-8801-2473

SUMBER: Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Electronics Expo

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2021 MREM . All rights reserved.