ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​HAINAN BERUSAHA UNTUK MEWUJUDKAN SEBUAH "EKSPO PENGGUNA" YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR

Tuesday 11/05/2021

AsiaNet 89431

Table
Pemandangan waktu malam di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan, tempat bagi CICPE 


HAIKOU, China, 11 Mei, 2021 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) yang pertama akan berakhir pada Isnin. Dengan misi untuk mempromosikan Haikou baharu kepada dunia, Hainan berusaha untuk mewujudkan sebuah “Ekspo Pengguna” yang tidak pernah berakhir.

Ekspo empat hari itu telah dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan kerajaan Wilayah Hainan, yang meliputi kawasan pameran seluas 80,000 meter persegi, dan menarik hampir 1,500 pempamer domestik dan luar negara dari kira-kira 70 buah negara dan wilayah.

Haikou, tempat bagi Ekspo itu, merancang dan menganjurkan Ekspo itu yang menampilkan pengumpulan produk-produk terkemuka di dunia dengan penuh perhatian dan menyediakan pelbagai perkhidmatan, dan juga menunjukkan kepada dunia tentang imej baharu bagi ibu kota wilayah bagi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan (FTP).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Haikou telah terus mengoptimumkan persekitaran perniagaan, dengan melakukan usaha besar untuk meningkatkan infrastruktur dan kesejahteraan penduduk tempatan. Ia telah dianugerahkan dengan gelaran seperti kota yang menawan di China, bandar raya yang paling bahagia di China, satu daripada 10 bandar raya tercantik di China.

Di Haikou, orang ramai boleh menikmati sukan laut di Dermaga Awam Pangkalan Pelayaran Nasional dan Pantai Percutian, atau bermain golf di Mission Hills Resort; meneroka lava kristal pelik di Taman Kawah Geologi Dunia, atau mengalami sejarah dan budaya Cina di Jalan Lama Haikou Qilou dan Kawasan Pemandangan Tokong Wugong.

Haikou juga merupakan sebuah “tempat berkumpul untuk juadah istimewa”. Pasar malam itu penuh dengan cahaya dan aroma, dan makanan istimewa tempatan seperti mi Hainan, nasi dengan sup pedas, lemonad garam lama dan ayam kelapa mempunyai reputasi yang telah lama bertapak di kalangan pelancong.

Ini adalah keinginan bagi pengguna China untuk “mengembara mengelilingi Haikou dan Berbelanja ke seluruh dunia”. Kini terdapat empat kedai bebas cukai di Haikou, dengan pelbagai jenis produk yang bagus kualitinya dan harganya yang murah, dan boleh diambil dengan pantas dan mudah di lapangan terbang, stesen kereta api dan dermaga setelah membeli-belah.

Dengan pemecutan bagi pembinaan FTP Hainan, Hainan sedang merancang untuk membina sebuah pusat butik pengguna berpengaruh global di Haikou untuk meningkatkan kesan daripada Ekspo Pengguna itu, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dasar FTP serta geografi dan perniagaannya yang unik untuk mencapai matlamatnya “beli secara global dan menjual secara global”.
 
Sumber: Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=390910
 
   Kapsyen: Pemandangan waktu malam di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Hainan, tempat bagi CICPE 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.